Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

PERKEMBANGAN AKTIVITI PERKAPALAN DAN PELABUHAN DI BORNEO UTARA: 1881-1941

View through CrossRef
Industri perkapalan dunia mengalami perubahan yang amat ketara setelah tercetusnya Revolusi Industri di Eropah dan juga pembinaan Terusan Suez sekitar abad ke-19 yang telah memendekkan perjalanan dari Barat ke Timur, sekali gus mengubah landskap dunia maritim ketika itu. Perahu layar dan juga tongkang-tongkang yang dahulunya digunakan oleh pelayar dan pedagang telah digantikan dengan kapal-kapal wap yang mampu belayar lebih lama dan tidak bergantung dengan cuaca. Malah, kapal-kapal wap ini juga mampu membawa muatan yang lebih banyak dan mempunyai ruang yang luas. Di Borneo Utara, aktiviti perkapalan dan pelabuhan semakin rancak apabila pihak SBUB mengambil alih pentadbiran Borneo Utara. Perkembangan laluan maritim dan aktiviti perdagangan semasa era imperialisme baharu telah menyebabkan kapal dari pelbagai syarikat perkapalan singgah di pelabuhan-pelabuhan utama di Borneo Utara untuk menjalankan aktiviti sehingga memberi impak kepada perkembangan industri perkapalan dan pelabuhan di Borneo Utara sendiri. Berdasarkan penggunaan sumber primer (laporan tahunan, surat dan akhbar kolonial) dan sumber kedua, artikel ini bertujuan untuk mengkaji hubung kait di antara aktiviti perkapalan dan kewujudan dan perkembangan pelabuhan di Borneo Utara. Secara khususnya, ia cuba merungkaikan persoalan tentang latar belakang dan motif syarikat perkapalan datang ke Borneo Utara, bagaimana pengoperasian kapal-kapal ini di Borneo Utara dan sejauh mana aktiviti yang melibatkan perkapalan ini telah memberi impak kepada perkembangan beberapa pelabuhan di tanah jajahan ini.
Title: PERKEMBANGAN AKTIVITI PERKAPALAN DAN PELABUHAN DI BORNEO UTARA: 1881-1941
Description:
Industri perkapalan dunia mengalami perubahan yang amat ketara setelah tercetusnya Revolusi Industri di Eropah dan juga pembinaan Terusan Suez sekitar abad ke-19 yang telah memendekkan perjalanan dari Barat ke Timur, sekali gus mengubah landskap dunia maritim ketika itu.
Perahu layar dan juga tongkang-tongkang yang dahulunya digunakan oleh pelayar dan pedagang telah digantikan dengan kapal-kapal wap yang mampu belayar lebih lama dan tidak bergantung dengan cuaca.
Malah, kapal-kapal wap ini juga mampu membawa muatan yang lebih banyak dan mempunyai ruang yang luas.
Di Borneo Utara, aktiviti perkapalan dan pelabuhan semakin rancak apabila pihak SBUB mengambil alih pentadbiran Borneo Utara.
Perkembangan laluan maritim dan aktiviti perdagangan semasa era imperialisme baharu telah menyebabkan kapal dari pelbagai syarikat perkapalan singgah di pelabuhan-pelabuhan utama di Borneo Utara untuk menjalankan aktiviti sehingga memberi impak kepada perkembangan industri perkapalan dan pelabuhan di Borneo Utara sendiri.
Berdasarkan penggunaan sumber primer (laporan tahunan, surat dan akhbar kolonial) dan sumber kedua, artikel ini bertujuan untuk mengkaji hubung kait di antara aktiviti perkapalan dan kewujudan dan perkembangan pelabuhan di Borneo Utara.
Secara khususnya, ia cuba merungkaikan persoalan tentang latar belakang dan motif syarikat perkapalan datang ke Borneo Utara, bagaimana pengoperasian kapal-kapal ini di Borneo Utara dan sejauh mana aktiviti yang melibatkan perkapalan ini telah memberi impak kepada perkembangan beberapa pelabuhan di tanah jajahan ini.

