Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

KITAR SEMULA DALAM KALANGAN ISI RUMAH KE ARAH PENGURUSAN TAPAK PELUPUSAN BUKIT GEMOK, TAWAU YANG LESTARI

View through CrossRef
Peningkatan jumlah isi rumah di Malaysia sangat berkadar langsung dengan peningkatan jumlah sisa pepejal yang dihasilkan. Jumlah sisa pepejal yang dihasilkan dengan banyak mengundang kepada lambakan sisa di tapak pelupusan yang akhirnya menyebabkan tapak pelupusan mencapai tahap tepu dan terpaksa ditutup sebelum mencapai tempoh hayat. Oleh itu, peranan masyarakat dalam mengurangkan jumlah sisa pepejal di tapak pelupusan sangat digalakkan. Salah satu cara yang berkesan dalam mengurangkan jumlah sisa di tapak pelupusan adalah melalui penglibatan dalam aktiviti kitar semula. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk melihat  penglibatan isi rumah dalam aktiviti kitar semula di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Tawau (MPT). Selain itu, faktor penglibatan isi rumah dan kaedah pengendalian bahan kitar semula isi rumah turut dikaji. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan kaedah pengumpulan data melalui edaran borang soal selidik. Data dianalisis secara deskriptif dengan melihat kepada frekuensi setiap angkubah yang diukur. Hasil kajian ini mendapati komposisi sisa yang dihasilkan oleh isi rumah adalah pelbagai dan kotak merupakan bahan pilihan untuk dikumpul sebagai bahan kitar semula dengan jumlah sebanyak 29.5 peratus. Selain itu, aluminium dan kertas turut menjadi pilihan isi rumah dengan jumlah kutipan masing-masing 20.8 peratus dan 17.7 peratus. Sebanyak 32.7 peratus isi rumah telah memilih faktor wang sebagai alasan melakukan aktiviti kitar semula, manakala faktor perlindungan alam sekitar sebagai pilihan kedua dengan jumlah sebanyak 22.42 peratus yang memilih faktor ini. Terdapat juga isi rumah yang memilih sebagai kerja amal (16.37 peratus) penglibatan dalam aktiviti kitar semula. Bahan kitar semula yang dikumpulkan akan diserahkan kepada pengutip tanpa bayaran (45.55 peratus), manakala 24 peratus isi rumah menjual bahan boleh kitar ke pusat pengumpul bahan kitar semula dan selebihnya menjual bahan boleh kitar ke pengutip swasta (23 peratus). Sumbangan isi rumah di kawasan MPT dalam pengurangan jumlah sisa di tapak pelupusan Bukit Gemok, Tawau melalui aktiviti kitar semula adalah sebanyak 0.74 peratus atau 67,654 kg sebulan. Peningkatan aktiviti kitar semula dalam kalangan isi rumah di daerah Tawau dapat memanjangkan lagi tempoh hayat tapak pelupusan Bukit Gemok, Tawau.   The increasing number of households in Malaysia is very directly proportional to the increase in the amount of solid waste generated. The amount of solid waste generated in large quantities invites dumping of waste at the landfill which eventually causes the landfill to reach a saturation level and to be closed before reaching its life span. Therefore, the role of the community in reducing the amount of solid waste at landfills is highly encouraged. One of the effective ways to reduce the amount of waste at landfills is through involvement in recycling activities. Therefore, this study was conducted to examine the involvement of households in recycling activities in the administrative area of Tawau Municipal Council (MPT). In addition, household involvement factors and methods of handling household recyclables were also examined. This study employed a quantitative approach where data collection was done through the distribution of questionnaires. Data were analyzed descriptively by looking at the frequency of each variable measured. The results of this study found that the composition of waste produced by households is diverse and boxes are found as the highest recycling material with a total of 29.5 per cent. In addition, aluminium and paper are also the other main choices of households with a total collection of 20.8 per cent and 17.7 per cent respectively. The money factor is the main reason for 32.7 per cent of the households to do recycling activities while the environmental protection factor rank second with a total of 22.42 per cent of the households who did recycling for this factor. There were also households who chose involvement in recycling activities as a charity work (16.37 per cent). A majority of 45.55 per cent of the households’ collected materials would be handed over to collectors free of charge whereas 24 per cent of the households sold their recyclable materials to recycling collection centers and the rest sold theirs to private collectors (23 per cent). The contribution of households in the MPT area in reducing the amount of waste at the Bukit Gemok, Tawau landfill through recycling activities is 0.74 per cent or 67,654 kg per month. The increase in recycling activities among households in the Tawau district can further extend the life of the Bukit Gemok, Tawau landfill.
