Javascript must be enabled to continue!
Perspektif Golongan Muda terhadap Kesan Psikologi dan Fizikal Mangsa Buli Siber
View through CrossRef
Dalam dunia yang berkonsepkan teknologi siber, pengguna internet turut terdedah dengan risiko menjadi mangsa buli dalam alam siber. Buli siber merupakan satu perkara yang serius memandangkan kesan yang boleh dialami oleh mangsa dan ia boleh melangkaui aspek latar belakang seseorang seperti umur dan jantina. Memandangkan buli siber boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, maka adalah penting untuk meneroka kesan negatif yang dialami oleh mangsa buli. Maka kajian ini bertujuan untuk meneroka pandangan golongan muda terhadap kesan negatif yang dialami oleh mangsa buli. Kajian kualitatif ini menggunakan pendekatan perbincangan kumpulan berfokus untuk mendapatkan data. Seramai tujuh informan terlibat dalam kajian ini yang merupakan pelajar di institusi pengajian tinggi di Selangor. Hasil kajian telah dianalisis secara bertema. Dapatan daripada temu bual mendapati bahawa terdapat dua domain utama kesan negatif yang dialami oleh mangs buli; kesan secara fizikal dan psikologi. Bagi domain kesan negatif psikologi, ia merangkumi kesan emosi negatif seperti kemurungan, sedih mahu pun bimbang yang membawa kepada isu kesihatan mental. Selain itu, aspek personaliti dan estim-diri turut dikaitkan dengan emosi negatif yang dialami oleh mangsa buli siber. Manakala domain kesan negatif fizikal melibatkan aspek yang menjejaskan kesihatan diri seperti pengunduran daripada aktiviti sosial dan berat badan berkurangan. Dapatan daripada kajian ini boleh diimplikasikan dalam konteks kempen kesedaran buli siber di peringkat sekolah rendah dan penguatkuasaan undang-undang lebih ketat berkaitan buli siber. Kajian akan datang dicadangkan untuk meneroka aspek kesan negatif yang dialami oleh mangsa buli siber dalam skop kajian yang lebih meluas dengan mengambil kira perbezaan aspek sosiodemografi. Secara keseluruhan kajian ini berjaya meneroka secara holistik kesan buli siber.
Title: Perspektif Golongan Muda terhadap Kesan Psikologi dan Fizikal Mangsa Buli Siber
Description:
Dalam dunia yang berkonsepkan teknologi siber, pengguna internet turut terdedah dengan risiko menjadi mangsa buli dalam alam siber.
Buli siber merupakan satu perkara yang serius memandangkan kesan yang boleh dialami oleh mangsa dan ia boleh melangkaui aspek latar belakang seseorang seperti umur dan jantina.
Memandangkan buli siber boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, maka adalah penting untuk meneroka kesan negatif yang dialami oleh mangsa buli.
Maka kajian ini bertujuan untuk meneroka pandangan golongan muda terhadap kesan negatif yang dialami oleh mangsa buli.
Kajian kualitatif ini menggunakan pendekatan perbincangan kumpulan berfokus untuk mendapatkan data.
Seramai tujuh informan terlibat dalam kajian ini yang merupakan pelajar di institusi pengajian tinggi di Selangor.
Hasil kajian telah dianalisis secara bertema.
Dapatan daripada temu bual mendapati bahawa terdapat dua domain utama kesan negatif yang dialami oleh mangs buli; kesan secara fizikal dan psikologi.
Bagi domain kesan negatif psikologi, ia merangkumi kesan emosi negatif seperti kemurungan, sedih mahu pun bimbang yang membawa kepada isu kesihatan mental.
Selain itu, aspek personaliti dan estim-diri turut dikaitkan dengan emosi negatif yang dialami oleh mangsa buli siber.
Manakala domain kesan negatif fizikal melibatkan aspek yang menjejaskan kesihatan diri seperti pengunduran daripada aktiviti sosial dan berat badan berkurangan.
Dapatan daripada kajian ini boleh diimplikasikan dalam konteks kempen kesedaran buli siber di peringkat sekolah rendah dan penguatkuasaan undang-undang lebih ketat berkaitan buli siber.
Kajian akan datang dicadangkan untuk meneroka aspek kesan negatif yang dialami oleh mangsa buli siber dalam skop kajian yang lebih meluas dengan mengambil kira perbezaan aspek sosiodemografi.