Related Results

SEJARAH PERKHIDMATAN PERUBATAN DAN KESIHATAN DI BORNEO UTARA DARI TAHUN 1881 HINGGA 1914
SEJARAH PERKHIDMATAN PERUBATAN DAN KESIHATAN DI BORNEO UTARA DARI TAHUN 1881 HINGGA 1914
Artikel ini bertujuan untuk menilai perkembangan perkhidmatan perubatan dan kesihatan di Borneo Utara bermula selepas penyerahan Borneo Utara kepada British pada tahun 1881 sehingg...
MOTIVASI DAN TAHAP PENGLIBATAN BELIA FELDA DALAM KESUKARELAWANAN DI FELDA BUKIT ROKAN, NEGERI SEMBILAN
MOTIVASI DAN TAHAP PENGLIBATAN BELIA FELDA DALAM KESUKARELAWANAN DI FELDA BUKIT ROKAN, NEGERI SEMBILAN
ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan antara motivasi dan tahap penglibatan belia dalam aktiviti sukarela di Felda Bukit Rokan, Negeri Sembilan. Objektif khusus k...
Faktor Penglibatan Pelajar dalam Aktiviti Bukan Akademik anjuran Universiti
Faktor Penglibatan Pelajar dalam Aktiviti Bukan Akademik anjuran Universiti
Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan di universiti tidak kira akademik atau bukan akademik haruslah boleh membentuk pelajar yang seimbang bukan sahaja dari aspek jasmani dan emosi, ma...
PEMBANGUNAN MASYARAKAT PERIBUMI PANTAI BARAT BORNEO UTARA DALAM CATATAN SEJARAH TERPILIH
PEMBANGUNAN MASYARAKAT PERIBUMI PANTAI BARAT BORNEO UTARA DALAM CATATAN SEJARAH TERPILIH
Penulis tempatan dan Eropah mempunyai catatan berkenaan perkembangan politik dan ekonomi masyarakat peribumi di Borneo Utara. Kesultanan Brunei memerintah pantai barat Borneo Utara...
PERKHIDMATAN PERUBATAN DAN KESIHATAN DI KEM BALAK BAWAH SELIAAN BRITISH BORNEO TIMBER COMPANY
PERKHIDMATAN PERUBATAN DAN KESIHATAN DI KEM BALAK BAWAH SELIAAN BRITISH BORNEO TIMBER COMPANY
Perkembangan industri pembalakan di Borneo Utara telah melonjak disebabkan permintaannya yang tinggi dan telah menyumbang kepada pembangunan ekonomi di Borneo Utara. Perkembangan e...
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAFTAR PUSTAKAAditama, M. H. R., & Selfiardy, S. (2022). Kehidupan Mahasiswa Kuliah Sambil Bekerja di Masa Pandemi Covid-19. Kidspedia: Jurnal Pendidikan Anak Usia Dini, 3(...
EVALUASI KINERJA OPERASIONAL PELABUHAN MALAHAYATI DALAM MENDUKUNG TOL LAUT INDONESIA
EVALUASI KINERJA OPERASIONAL PELABUHAN MALAHAYATI DALAM MENDUKUNG TOL LAUT INDONESIA
Pelabuhan Malahayati merupakan salah satu pelabuhan yang tertua di Aceh. PT. Pelindo I mengambil alih pelabuhan ini pada tahun 1970. Pelabuhan ini masuk dalam kriteria pelabuhan um...
Tingkat Pencapaian Standar Waktu Pelayanan Pemanduan Kapal (Approach Time) di Pelabuhan Parepare
Tingkat Pencapaian Standar Waktu Pelayanan Pemanduan Kapal (Approach Time) di Pelabuhan Parepare
Kinerja pelayanan pelabuhan adalah indikator untuk menilai hasil kerja suatu pelabuhan pada periode tertentu dan menggambarkan tingkat pelayanan yang diberikan kepada pengguna jasa...

Back to Top