Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Pengaruh Motivasi Hedonik, Nilai Harga Dan Tabiat Menggunakan E-Pembelajaran Terhadap Kepuasan Kerja Kakitangan Akademik di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Sabah

View through CrossRef
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti model Unified Theory Of Acceptance and Use of Technology (UTAUT) dalam menilai penerimaan ahli akademik terhadap e-pembelajaran dan hubungannya dengan kepuasan kerja. E-pembelajaran merujuk kepada penggunaan media elektronik, alat teknologi digital seperti komputer riba, telefon pintar, dan TV interaktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Platform teknologi seperti e-pembelajaran dalam sistem pendidikan dapat meningkatkan pengalaman pelajar dan memberi manfaat kepada kakitangan akademik. Perkembangan teknologi dan digitalisasi dalam bidang pendidikan menggalakkan penggunaan e-pembelajaran di universiti. Walau bagaimanapun tidak semua kakitangan akademik boleh menerima e-pembelajaran. Ini disebabkan oleh sebahagian daripada mereka lebih menggemari kaedah tradisional atau pembelajaran secara bersemuka. Bagi menguji hipotesis kajian ini, soal selidik telah diedarkan kepada 200 orang kakitangan akademik di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Sabah. Kajian ini menggunakan kaedah persampelan rawak mudah dan soal selidik telah dihantar melalui borang Google dan e-mail kepada responden kajian. Analisis deskriptif dan regresi mudah digunakan untuk menganalisis data kajian. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa motivasi hedonik mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap kepuasan kerja kakitangan akademik. Walau bagaimanapun, tabiat dalam menggunakan e-pembelajaran dan nilai harga adalah tidak signifikan dalam mempengaruhi kepuasan kerja. Dapatan kajian ini memberi impak terhadap teori UTAUT dalam konteks di Sabah. Manakala dari aspek praktikal menunjukkan organisasi perlu memberi sokongan terhadap kakitangan akademik dengan mengadakan latihan dan perkongsian maklumat berkaitan e-pembelajaran.
Title: Pengaruh Motivasi Hedonik, Nilai Harga Dan Tabiat Menggunakan E-Pembelajaran Terhadap Kepuasan Kerja Kakitangan Akademik di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Sabah
Description:
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti model Unified Theory Of Acceptance and Use of Technology (UTAUT) dalam menilai penerimaan ahli akademik terhadap e-pembelajaran dan hubungannya dengan kepuasan kerja.
E-pembelajaran merujuk kepada penggunaan media elektronik, alat teknologi digital seperti komputer riba, telefon pintar, dan TV interaktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Platform teknologi seperti e-pembelajaran dalam sistem pendidikan dapat meningkatkan pengalaman pelajar dan memberi manfaat kepada kakitangan akademik.
Perkembangan teknologi dan digitalisasi dalam bidang pendidikan menggalakkan penggunaan e-pembelajaran di universiti.
Walau bagaimanapun tidak semua kakitangan akademik boleh menerima e-pembelajaran.
Ini disebabkan oleh sebahagian daripada mereka lebih menggemari kaedah tradisional atau pembelajaran secara bersemuka.
Bagi menguji hipotesis kajian ini, soal selidik telah diedarkan kepada 200 orang kakitangan akademik di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Sabah.
Kajian ini menggunakan kaedah persampelan rawak mudah dan soal selidik telah dihantar melalui borang Google dan e-mail kepada responden kajian.
Analisis deskriptif dan regresi mudah digunakan untuk menganalisis data kajian.
Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa motivasi hedonik mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap kepuasan kerja kakitangan akademik.
Walau bagaimanapun, tabiat dalam menggunakan e-pembelajaran dan nilai harga adalah tidak signifikan dalam mempengaruhi kepuasan kerja.
Dapatan kajian ini memberi impak terhadap teori UTAUT dalam konteks di Sabah.
Manakala dari aspek praktikal menunjukkan organisasi perlu memberi sokongan terhadap kakitangan akademik dengan mengadakan latihan dan perkongsian maklumat berkaitan e-pembelajaran.

Related Results

DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAFTAR PUSTAKAAditama, M. H. R., & Selfiardy, S. (2022). Kehidupan Mahasiswa Kuliah Sambil Bekerja di Masa Pandemi Covid-19. Kidspedia: Jurnal Pendidikan Anak Usia Dini, 3(...
PENGARUH KOMPETENSI, KOMITMEN TERHADAP KEPUASAN KERJA DAN KINERJA PEGAWAI (STUDI PADA BADAN PELAYANAN PERIZINAN TERPADU KOTA MALANG)
PENGARUH KOMPETENSI, KOMITMEN TERHADAP KEPUASAN KERJA DAN KINERJA PEGAWAI (STUDI PADA BADAN PELAYANAN PERIZINAN TERPADU KOTA MALANG)
Tujuan dari penelitian ini adalah untuk mengatahui dan menganalisa pengaruh kompetensi terhadap kepuasan kerja, pengaruh komitmen terhadap kepuasan kerja, pengaruh kompetensi terha...
pengaruh gaya kepemimpinan, komunikasi dan motivasi terhadap kepuasan kerja karyawan cv. chandra motorsport
pengaruh gaya kepemimpinan, komunikasi dan motivasi terhadap kepuasan kerja karyawan cv. chandra motorsport
Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui pengaruh gaya kepemimpinan, komunikasi dan motivasi terhadap kepuasan kerja karyawan pada CV. Chandra Motorsport. Teknik pengambilan sempe...
Pengaruh Self-Efficacy dan Motivasi Kerja Terhadap Kepuasan Kerja di Dinas Tenaga Kerja Kota Bandung
Pengaruh Self-Efficacy dan Motivasi Kerja Terhadap Kepuasan Kerja di Dinas Tenaga Kerja Kota Bandung
Abstract. The Manpower Office, which has 64 employees, is a government-owned company that provides work program services needed by the community. The phenomenon related to Self-Eff...
PENGARUH MOTIVASI INTRINSIK DAN EKTRINSIK TERHADAP KINERJA KARYAWAN KOPERASI SYARIAH DI KALIBARU
PENGARUH MOTIVASI INTRINSIK DAN EKTRINSIK TERHADAP KINERJA KARYAWAN KOPERASI SYARIAH DI KALIBARU
Keberhasilan sebuah perusahaan sangat erat kaitannya dengan kinerja karyawan yang ada di dalamnya. Karyawan merupakan penggerak dan pengendali dalam perusahaan. Meningkatnya kinerj...

Back to Top