Javascript must be enabled to continue!
PERANAN KOMITMEN ORGANISASI SEBAGAI MEDIATOR TERHADAP HUBUNGAN KEPUASAN KERJA DENGAN NIAT PUSING GANTI DALAM KALANGAN KAKITANGAN AKADEMIK INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA
View through CrossRef
Pusing ganti dalam kalangan kakitangan akademik terutamanya di institusi pengajian tinggi swasta amat membimbangkan. Oleh hal yang demikian, pengkaji berminat untuk menyelidik dengan lebih mendalam mengenai peranan komitmen organisasi sebagai mediator terhadap hubungan kepuasan kerja dengan niat pusing ganti dalam kalangan kakitangan akademik institusi pengajian tinggi swasta. Kajian ini mengunakan kaedah survei iaitu melalui pengedaran soal selidik kepada responden. Seramai 380 orang kakitangan akademik di institusi pengajian tinggi swasta di Lembah Klang mengambil bahagian dalam kajian ini. Data kajian dikumpulkan mengunakan alat ujian Skala Kepuasan Kerja Minnesota, Skala Komitmen Organisasi dan Skala Niat Pusing Ganti. Hasil kajian mendapati terdapat hubungan signifikan yang negatif di antara kepuasan kerja dengan niat pusing ganti dan hubungan signifikan dan negatif juga di antara komitmen organisasi dengan niat pusing ganti. Keputusan kajian ini juga mendapati hubungan positif yang signifikan di antara kepuasan kerja dengan komitmen organisasi. Hasil analisis mengunakan kaedah PROCESS mendapati komitmen organisasi memainkan peranan sebagai mediator dalam hubungan di antara kepuasan kerja dengan niat pusing ganti. Institusi pengajian tinggi swasta harus memberikan penekanan terhadap inisiatif bagi mempromosi komitmen organisasi untuk mengurangkan niat pusing ganti dalam kalangan kakitangan akademik. Komitmen organisasi penting bagi membolehkan kakitangan akademik dapat menumpukan sepenuh hati terhadap proses pengajaran dan pembelajaran bagi membentuk modal insan generasi akan datang.
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)
Title: PERANAN KOMITMEN ORGANISASI SEBAGAI MEDIATOR TERHADAP HUBUNGAN KEPUASAN KERJA DENGAN NIAT PUSING GANTI DALAM KALANGAN KAKITANGAN AKADEMIK INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA
Description:
Pusing ganti dalam kalangan kakitangan akademik terutamanya di institusi pengajian tinggi swasta amat membimbangkan.
Oleh hal yang demikian, pengkaji berminat untuk menyelidik dengan lebih mendalam mengenai peranan komitmen organisasi sebagai mediator terhadap hubungan kepuasan kerja dengan niat pusing ganti dalam kalangan kakitangan akademik institusi pengajian tinggi swasta.
Kajian ini mengunakan kaedah survei iaitu melalui pengedaran soal selidik kepada responden.
Seramai 380 orang kakitangan akademik di institusi pengajian tinggi swasta di Lembah Klang mengambil bahagian dalam kajian ini.
Data kajian dikumpulkan mengunakan alat ujian Skala Kepuasan Kerja Minnesota, Skala Komitmen Organisasi dan Skala Niat Pusing Ganti.
Hasil kajian mendapati terdapat hubungan signifikan yang negatif di antara kepuasan kerja dengan niat pusing ganti dan hubungan signifikan dan negatif juga di antara komitmen organisasi dengan niat pusing ganti.
Keputusan kajian ini juga mendapati hubungan positif yang signifikan di antara kepuasan kerja dengan komitmen organisasi.
Hasil analisis mengunakan kaedah PROCESS mendapati komitmen organisasi memainkan peranan sebagai mediator dalam hubungan di antara kepuasan kerja dengan niat pusing ganti.
Institusi pengajian tinggi swasta harus memberikan penekanan terhadap inisiatif bagi mempromosi komitmen organisasi untuk mengurangkan niat pusing ganti dalam kalangan kakitangan akademik.
Komitmen organisasi penting bagi membolehkan kakitangan akademik dapat menumpukan sepenuh hati terhadap proses pengajaran dan pembelajaran bagi membentuk modal insan generasi akan datang.
