Javascript must be enabled to continue!
Pembahagian Harta Pusaka Felda: Perspektif Masyarakat Islam Felda Taib Andak
View through CrossRef
Umum mengetahui bahawa pembahagian harta pusaka FELDA mempunyai keunikan tersendiri dan berbeza dengan pembahagian harta pusaka biasa kerana tertakluk kepada Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960. Artikel ini bertujuan mengkaji berkenaan isu-isu pembahagian harta pusaka masyarakat Islam di FELDA Taib Andak, Kulai Johor. Dalam kajian ini, penulis telah mendapatkan respons warga peneroka mengenai mekanisme pembahagian harta pusaka FELDA dan pandangan serta sikap mereka berkenaan pembahagian harta pusaka FELDA. Selain itu, pandangan daripada beberapa individu yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung berkaitan hal ehwal pusaka FELDA juga telah diambil. Hasil kajian menunjukkan kebanyakan warga peneroka memilih untuk melantik pentadbir sebagai mekanisme pembahagian harta pusaka FELDA berbanding memberi pemilikan terus kepada mana-mana waris yang dipersetujui bersama. Kajian juga mendapati bahawa sikap masyarakat peneroka mengenai penyelesaian pembahagian harta pusaka merupakan punca utama kepada berlakunya masalah pembahagian harta pusaka FELDA. Berdasarkan hasil dapatan kajian, penulis telah mengemukakan beberapa cadangan sebagai kaedah penyelesaian kepada isu-isu pembahagian harta pusaka warga peneroka FELDA.
Title: Pembahagian Harta Pusaka Felda: Perspektif Masyarakat Islam Felda Taib Andak
Description:
Umum mengetahui bahawa pembahagian harta pusaka FELDA mempunyai keunikan tersendiri dan berbeza dengan pembahagian harta pusaka biasa kerana tertakluk kepada Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960.
Artikel ini bertujuan mengkaji berkenaan isu-isu pembahagian harta pusaka masyarakat Islam di FELDA Taib Andak, Kulai Johor.
Dalam kajian ini, penulis telah mendapatkan respons warga peneroka mengenai mekanisme pembahagian harta pusaka FELDA dan pandangan serta sikap mereka berkenaan pembahagian harta pusaka FELDA.
Selain itu, pandangan daripada beberapa individu yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung berkaitan hal ehwal pusaka FELDA juga telah diambil.
Hasil kajian menunjukkan kebanyakan warga peneroka memilih untuk melantik pentadbir sebagai mekanisme pembahagian harta pusaka FELDA berbanding memberi pemilikan terus kepada mana-mana waris yang dipersetujui bersama.
Kajian juga mendapati bahawa sikap masyarakat peneroka mengenai penyelesaian pembahagian harta pusaka merupakan punca utama kepada berlakunya masalah pembahagian harta pusaka FELDA.
Berdasarkan hasil dapatan kajian, penulis telah mengemukakan beberapa cadangan sebagai kaedah penyelesaian kepada isu-isu pembahagian harta pusaka warga peneroka FELDA.
.
Related Results
[Construction of Felda Youth Identity Through Dakwah Activities of Islamic Organizations] Pembinaan Jati Diri Remaja Felda melalui Aktiviti Dakwah Organisasi Islam
[Construction of Felda Youth Identity Through Dakwah Activities of Islamic Organizations] Pembinaan Jati Diri Remaja Felda melalui Aktiviti Dakwah Organisasi Islam
Felda youth play an important milestone for the development of Felda in the future. Hence, building a solid identity is very essential in the development of human capital to cope w...
SISTEM PEWARISAN HARTA PUSAKO DI MINANGKABAU DITINJAU DARI HUKUM WARIS ISLAM
SISTEM PEWARISAN HARTA PUSAKO DI MINANGKABAU DITINJAU DARI HUKUM WARIS ISLAM
Harta waris di Minangkabau terdiri dari sako dan pusako. Di daerah Minangkabau sistem pewarisan harta berbeda dengan sistem pewarisan menurut hukum waris islam dimana menggunakan s...
Kedudukan Harta bersama dalam Rumah Tangga Perspektif Alquran
Kedudukan Harta bersama dalam Rumah Tangga Perspektif Alquran
Judul penelitian ini adalah “Kedudukan Harta Bersama Dalam Rumah Tangga Perspektif Alquran”. Isu harta harta bersama seringkali menjadi topik hangat di tengah masyarakat kita. Hal ...
Kedudukan dan Kewenangan Balai Harta Peninggalan dalam Pengelolaan Harta Peninggalan Tak Terurus
Kedudukan dan Kewenangan Balai Harta Peninggalan dalam Pengelolaan Harta Peninggalan Tak Terurus
Berdasarkan Pasal 1127 KUHPerdata Balai Harta Peninggalan ditugaskan menjalankan pengurusan atas setiap warisan yang tak terurus selama 30 tahun/ lebih, setelah melakukan pengelola...
PELAKSANAAN PEMBAGIAN HARTA PAMUJANG DALAM MASYARAKAT SIGUNANTI PERSPEKTIF HUKUM ISLAM
PELAKSANAAN PEMBAGIAN HARTA PAMUJANG DALAM MASYARAKAT SIGUNANTI PERSPEKTIF HUKUM ISLAM
Penelitian ini dilatarbelakangi adanya adat di Nagari Kinali khususnya di Jorong Sigunanti. Bahwasanya dalam masyarakat harta pamujang tidak termasuk ke dalam harta warisan yang bi...
Faktor Penerimaan Masyarakat Felda Terhadap Zakat Penghasilan Sawit di Daerah Kuantan
Faktor Penerimaan Masyarakat Felda Terhadap Zakat Penghasilan Sawit di Daerah Kuantan
The research explores the dynamics of zakat acceptance of palm oil production by the felda community in Kuantan district, an important topic for the Malaysian community. Zakat is o...
PEMBENTUKAN KERANGKA MODEL PENGURUSAN HARTA LUQATAH: SATU ANALISIS PENDEKATAN BARU DALAM MENANGANI ISU-ISU HARTA YANG TIDAK DI TUNTUT DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT)
PEMBENTUKAN KERANGKA MODEL PENGURUSAN HARTA LUQATAH: SATU ANALISIS PENDEKATAN BARU DALAM MENANGANI ISU-ISU HARTA YANG TIDAK DI TUNTUT DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT)
Luqatah merupakan harta temuan atau harta yang hilang dari pemiliknya dan ditemui oleh orang lain. Ia juga ditakrifkan harta tanpa milik yang dihormati yang ditemui di sesuatu temp...
TINJAUAN TERHADAP PEMBAGIAN HARTA BERSAMA PADA MASYARAKAT ADAT SUMONDO DI DESA RAMBAH MENURUT HUKUM ADAT MELAYU
TINJAUAN TERHADAP PEMBAGIAN HARTA BERSAMA PADA MASYARAKAT ADAT SUMONDO DI DESA RAMBAH MENURUT HUKUM ADAT MELAYU
Adat sumondo yaitu jika seorang laki-laki menikahi perempuan dan laki-laki tersebut menggabungkan dirinya ke rumah perempuan dan menetap dirumah istrinya setelah terjadinya pernika...

