Javascript must be enabled to continue!
Peristiwa dan Kenangan dalam Syair Diraja Melayu Perak-Johor Era Kontemporari
View through CrossRef
Syair Riwayat Yang Amat Mulia Tengku Ampuan Besar Pahang (1953) merupakan rakaman terakhir sejarah golongan diraja. Golongan raja tidak lagi menjadi idea dalam penulisan setelah kehadiran kuasa Barat yang membawa corak kepengarangan yang pelbagai bentuk dan genre. Syair tidak lagi menjadi pilihan sebagai wadah penulisan. Corak kepengarangan sedemikian mula menjadi lemah apabila sastera moden berkembang. Sedangkan, pada abad ke-16 hingga ke penghujung abad ke-19, syair ialah satu daripada wadah pengkaryaan penulis-penulis istana. Corak kepengarangan pada era ini ialah pujian dan penceritaan mengenai sultan pada zamannya. Walau bagaimanapun, pada era kontemporari ini muncul dua karya sedemikian iaitu Syair Sultan Azlan Shah Berjiwa Rakyat (2009) karya Mohd Ibrahim Said dan Syair Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar (2018) oleh Maskiah Masrom. Kedua-dua teks syair diraja ini dijadikan sampel kajian. Hasil penekunan menemukan kedua-dua penulis menjadikan raja sebagai objek penulisan. Peristiwa dan kenangan menjadi idea kepengarangan yang digunakan oleh kedua-dua penulis dalam mempersembah penceritaan berhubung raja-raja mereka. Kaedah kaji banding diapliaksikan semasa meneliti kepengarangan penulis dalam mempersembahkan idea rakaman sejarah diraja pada era kontemporari. Kaedah kajian secara intrinsik terhadap sampel kajian juga turut digunakan. Dapatan kajian menemukan persamaan kepengarangan dalam merakamkan peristiwa dan kenangan yang berlaku semasa perjalanan hidup raja mereka.
Universiti Putra Malaysia
Title: Peristiwa dan Kenangan dalam Syair Diraja Melayu Perak-Johor Era Kontemporari
Description:
Syair Riwayat Yang Amat Mulia Tengku Ampuan Besar Pahang (1953) merupakan rakaman terakhir sejarah golongan diraja.
Golongan raja tidak lagi menjadi idea dalam penulisan setelah kehadiran kuasa Barat yang membawa corak kepengarangan yang pelbagai bentuk dan genre.
Syair tidak lagi menjadi pilihan sebagai wadah penulisan.
Corak kepengarangan sedemikian mula menjadi lemah apabila sastera moden berkembang.
Sedangkan, pada abad ke-16 hingga ke penghujung abad ke-19, syair ialah satu daripada wadah pengkaryaan penulis-penulis istana.
Corak kepengarangan pada era ini ialah pujian dan penceritaan mengenai sultan pada zamannya.
Walau bagaimanapun, pada era kontemporari ini muncul dua karya sedemikian iaitu Syair Sultan Azlan Shah Berjiwa Rakyat (2009) karya Mohd Ibrahim Said dan Syair Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar (2018) oleh Maskiah Masrom.
Kedua-dua teks syair diraja ini dijadikan sampel kajian.
Hasil penekunan menemukan kedua-dua penulis menjadikan raja sebagai objek penulisan.
Peristiwa dan kenangan menjadi idea kepengarangan yang digunakan oleh kedua-dua penulis dalam mempersembah penceritaan berhubung raja-raja mereka.
Kaedah kaji banding diapliaksikan semasa meneliti kepengarangan penulis dalam mempersembahkan idea rakaman sejarah diraja pada era kontemporari.
Kaedah kajian secara intrinsik terhadap sampel kajian juga turut digunakan.
Dapatan kajian menemukan persamaan kepengarangan dalam merakamkan peristiwa dan kenangan yang berlaku semasa perjalanan hidup raja mereka.
Related Results
SEJARAH SYAIR GULUNG DI KETAPANG
SEJARAH SYAIR GULUNG DI KETAPANG
<p class="Default" align="center"><strong>Abstrak</strong></p><p class="Default">Penelitian ini berjudul “Sejarah Syair Gulung di Ketapang”. Adapun ru...