Related Results
PENGARUH KOMPETENSI, KOMITMEN TERHADAP KEPUASAN KERJA DAN KINERJA PEGAWAI (STUDI PADA BADAN PELAYANAN PERIZINAN TERPADU KOTA MALANG)
PENGARUH KOMPETENSI, KOMITMEN TERHADAP KEPUASAN KERJA DAN KINERJA PEGAWAI (STUDI PADA BADAN PELAYANAN PERIZINAN TERPADU KOTA MALANG)
Tujuan dari penelitian ini adalah untuk mengatahui dan menganalisa pengaruh kompetensi terhadap kepuasan kerja, pengaruh komitmen terhadap kepuasan kerja, pengaruh kompetensi terha...
Pengaruh Motivasi Hedonik, Nilai Harga Dan Tabiat Menggunakan E-Pembelajaran Terhadap Kepuasan Kerja Kakitangan Akademik di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Sabah
Pengaruh Motivasi Hedonik, Nilai Harga Dan Tabiat Menggunakan E-Pembelajaran Terhadap Kepuasan Kerja Kakitangan Akademik di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Sabah
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti model Unified Theory Of Acceptance and Use of Technology (UTAUT) dalam menilai penerimaan ahli akademik terhadap e-pembelajaran dan hubung...
PERANAN SUASANA KERJA TERHADAP KEINGINAN PINDAH KERJA PADA KARYAWAN PT HASNUR JAYA UTAMA
PERANAN SUASANA KERJA TERHADAP KEINGINAN PINDAH KERJA PADA KARYAWAN PT HASNUR JAYA UTAMA
Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui ada tidaknya peranan suasana kerja terhadap keinginan pindah kerja karyawan. Populasi pada penelitian ini yaitu seluruh karyawan PT. Hasnu...
Kekuatan Kepuasan Kerja, Budaya Organisasi dan Komitmen Dalam Membangun Kinerja Karyawan
Kekuatan Kepuasan Kerja, Budaya Organisasi dan Komitmen Dalam Membangun Kinerja Karyawan
Penelitian ini bertujuan untuk menganalisis (1) pengaruh kepuasan kerja terhadap komitmen organisasi (2) pengaruh budaya organisasi terhadap komitmen organisasi karyawan; (3) penga...
Peran Kepuasan Kerja Dalam Memediasi Pengaruh Pemberdayaan Pegawai Dan Keterlibatan Kerja Terhadap Komitmen Organisasi
Peran Kepuasan Kerja Dalam Memediasi Pengaruh Pemberdayaan Pegawai Dan Keterlibatan Kerja Terhadap Komitmen Organisasi
Tujuan penelitian ini adalah untuk menganalisis peran kepuasan kerja dalam memediasi pengaruh pemberdayaan pegawai dan keterlibatan kerja terhadap komitmen organisasi. Populasi dal...
Peran Kepuasan Kerja Dalam Memediasi Pengaruh Pemberdayaan Pegawai Dan Keterlibatan Kerja Terhadap Komitmen Organisasi (Studi Empiris Pada Pegawai Sekretariat Daerah Provinsi Jawa Tengah)

PENGARUH IKLIM ORGANISASI TERHADAP KEPUASAN KERJA KARYAWAN PADA DIVISI PHARMASERVE DI PT COMBIPHAR JAKARTA
PENGARUH IKLIM ORGANISASI TERHADAP KEPUASAN KERJA KARYAWAN PADA DIVISI PHARMASERVE DI PT COMBIPHAR JAKARTA
Seiring dengan era globalisasi, perubahan dan kemajuan di berbagai bidang pada masa sekarang ini memberikan dampak pada setiap organisasi pada perusahaan untuk siap dan mampu berko...
PENGARUH KEPUASAN KERJA TERHADAP TURNOVER INTENTION DENGAN KOMITMEN ORGANISASI SEBAGAI VARIABEL INTERVENING PADA CV. BELIBIS PARIAMAN
PENGARUH KEPUASAN KERJA TERHADAP TURNOVER INTENTION DENGAN KOMITMEN ORGANISASI SEBAGAI VARIABEL INTERVENING PADA CV. BELIBIS PARIAMAN
Penelitian ini dilakukan dengan tujuan untuk mengetahui pengaruh antara kepuasan kerja dan turnover intention yang dimediasi oleh komitmen organisasi pada CV. Belibis Par...