Secara keseluruhan kajian ini berjaya meneroka secara holistik kesan buli siber.
Related Results
EFEKTIVITAS BULI-BULI SASAK (BUSA) TERHADAP PENURUNAN INTENSITAS NYERI DISMENOREA PADA REMAJA PUTRI
EFEKTIVITAS BULI-BULI SASAK (BUSA) TERHADAP PENURUNAN INTENSITAS NYERI DISMENOREA PADA REMAJA PUTRI
Latar Belakang: Dismenorea merupakan salah satu masalah kesehatan reproduksi yang paling sering dialami remaja putri. Prevalensinya mencapai 64,25% di Indonesia, dengan dampak seri...
PENERAPAN KOMPRES HANGAT BULI-BULI UNTUK MENURUNKAN INTENSITAS NYERI PADA Ny. D DENGAN GOUT ARTHRITIS DI WILAYAH PUSKESMAS KUTASARI KABUPATEN PURBALINGGA
PENERAPAN KOMPRES HANGAT BULI-BULI UNTUK MENURUNKAN INTENSITAS NYERI PADA Ny. D DENGAN GOUT ARTHRITIS DI WILAYAH PUSKESMAS KUTASARI KABUPATEN PURBALINGGA
Berdasarkan data Riskesdas (2018), persentase permasalahan sendi gout arthritis di Indonesia sebanyak 7,3% dari diagnosis dokter. Gout arthritis merupakan penyakit metabolik yang d...
Analisis Model Mangsa Pemangsa dengan Fungsi Respon Holling Tipe II dan Adanya Mangsa Sakit
Analisis Model Mangsa Pemangsa dengan Fungsi Respon Holling Tipe II dan Adanya Mangsa Sakit
Interaksi antara dua populasi yang bersifat mangsa dan pemangsa dapat digambarkan dalam suatu model mangsa pemangsa. Dalam kenyataannya, pemangsa memerlukan waktu untuk berburu dan...
Efektifitas Buli-Buli Hangat Untuk Meningkatkan Suhu Tubuh Pada Pasien Hipotermi Pasca Operasi
Efektifitas Buli-Buli Hangat Untuk Meningkatkan Suhu Tubuh Pada Pasien Hipotermi Pasca Operasi
Salah satu komplikasi yang muncul setelah tindakan anestesi adalah hipotermi salah satu penghangatan dengan konduksi panas adalah dengan menggunakan terapi kompres hangat. Buli-bul...
Persepsi Ibu Bapa Terhadap Aktiviti Fizikal dalam Kalangan Murid Pendidikan Khas
Persepsi Ibu Bapa Terhadap Aktiviti Fizikal dalam Kalangan Murid Pendidikan Khas
Aktiviti fizikal merupakan antara komponen yang penting dalam pembentukan fizikal yang sihat bagi seseorang individu. Aktiviti fizikal juga merupakan sebahagian aspek yang penting ...
Insidensi Penyakit Kanker Buli-buli di RSUD Provinsi Nusa Tenggara Barat periode 2017-2018
Insidensi Penyakit Kanker Buli-buli di RSUD Provinsi Nusa Tenggara Barat periode 2017-2018
Kanker kandung kemih (ca buli-buli) merupakan kanker yang paling umum ke 4 terjadi pada pria dan ke 12 pada wanita. Kanker kandung kemih paling banyak terjadi pada usia di atas 60 ...
PENJABARAN HUKUM ALAM MENURUT PIKIRAN ORANG JAWA BERDASARKAN PRANATA MANGSA
PENJABARAN HUKUM ALAM MENURUT PIKIRAN ORANG JAWA BERDASARKAN PRANATA MANGSA
Pranara mangsa is a local knowledge on the management of agricultural land for the Javanese people. This study aimed to determine the ability of Jawva to read the laws of nature an...
PERAN TATA KELOLA PERUSAHAAN DALAM MEMODERASI PENGARUH IMPLEMANTASI GREEN ACCOUNTING, CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY DAN FIRM SIZE TERHADAP KINERJA KEUANGAN
PERAN TATA KELOLA PERUSAHAAN DALAM MEMODERASI PENGARUH IMPLEMANTASI GREEN ACCOUNTING, CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY DAN FIRM SIZE TERHADAP KINERJA KEUANGAN
This study examines the role of corporate governance in moderating the influence of green accounting disclosure, corporate social responsibility (CSR), and firm size on the financi...

