Javascript must be enabled to continue!
Komunikasi bukan Lisan: Analisis Makna Pulut Semangat dalam Adat Perkahwinan Masyarakat Melayu Selangor
View through CrossRef
Manusia berkomunikasi bagi menyampaikan pesan sesama mereka. Komunikasi lisan dan bukan lisan bermatlamat menyampaikan pesan namun dalam konteks yang berbeza. Penggunaan pulut semangat yang merupakan elemen makanan dalam adat perkahwinan secara spesifiknya dalam tingkat adat persandingan masyarakat Melayu di Sekinchan Selangor mempunyai makna kepada pelaku dan juga masyarakat pengamalnya. Pulut Semangat disediakan semasa adat persandingan bukan tujuan hidangan tetapi mengiringi keberadaan bunga telur dipelaminan. Pulut semangat berwarna kuning dan penyediaannya adalah sama seperti pulut kuning. Perbezaannya ialah pulut kuning dihidangkan dalam suatu majlis atau adat tertentu seperti adat menyambut kelahiran. Pulut kuning jika dihidangkan dalam adat persandingan dan dijadikan sebagai salah satu juadah, dinamakan pulut kuning. Cara dan masa sajian pulut kuning membawa makna yang berbeza. Sehubungan itu kajian ini menganalisis makna pulut semangat dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu dari sudut komunikasi bukan lisan. Pendekatan etnografi digunakan bagi mengumpul data kualitatif. Informan yang terlibat dalam pengumpulan data ialah tukang masak dan juga pengamal adat di kawasan kajian. Hasil analisis data kualitatif melalui temu bual mendalam dan pemerhatian turut serta menjelaskan makna pulut semangat dilihat secara menyeluruh daripada awal penyediaan sehingga ia diletakkan sebagai salah satu artifak dalam adat persandingan. Pemaknaan dari sudut komunikasi bukan lisan memberikan makna pulut semangat dari sudut cara penyediaan, sifat, bentuk dan warna. Makna yang diberikan oleh masyarakat Melayu terhadap pulut semangat dalam adat bersanding ialah kekuatan, kebesaran, keharmonian dan kekayaan.
Title: Komunikasi bukan Lisan: Analisis Makna Pulut Semangat dalam Adat Perkahwinan Masyarakat Melayu Selangor
Description:
Manusia berkomunikasi bagi menyampaikan pesan sesama mereka.
Komunikasi lisan dan bukan lisan bermatlamat menyampaikan pesan namun dalam konteks yang berbeza.
Penggunaan pulut semangat yang merupakan elemen makanan dalam adat perkahwinan secara spesifiknya dalam tingkat adat persandingan masyarakat Melayu di Sekinchan Selangor mempunyai makna kepada pelaku dan juga masyarakat pengamalnya.
Pulut Semangat disediakan semasa adat persandingan bukan tujuan hidangan tetapi mengiringi keberadaan bunga telur dipelaminan.
Pulut semangat berwarna kuning dan penyediaannya adalah sama seperti pulut kuning.
Perbezaannya ialah pulut kuning dihidangkan dalam suatu majlis atau adat tertentu seperti adat menyambut kelahiran.
Pulut kuning jika dihidangkan dalam adat persandingan dan dijadikan sebagai salah satu juadah, dinamakan pulut kuning.
Cara dan masa sajian pulut kuning membawa makna yang berbeza.
Sehubungan itu kajian ini menganalisis makna pulut semangat dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu dari sudut komunikasi bukan lisan.
Pendekatan etnografi digunakan bagi mengumpul data kualitatif.
Informan yang terlibat dalam pengumpulan data ialah tukang masak dan juga pengamal adat di kawasan kajian.
Hasil analisis data kualitatif melalui temu bual mendalam dan pemerhatian turut serta menjelaskan makna pulut semangat dilihat secara menyeluruh daripada awal penyediaan sehingga ia diletakkan sebagai salah satu artifak dalam adat persandingan.
Pemaknaan dari sudut komunikasi bukan lisan memberikan makna pulut semangat dari sudut cara penyediaan, sifat, bentuk dan warna.