Perjuangan Wanita dalam Novel Surat-Surat Perempuan Johor
Perjuangan Wanita dalam Novel Surat-Surat Perempuan Johor
Novel berunsur sejarah berjudul Surat-Surat Perempuan Johor (2005) merupakan novel tentang sejarah negeri Johor yang ditulis oleh Faisal Tehrani dan memenangi tempat ketiga dalam S...
Strategi Komunikasi Visual Dalam Kegiatan Berbagi Kenangan Pada Masyarakat Digital
Strategi Komunikasi Visual Dalam Kegiatan Berbagi Kenangan Pada Masyarakat Digital
Platform digital sosial media memungkinkan manusia untuk dapat me- rekam dan menyimpan bit kenangan yang hampir tak terbatas di dalamnya. Tidak hanya itu, bit kenangan dalam plat...
NILAI PROFETIK PADA SYAIR-SYAIR KARANGAN GURU K.H. ABDUL HAKIM (PROPHETIC VALUE IN POEMS BY GURU K.H. ABDUL HAKIM)
NILAI PROFETIK PADA SYAIR-SYAIR KARANGAN GURU K.H. ABDUL HAKIM (PROPHETIC VALUE IN POEMS BY GURU K.H. ABDUL HAKIM)
AbstractProphetic Value in Poems by Guru K.H Abdul Hakim. The purpose of this study is to describe the manifestation of the prophetic value of humanization, liberation and transcen...
SYAIR BRAMA SAHDAN: KAJIAN SEMOTIK RIFFATERRE (BRAMA SAHDAN'S POETRY: RIFFATERRE'S SEMIOTIC STUDY)
SYAIR BRAMA SAHDAN: KAJIAN SEMOTIK RIFFATERRE (BRAMA SAHDAN'S POETRY: RIFFATERRE'S SEMIOTIC STUDY)
AbstractBrama Sahdan's Poetry: Riffaterre's Semiotic Study. Brama Sahdan's poetry is poetry in the collection of the Lambung Mangkurat Museum, which is important to study, conside...
Pelatihan Membaca Syair Melayu di SMK Kelapa Sawit Arsya Ganeeta Indonesia sebagai Upaya Pelestarian Sastra dan Budaya Melayu
Pelatihan Membaca Syair Melayu di SMK Kelapa Sawit Arsya Ganeeta Indonesia sebagai Upaya Pelestarian Sastra dan Budaya Melayu
Syair Melayu merupakan salah satu warisan budaya yang memiliki nilai estetika, moral, dan sosial yang tinggi. Namun, di era modern ini, minat generasi muda terhadap syair Melayu mu...
NILAI ESRTIKA MODIFIKASI VESPA ROSOK BONDOWOSO
NILAI ESRTIKA MODIFIKASI VESPA ROSOK BONDOWOSO
NILAI ESTETIKA VESPA MODIFIKASI KOMUNITAS VESPA BONDOWOSO Syarief Abdurahman Arrahim1, I Wayan Sudiarta2, I Gst Ngr. Sura Ardana31,2,3Program Studi Pendidikan Seni RupaFakultas Ba...
ANALISIS SYAIR BERTEMA GURU SEKUMPUL KARYA GURU ABDUL HAKIM DAN GURU AKHMAD SYAIRAZI: HEURISTIK DAN HERMENEUTIK (ANALYSIS OF POETRY THEMED GURU SEKUMPUL BY GURU ABDUL HAKIM AND GURU AKHMAD SYAIRAZI: HEURISTICS AND HERMENEUTICS)
ANALISIS SYAIR BERTEMA GURU SEKUMPUL KARYA GURU ABDUL HAKIM DAN GURU AKHMAD SYAIRAZI: HEURISTIK DAN HERMENEUTIK (ANALYSIS OF POETRY THEMED GURU SEKUMPUL BY GURU ABDUL HAKIM AND GURU AKHMAD SYAIRAZI: HEURISTICS AND HERMENEUTICS)
AbstractAnalysis of Poetry Themed Guru Sekumpul by Guru Abdul Hakim and Guru Akhmad Syairazi: Heuristics and Hermeneutics. This research aims to describe the results of heuristic a...

