Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Tahap Perkembangan Komunikasi Murid di Prasekolah

View through CrossRef
Perkembangan komunikasi kanak-kanak merupakan satu perkembangan penting dalam kehidupan seseorang kanak-kanak. Kanak-kanak perlu mendapatkan pendedahan seawal yang mungkin agar mereka dapat menguasai perkembangan komunikasi dengan efektif. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti tahap perkembangan komunikasi murid di prasekolah. Reka bentuk kajian yang digunakan dalam kajian yang menggunakan pendekatan kuantitatif ini ialah kajian tinjauan. Instrumen soal selidik yang digunakan ialah Assessment, Evaluation, and Programming System for Infants and Children yang telah diubahsuai untuk mengukur tahap perkembangan komunikasi murid di prasekolah. Soal selidik yang menggunakan skala likert 3 mata ini telah diedarkan kepada responden kajian melalui Google Form. Responden kajian adalah seramai 300 orang ibu bapa atau penjaga daripada 29 buah kelas prasekolah di Telupid, Sabah yang dipilih menggunakan teknik persampelan rawak mudah. Pengumpulan dan penganalisaan data dilakukan dengan menggunakan perisian Statistical Package Social Science (SPSS). Statistik deskriptif digunakan untuk mendapatkan nilai min, sisihan piawai dan peratusan tahap perkembangan komunikasi murid di prasekolah. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap perkembangan komunikasi berada pada tahap telah menguasai. Hal ini menunjukkan bahawa kanak-kanak mempunyai tahap perkembangan komunikasi yang baik sesuai dengan umur mereka. Perbincangan kajian mendapati bahawa perkembangan komunikasi kanak-kanak dapat berkembang dengan baik dengan adanya sokongan daripada persekitaran mereka. Ibu bapa perlu peka dengan tanggungjawab mereka dalam memastikan kanak-kanak berkembang secara optimum dan menyeluruh.
Asian Scholars Network
Title: Tahap Perkembangan Komunikasi Murid di Prasekolah
Description:
Perkembangan komunikasi kanak-kanak merupakan satu perkembangan penting dalam kehidupan seseorang kanak-kanak.
Kanak-kanak perlu mendapatkan pendedahan seawal yang mungkin agar mereka dapat menguasai perkembangan komunikasi dengan efektif.
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti tahap perkembangan komunikasi murid di prasekolah.
Reka bentuk kajian yang digunakan dalam kajian yang menggunakan pendekatan kuantitatif ini ialah kajian tinjauan.
Instrumen soal selidik yang digunakan ialah Assessment, Evaluation, and Programming System for Infants and Children yang telah diubahsuai untuk mengukur tahap perkembangan komunikasi murid di prasekolah.
Soal selidik yang menggunakan skala likert 3 mata ini telah diedarkan kepada responden kajian melalui Google Form.
Responden kajian adalah seramai 300 orang ibu bapa atau penjaga daripada 29 buah kelas prasekolah di Telupid, Sabah yang dipilih menggunakan teknik persampelan rawak mudah.
Pengumpulan dan penganalisaan data dilakukan dengan menggunakan perisian Statistical Package Social Science (SPSS).
Statistik deskriptif digunakan untuk mendapatkan nilai min, sisihan piawai dan peratusan tahap perkembangan komunikasi murid di prasekolah.
Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap perkembangan komunikasi berada pada tahap telah menguasai.
Hal ini menunjukkan bahawa kanak-kanak mempunyai tahap perkembangan komunikasi yang baik sesuai dengan umur mereka.
Perbincangan kajian mendapati bahawa perkembangan komunikasi kanak-kanak dapat berkembang dengan baik dengan adanya sokongan daripada persekitaran mereka.
Ibu bapa perlu peka dengan tanggungjawab mereka dalam memastikan kanak-kanak berkembang secara optimum dan menyeluruh.

Related Results

Pengetahuan Guru Prasekolah Mengenai Murid Berkeperluan Pendidikan Khas
Pengetahuan Guru Prasekolah Mengenai Murid Berkeperluan Pendidikan Khas
Pendidikan prasekolah merupakan pendidikan asas untuk semua individu termasuk murid-murid berkeperluan pendidikan khas. Oleh itu, pengetahuan guru prasekolah merupakan antara aspek...
Pengetahuan pengajaran dalam kalangan guru prasekolah
Pengetahuan pengajaran dalam kalangan guru prasekolah
Model pengajaran berkualiti guru mengandungi beberapa elemen yang penting seperti pengetahuan, kemahiran dan sikap pengajaran. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui pengetahuan pen...
Tahap Pengetahuan Guru Prasekolah Mengenai Autisme
Tahap Pengetahuan Guru Prasekolah Mengenai Autisme
Prasekolah merupakan permulaan bagi pendidikan awal seorang kanak-kanak secara formal dan ianya tiada limitasi walau apapun perkembangan dan pertumbuhan mereka. Kajian ini dijalank...
Pengaruh Minat Murid, Sokongan Ibu Bapa dan Kompetensi Guru Terhadap Penglibatan Murid dalam Aktiviti Kokurikulum
Pengaruh Minat Murid, Sokongan Ibu Bapa dan Kompetensi Guru Terhadap Penglibatan Murid dalam Aktiviti Kokurikulum
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan dan pengaruh  minat murid, sokongan ibu bapa dan kompetensi guru terhadap penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum sekolah me...
Pengaruh Rakan Sebaya Terhadap Motivasi Belajar Murid Sekolah Rendah Di Pekan Nanas Daerah Pontian
Pengaruh Rakan Sebaya Terhadap Motivasi Belajar Murid Sekolah Rendah Di Pekan Nanas Daerah Pontian
Rakan sebaya merupakan individu yang berkait rapat dengan setiap orang murid. Dalam proses pembelajaran, rakan sebaya memainkan peranan yang penting untuk mempengaruhi motivasi bel...
Keefektifan Media Literasi Visual Terhadap Menulis Teks Cerita Pendek Pada Murid Kelas IV PTF SDN Labuang Baji Ii Makassar
Keefektifan Media Literasi Visual Terhadap Menulis Teks Cerita Pendek Pada Murid Kelas IV PTF SDN Labuang Baji Ii Makassar
Penelitian ini bertujuan melihat keefektifan media literasi visual dalam menulis teks cerita pendek. Target penelitian ini adalah untuk menemukan masalah terhadap kondisi murid yan...
Analisis pemupukan kemahiran berfikir dalam kalangan murid prasekolah pendidikan khas masalah pembelajaran
Analisis pemupukan kemahiran berfikir dalam kalangan murid prasekolah pendidikan khas masalah pembelajaran
Mulai tahun 2015, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) mensasarkan semua murid prasekolah daripada pelbagai peringkat akan berupaya mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan ...
Hubungan Penggunaan Gadget Terhadap Perkembangan Sosial Emosional Anak Prasekolah 3-6 Tahun : Literature Review
Hubungan Penggunaan Gadget Terhadap Perkembangan Sosial Emosional Anak Prasekolah 3-6 Tahun : Literature Review
AbstractGadget is one of technologies that develops rapidly nowadays. Excessive use of gadgets may result negatively in sosial and emotional development of children, especially dur...

Back to Top