Javascript must be enabled to continue!
Isu dan Cabaran dalam Usaha Menghadapi Jenayah Siber di Malaysia
View through CrossRef
Keadaan jenayah siber di Malaysia makin membimbangkan dengan pelbagai kes yang melibatkan penggodaman, penipuan dalam talian, serangan perisian hasad dan kebocoran data. Walaupun terdapat lebih daripada 30 undang-undang yang berkaitan dengan aktiviti siber, pelaksanaan undang-undang ini masih kurang berkesan untuk menangani ancaman yang makin kompleks. Dalam kajian ini, analisis data dilakukan secara kualitatif. Oleh itu, pengkaji menganalisis isu dan cabaran untuk mengatasi jenayah siber di Malaysia. Antara cabaran utama yang ditemukan termasuklah perubahan pesat teknologi, definisi jenayah siber yang terus berkembang, isu bidang kuasa dalam siasatan rentas sempadan dan kekurangan keterangan digital. Di samping itu, kesukaran untuk mengenal pasti lokasi sebenar penjenayah siber dan masalah pemeliharaan data digital turut menjadi penghalang utama bagi siasatan dan pendakwaan yang berkesan. Menerusi kajian ini, pengkaji mencadangkan penambahbaikan terhadap undang-undang siber sedia ada, termasuklah pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Jenayah Komputer 1997 dan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 untuk memperkukuh penguatkuasaan dan penyiasatan jenayah siber. Dengan adanya pendekatan yang lebih dinamik, undang-undang ini menjadi lebih responsif ke arah mengurangkan risiko terhadap ancaman siber yang berkembang pesat.
Title: Isu dan Cabaran dalam Usaha Menghadapi Jenayah Siber di Malaysia
Description:
Keadaan jenayah siber di Malaysia makin membimbangkan dengan pelbagai kes yang melibatkan penggodaman, penipuan dalam talian, serangan perisian hasad dan kebocoran data.
Walaupun terdapat lebih daripada 30 undang-undang yang berkaitan dengan aktiviti siber, pelaksanaan undang-undang ini masih kurang berkesan untuk menangani ancaman yang makin kompleks.
Dalam kajian ini, analisis data dilakukan secara kualitatif.
Oleh itu, pengkaji menganalisis isu dan cabaran untuk mengatasi jenayah siber di Malaysia.
Antara cabaran utama yang ditemukan termasuklah perubahan pesat teknologi, definisi jenayah siber yang terus berkembang, isu bidang kuasa dalam siasatan rentas sempadan dan kekurangan keterangan digital.
Di samping itu, kesukaran untuk mengenal pasti lokasi sebenar penjenayah siber dan masalah pemeliharaan data digital turut menjadi penghalang utama bagi siasatan dan pendakwaan yang berkesan.
Menerusi kajian ini, pengkaji mencadangkan penambahbaikan terhadap undang-undang siber sedia ada, termasuklah pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Jenayah Komputer 1997 dan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 untuk memperkukuh penguatkuasaan dan penyiasatan jenayah siber.
Dengan adanya pendekatan yang lebih dinamik, undang-undang ini menjadi lebih responsif ke arah mengurangkan risiko terhadap ancaman siber yang berkembang pesat.
Related Results
Pesan dari Editor-in-Chief: Tantangan Psikologi Siber
Pesan dari Editor-in-Chief: Tantangan Psikologi Siber
Penelitian psikologi tentang tingkah laku di dunia siber (cyber), termasuk di situs jejaring sosial (seperti Facebook dan Instagram yang popularitas-nya sangat tinggi), masih sedik...
Pencegahan Jenayah Pecah Rumah Bagi Menjamin Keselamatan Masyarakat: Suatu Pemerhatian Awal
Pencegahan Jenayah Pecah Rumah Bagi Menjamin Keselamatan Masyarakat: Suatu Pemerhatian Awal
Permasalahan jenayah pecah rumah merupakan suatu permasalahan sosial yang memberikan kesan kepada keselamatan masyarakat. Jenayah pecah rumah ini merupakan suatu jenayah harta bend...
PEMBANGUNAN KEJIRANAN MAMPAN DI MALAYSIA: ISU DAN CABARAN
PEMBANGUNAN KEJIRANAN MAMPAN DI MALAYSIA: ISU DAN CABARAN
Pembangunan mampan merupakan agenda utama bagi kebanyakan negara dunia termasuklah Malaysia dalam mengekalkan kemampanan alam sekitar, kemajuan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat...
Pengaruh Media Terhadap Persepsi dan Pandangan Masyarakat Bagi Kes Jenayah di Selangor, Malaysia
Pengaruh Media Terhadap Persepsi dan Pandangan Masyarakat Bagi Kes Jenayah di Selangor, Malaysia
ABSTRAKMedia, tradisional dan moden, memainkan peranan penting dalam membentuk sikap, persepsi dan pandangan umum berkenaan sesuatu perkara dengan menyediakan liputan yang meluas t...
Siber Savaşta Mütekabiliyet
Siber Savaşta Mütekabiliyet
Yirminci yüzyılda hızla gelişen yarı iletken teknolojilerin gündelik hayatımıza hızlı bir şekilde entegre olması, bilginin işlenmesi ve yönetiminde kullanılan altyapı değişiklikler...
KEAMANAN SIBER INDONESIA ERA PEMERINTAHAN JOKO WIDODO BERDASARKAN PERSEKTIF SEKURITISASI
KEAMANAN SIBER INDONESIA ERA PEMERINTAHAN JOKO WIDODO BERDASARKAN PERSEKTIF SEKURITISASI
Keberadaan pengguna internet yang masif di Indonesia menjadi sebuah tantangan yang serius bagi Pemerintah untuk menjaga keamanan dalam ruang siber Indonesia. Badan Sandi dan Siber ...
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review Anna Tri Wahyuni1), Masfuri2), Liya Arista3)1,2,3 Fakultas Ilmu Keperawatan Univers...

