Javascript must be enabled to continue!
Persepsi Literasi Fizikal dalam Kalangan Guru Pendidikan Jasmani di Sekolah Rendah
View through CrossRef
Literasi fizikal merujuk kepada tahap motivasi, keyakinan diri, kemahiran motor dan pengetahuan tentang pentingnya mengamalkan gaya hidup yang aktif. Guru Pendidikan Jasmani (PJ) sekolah rendah memainkan peranan penting dalam menyokong perkembangan motor murid. Guru PJ yang mempunyai tahap literasi fizikal yang tinggi boleh menyampaikan pengajaran yang lebih berkesan. Maka, kajian ini bertujuan mengenalpasti persepsi literasi fizikal guru PJ sekolah rendah. Borang soal selidik diberikan secara atas talian kepada guru besar melalui aplikasi Telegram. Seramai 279 orang guru PJ (126 orang lelaki dan 153 orang perempuan) sekolah rendah di Kuala Lumpur telah melengkapkan soal selidik atas talian dalam tempoh pengumpulan data. Hasil dapatan kajian mendapati tahap persepsi literasi fizikal dalam kalangan guru PJ adalah tinggi (min = 4.24, sp = 0.518). Kajian turut meninjau perbezaan persepsi literasi fizikal guru berdasarkan beberapa faktor demografi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru lelaki (min = 4.34, sp = 0.450), guru yang lebih muda (umur <25 tahun) (r = -0.130, p=0.030), guru yang mempunyai pengalaman mengajar PJ lebih lama (>11 tahun) (min = 4.41, sp = 0.504) dan guru opsyen PJ mempunyai persepsi literasi fizikal yang lebih tinggi (min = 4.44, sp = 0.422). Dapatan turut menunjukkan guru berbangsa Melayu (min = 4.36, sp = 0.464) mempunyai persepsi literasi fizikal lebih tinggi berbanding guru lain. Secara keseluruhan, kajian menunjukkan bahawa adalah penting untuk menghantar guru terlatih dalam PJ untuk mengajar mata pelajaran PJ kerana mereka bukan sahaja boleh menjadi contoh kepada murid, malah mereka mungkin lebih efektif sebagai guru PJ yang boleh menyokong perkembangan literasi fizikal murid.
Title: Persepsi Literasi Fizikal dalam Kalangan Guru Pendidikan Jasmani di Sekolah Rendah
Description:
Literasi fizikal merujuk kepada tahap motivasi, keyakinan diri, kemahiran motor dan pengetahuan tentang pentingnya mengamalkan gaya hidup yang aktif.
Guru Pendidikan Jasmani (PJ) sekolah rendah memainkan peranan penting dalam menyokong perkembangan motor murid.
Guru PJ yang mempunyai tahap literasi fizikal yang tinggi boleh menyampaikan pengajaran yang lebih berkesan.
Maka, kajian ini bertujuan mengenalpasti persepsi literasi fizikal guru PJ sekolah rendah.
Borang soal selidik diberikan secara atas talian kepada guru besar melalui aplikasi Telegram.
Seramai 279 orang guru PJ (126 orang lelaki dan 153 orang perempuan) sekolah rendah di Kuala Lumpur telah melengkapkan soal selidik atas talian dalam tempoh pengumpulan data.
Hasil dapatan kajian mendapati tahap persepsi literasi fizikal dalam kalangan guru PJ adalah tinggi (min = 4.
24, sp = 0.
518).
Kajian turut meninjau perbezaan persepsi literasi fizikal guru berdasarkan beberapa faktor demografi.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru lelaki (min = 4.
34, sp = 0.
450), guru yang lebih muda (umur <25 tahun) (r = -0.
130, p=0.
030), guru yang mempunyai pengalaman mengajar PJ lebih lama (>11 tahun) (min = 4.
41, sp = 0.
504) dan guru opsyen PJ mempunyai persepsi literasi fizikal yang lebih tinggi (min = 4.
44, sp = 0.
422).
Dapatan turut menunjukkan guru berbangsa Melayu (min = 4.
36, sp = 0.
464) mempunyai persepsi literasi fizikal lebih tinggi berbanding guru lain.
Secara keseluruhan, kajian menunjukkan bahawa adalah penting untuk menghantar guru terlatih dalam PJ untuk mengajar mata pelajaran PJ kerana mereka bukan sahaja boleh menjadi contoh kepada murid, malah mereka mungkin lebih efektif sebagai guru PJ yang boleh menyokong perkembangan literasi fizikal murid.
