Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Sorotan Literatur Bersistematik: Semantik Inkuisitif sebagai Kaedah Pembelajaran Peribahasa Melayu Sekolah Menengah

View through CrossRef
Semantik inkuisitif merupakan kerangka kajian yang digunakan dalam bidang linguistik untuk menganalisis makna secara mendalam dengan bersandarkan data empirikal, kerangka teoretis dan akal budi. Kajian ini dijalankan bagi menganalisis secara sistematik dan sintesis pendekatan semantik inkuisitif sebagai kaedah pembelajaran peribahasa berasaskan inkuiri di peringkat sekolah menengah. Dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah Bahasa Melayu Tingkatan 4 dan 5, pengajaran dan pembelajaran guru perlu memberi penekanan kepada unsur kemahiran berfikir aras tinggi seperti Pembelajaran Berasaskan Inkuiri agar dapat membantu pelajar menguasai kemahiran dalam pembelajaran abad ke-21. Dua pangkalan data, iaitu Scopus dan Google Scholar digunakan untuk mendapatkan artikel berkaitan yang menfokuskan penerbitan dari tahun 2019 sehingga 2023. Kajian ini mengaplikasikan Model PRISMA sebagai prosedur kajian. Sebanyak 471 artikel berjaya dikumpulkan. Walau bagaimanapun, hanya 20 artikel sahaja dikenal pasti yang memenuhi skop kajian ini. Hasil dapatan menunjukkan kerangka kajian semantik inkuisitif berjaya mencungkil makna sebenar peribahasa sehingga ke akar umbi menggunakan kaedah inkuiri selain dapat menonjolkan kemahiran berfikir yang tinggi dan juga kepelbagaian disiplin ilmu. Walau bagaimanapun, jumlah kajian yang menggunakan semantik inkuisitif sebagai kaedah pembelajaran aspek seni bahasa di peringkat sekolah menengah masih dikira sangat sedikit. Justeru, kajian yang memanfaatkan semantik inkuisitif dalam konteks bidang pendidikan boleh diperbanyak dan dipelbagaikan lagi pada masa akan datang.
Title: Sorotan Literatur Bersistematik: Semantik Inkuisitif sebagai Kaedah Pembelajaran Peribahasa Melayu Sekolah Menengah
Description:
Semantik inkuisitif merupakan kerangka kajian yang digunakan dalam bidang linguistik untuk menganalisis makna secara mendalam dengan bersandarkan data empirikal, kerangka teoretis dan akal budi.
Kajian ini dijalankan bagi menganalisis secara sistematik dan sintesis pendekatan semantik inkuisitif sebagai kaedah pembelajaran peribahasa berasaskan inkuiri di peringkat sekolah menengah.
Dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah Bahasa Melayu Tingkatan 4 dan 5, pengajaran dan pembelajaran guru perlu memberi penekanan kepada unsur kemahiran berfikir aras tinggi seperti Pembelajaran Berasaskan Inkuiri agar dapat membantu pelajar menguasai kemahiran dalam pembelajaran abad ke-21.
Dua pangkalan data, iaitu Scopus dan Google Scholar digunakan untuk mendapatkan artikel berkaitan yang menfokuskan penerbitan dari tahun 2019 sehingga 2023.
Kajian ini mengaplikasikan Model PRISMA sebagai prosedur kajian.
Sebanyak 471 artikel berjaya dikumpulkan.
Walau bagaimanapun, hanya 20 artikel sahaja dikenal pasti yang memenuhi skop kajian ini.
Hasil dapatan menunjukkan kerangka kajian semantik inkuisitif berjaya mencungkil makna sebenar peribahasa sehingga ke akar umbi menggunakan kaedah inkuiri selain dapat menonjolkan kemahiran berfikir yang tinggi dan juga kepelbagaian disiplin ilmu.
Walau bagaimanapun, jumlah kajian yang menggunakan semantik inkuisitif sebagai kaedah pembelajaran aspek seni bahasa di peringkat sekolah menengah masih dikira sangat sedikit.
Justeru, kajian yang memanfaatkan semantik inkuisitif dalam konteks bidang pendidikan boleh diperbanyak dan dipelbagaikan lagi pada masa akan datang.

Related Results

PERBANDINGAN MAKNA PADA PERIBAHASA MANDARIN DAN PERIBAHASA INDONESIA YANG MENGGUNAKAN KATA ‘AIR’
PERBANDINGAN MAKNA PADA PERIBAHASA MANDARIN DAN PERIBAHASA INDONESIA YANG MENGGUNAKAN KATA ‘AIR’
Mempelajari bahasa Mandarin tidak bisa terlepas dari mempelajari peribahasanya. Sebagai bagian penting dari pembentuk kosakata bahasa Mandarin, peribahasa bukan hanya merupakan sat...
Peribahasa yang Menggunakan Kata Ayam
Peribahasa yang Menggunakan Kata Ayam
Menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia (KBBI) edisi keempat, peribahasa adalah (1) ‘kelompok kata atau kalimat yg tetap susunannya, biasanya mengiaskan maksud tertentu (dulu peribaha...
PERIBAHASA SUNDA (Kajian Struktur, Semantik, dan Psikolinguistik)
PERIBAHASA SUNDA (Kajian Struktur, Semantik, dan Psikolinguistik)
Penilitian ini bertujuan untuk menganalisis dan mendeskripsikan struktur peribahasa Sundaditinjau dari unsur fungsional sintaksisnya (tata kalimat), menganalisis dan mendeskripsika...
PERBANDINGAN PERIBAHASA SUNDA DAN INDONESIA (Kajian Semantik Formal dan Etnopedagogik)
PERBANDINGAN PERIBAHASA SUNDA DAN INDONESIA (Kajian Semantik Formal dan Etnopedagogik)
Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui dan mendeskripsikan perbandingan peribahasa Sunda‐Indonesia secara semantik formal dan etnopedagogik dalam peribahasa yang memiliki makna ...
Perbandingan Kotowaza yang Mengandung Kata "Inu" dengan Padanan dalam Peribahasa Indonesia
Perbandingan Kotowaza yang Mengandung Kata "Inu" dengan Padanan dalam Peribahasa Indonesia
Kotowaza atau peribahasa dalam bahasa Jepang merupakan kalimat kiasan yang digunakan sebagai pengajaran atau sindiran. Beberapa Kotowaza memiliki makna yang serupa dengan peribahas...
Elemen Perlambangan Unggas dalam Peribahasa Melayu: Analisis Semantik Inkuisitif
Elemen Perlambangan Unggas dalam Peribahasa Melayu: Analisis Semantik Inkuisitif
Pemilihan leksikal unggas dalam peribahasa Melayu ini dapat mengaitkan makna implisit serta pemikiran masyarakat Melayu pada zaman dahulu Oleh itu dengan bantuan pendekatan Semanti...
Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah dalam Kalangan Etnik Luar Bandar Terhadap Bahasa Melayu
Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah dalam Kalangan Etnik Luar Bandar Terhadap Bahasa Melayu
Sikap dan motivasi dalam kalangan etnik di luar bandar terhadap bahasa Melayu akan mempengaruhi penguasaan bahasa tersebut.walaupun bahasa Melayu telah digunakan secara meluas ole...

Back to Top