Makna yang diberikan oleh masyarakat Melayu terhadap pulut semangat dalam adat bersanding ialah kekuatan, kebesaran, keharmonian dan kekayaan.
Related Results
Dinamika Pemanfaatan Pulut Balai Pada Adat Masyarakat Melayu di Desa Gunung Melayu Kabupaten Asahan Tahun 1980-Sekarang
Dinamika Pemanfaatan Pulut Balai Pada Adat Masyarakat Melayu di Desa Gunung Melayu Kabupaten Asahan Tahun 1980-Sekarang
In this case,the researcher discusses the use of Pulut Balai in every Malay traditional tradition in Asahan, the meaning of Pulut Balai, as well as the dynamics of changes in the f...
Pendekatan Positivistik dalam Studi Hukum Adat
Pendekatan Positivistik dalam Studi Hukum Adat
AbstractAdat Positive Legal Science was initiated to simplify Western People (officer, legal enforcer, scholar) to understand adat or adat law. There are two important process to p...
Marginalisasi Hukum Adat pada Masyarakat Adat The marginalization of adat law on adat communities
Marginalisasi Hukum Adat pada Masyarakat Adat The marginalization of adat law on adat communities
Tulisan ini berupaya melihat marjinalisasi adat, hukum adat serta implikasinya pada masyarakat adat. Dalam konteks Indonesia, meskipun Konstitusi dan beberapa aturan formal mengaku...
POLA KOMUNIKASI DALAM SANGKEPAN DESA ADAT PENGLIPURAN KECAMATAN BANGLI KABUPATEN BANGLI
POLA KOMUNIKASI DALAM SANGKEPAN DESA ADAT PENGLIPURAN KECAMATAN BANGLI KABUPATEN BANGLI
Pemimpin desa adat dalam hal ini kelian desa merupakan pemegang otoritas utama dalam kepemerintahan desa adat di desa adat Penglipuran, Kelurahan Kubu, Kecamatan Bangli, Kabupaten ...
KONSISTENSI MASYARAKAT ADAT TERHADAP TATANAN FISIK SPASIAL KAMPUNG ADAT CIREUNDEU, CIMAHI SELATAN
KONSISTENSI MASYARAKAT ADAT TERHADAP TATANAN FISIK SPASIAL KAMPUNG ADAT CIREUNDEU, CIMAHI SELATAN
Abstrak - Kampung Adat Cireundeu merupakan salah satu Kampung Adat yang masih eksis hingga saat ini. Kampung Adat Cireundeu terletak di Kelurahan Leuwigajah, Kecamatan Cimahi Selat...
Tatacara dan Pengaruh dalam Istiadat Menjunjung Duli di Negeri Selangor
Tatacara dan Pengaruh dalam Istiadat Menjunjung Duli di Negeri Selangor
Abstrak: Istiadat Menjunjung Duli yang diamalkan di negeri Selangor sejak zaman dahulu mempunyai seni dan kebudayaan yang tersendiri. Tatacara Istiadat Menjunjung Duli di negeri Se...
Komunikasi Bukan Lisan: Simbol sebagai Medium Pemakluman dalam Adat Persandingan Masyarakat Melayu
Komunikasi Bukan Lisan: Simbol sebagai Medium Pemakluman dalam Adat Persandingan Masyarakat Melayu
AbstrakSimbol antara medium yang digunakan dalam perlakuan komunikasi bukan lisan bagi interaksi antara penyampai dan penerima pesan. Latar belakang sosial, pengalaman dan budaya a...
Elemen Kinesik, Kronemik, Paralinguistik dan Artifaktual dalam Dakwah: Kajian Komunikasi Bukan Lisan Badiuzzaman Said Nursi
Elemen Kinesik, Kronemik, Paralinguistik dan Artifaktual dalam Dakwah: Kajian Komunikasi Bukan Lisan Badiuzzaman Said Nursi
Komunikasi dakwah yang efektif meliputi komunikasi lisan dan bukan lisan. Seseorang komunikator Islam perlu mengambil kira faktor komunikasi bukan lisan ketika menyampaikan pesan d...