Related Results
Persepsi Ibu Bapa Terhadap Aktiviti Fizikal dalam Kalangan Murid Pendidikan Khas
Persepsi Ibu Bapa Terhadap Aktiviti Fizikal dalam Kalangan Murid Pendidikan Khas
Aktiviti fizikal merupakan antara komponen yang penting dalam pembentukan fizikal yang sihat bagi seseorang individu. Aktiviti fizikal juga merupakan sebahagian aspek yang penting ...
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAFTAR PUSTAKAAditama, M. H. R., & Selfiardy, S. (2022). Kehidupan Mahasiswa Kuliah Sambil Bekerja di Masa Pandemi Covid-19. Kidspedia: Jurnal Pendidikan Anak Usia Dini, 3(...
ANALISIS SYAIR BERTEMA GURU SEKUMPUL KARYA GURU ABDUL HAKIM DAN GURU AKHMAD SYAIRAZI: HEURISTIK DAN HERMENEUTIK (ANALYSIS OF POETRY THEMED GURU SEKUMPUL BY GURU ABDUL HAKIM AND GURU AKHMAD SYAIRAZI: HEURISTICS AND HERMENEUTICS)
ANALISIS SYAIR BERTEMA GURU SEKUMPUL KARYA GURU ABDUL HAKIM DAN GURU AKHMAD SYAIRAZI: HEURISTIK DAN HERMENEUTIK (ANALYSIS OF POETRY THEMED GURU SEKUMPUL BY GURU ABDUL HAKIM AND GURU AKHMAD SYAIRAZI: HEURISTICS AND HERMENEUTICS)
AbstractAnalysis of Poetry Themed Guru Sekumpul by Guru Abdul Hakim and Guru Akhmad Syairazi: Heuristics and Hermeneutics. This research aims to describe the results of heuristic a...
Kompetensi pedagogik guru sekolah minggu dalam membentuk karakter anak sekolah minggu dan implikasinya bagi Gereja Sungai Yordan Rajawali
Kompetensi pedagogik guru sekolah minggu dalam membentuk karakter anak sekolah minggu dan implikasinya bagi Gereja Sungai Yordan Rajawali
Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui sejauhmana kompetensi pedagogik guru sekolah minggu dalam membentuk karakter anak sekolah minggu serta pengembangan pelayanan sekolah ming...
Persepsi Guru dan Siswa tentang Iklim Sekolah di Madrasah Tsanawiyah
Persepsi Guru dan Siswa tentang Iklim Sekolah di Madrasah Tsanawiyah
Penelitian ini bertujuan untuk mendapatkan informasi mengenai persepsi guru dan siswa tentang; dukungan kepada siswa, keakraban, partisipasi siswa, inovasi, kelengkapan sumber, dan...
Pendekatan literasi musik: Upaya mengetahui persepsi mahasiswa pendidikan guru sekolah dasar tentang keragaman budaya musik Indonesia
Pendekatan literasi musik: Upaya mengetahui persepsi mahasiswa pendidikan guru sekolah dasar tentang keragaman budaya musik Indonesia
Bagi mahasiswa pendidikan guru sekolah dasar, pembelajaran musik menjadi matakuliah wajib yang harus dituntaskan. Dalam masyarakat multikultural, siswa pendidikan guru sekolah dasa...
MANAJEMEN SUMBER DAYA MANUSIA GURU DALAM PENGUATAN PROFIL PELAJAR PANCASILA DI SEKOLAH DASAR NEGERI BATURSARI 5 KECAMATAN MRANGGEN KABUPATEN DEMAK
MANAJEMEN SUMBER DAYA MANUSIA GURU DALAM PENGUATAN PROFIL PELAJAR PANCASILA DI SEKOLAH DASAR NEGERI BATURSARI 5 KECAMATAN MRANGGEN KABUPATEN DEMAK
ABSTRAK
Abdulloh 2023, “Pengaruh Kompetensi Kepala Sekolah dan Motivasi Kerja Guru terhadap Kinerja Guru SMP Negeri Wilayah Sub Rayon 05 Boja Kabupaten Kendal”. T...
Persepsi Guru dan Siswa terhadap Implementasi Kurikulum 2013 dalam Mata Pelajaran Sejarah di SMA Negeri 5 Merangin
Persepsi Guru dan Siswa terhadap Implementasi Kurikulum 2013 dalam Mata Pelajaran Sejarah di SMA Negeri 5 Merangin
Abstract The implementation of the 2013 curriculum that is enacted by the government is determined by the perceptions of the teachers, where this perception is rooted...