Title: KITAR SEMULA DALAM KALANGAN ISI RUMAH KE ARAH PENGURUSAN TAPAK PELUPUSAN BUKIT GEMOK, TAWAU YANG LESTARI
Description:
Peningkatan jumlah isi rumah di Malaysia sangat berkadar langsung dengan peningkatan jumlah sisa pepejal yang dihasilkan.
Jumlah sisa pepejal yang dihasilkan dengan banyak mengundang kepada lambakan sisa di tapak pelupusan yang akhirnya menyebabkan tapak pelupusan mencapai tahap tepu dan terpaksa ditutup sebelum mencapai tempoh hayat.
Oleh itu, peranan masyarakat dalam mengurangkan jumlah sisa pepejal di tapak pelupusan sangat digalakkan.
Salah satu cara yang berkesan dalam mengurangkan jumlah sisa di tapak pelupusan adalah melalui penglibatan dalam aktiviti kitar semula.
Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk melihat  penglibatan isi rumah dalam aktiviti kitar semula di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Tawau (MPT).
Selain itu, faktor penglibatan isi rumah dan kaedah pengendalian bahan kitar semula isi rumah turut dikaji.
Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan kaedah pengumpulan data melalui edaran borang soal selidik.
Data dianalisis secara deskriptif dengan melihat kepada frekuensi setiap angkubah yang diukur.
Hasil kajian ini mendapati komposisi sisa yang dihasilkan oleh isi rumah adalah pelbagai dan kotak merupakan bahan pilihan untuk dikumpul sebagai bahan kitar semula dengan jumlah sebanyak 29.
5 peratus.
Selain itu, aluminium dan kertas turut menjadi pilihan isi rumah dengan jumlah kutipan masing-masing 20.
8 peratus dan 17.
7 peratus.
Sebanyak 32.
7 peratus isi rumah telah memilih faktor wang sebagai alasan melakukan aktiviti kitar semula, manakala faktor perlindungan alam sekitar sebagai pilihan kedua dengan jumlah sebanyak 22.
42 peratus yang memilih faktor ini.
Terdapat juga isi rumah yang memilih sebagai kerja amal (16.
37 peratus) penglibatan dalam aktiviti kitar semula.
Bahan kitar semula yang dikumpulkan akan diserahkan kepada pengutip tanpa bayaran (45.
55 peratus), manakala 24 peratus isi rumah menjual bahan boleh kitar ke pusat pengumpul bahan kitar semula dan selebihnya menjual bahan boleh kitar ke pengutip swasta (23 peratus).
Sumbangan isi rumah di kawasan MPT dalam pengurangan jumlah sisa di tapak pelupusan Bukit Gemok, Tawau melalui aktiviti kitar semula adalah sebanyak 0.
74 peratus atau 67,654 kg sebulan.
Peningkatan aktiviti kitar semula dalam kalangan isi rumah di daerah Tawau dapat memanjangkan lagi tempoh hayat tapak pelupusan Bukit Gemok, Tawau.
  The increasing number of households in Malaysia is very directly proportional to the increase in the amount of solid waste generated.
The amount of solid waste generated in large quantities invites dumping of waste at the landfill which eventually causes the landfill to reach a saturation level and to be closed before reaching its life span.
Therefore, the role of the community in reducing the amount of solid waste at landfills is highly encouraged.
One of the effective ways to reduce the amount of waste at landfills is through involvement in recycling activities.
Therefore, this study was conducted to examine the involvement of households in recycling activities in the administrative area of Tawau Municipal Council (MPT).
In addition, household involvement factors and methods of handling household recyclables were also examined.
This study employed a quantitative approach where data collection was done through the distribution of questionnaires.
Data were analyzed descriptively by looking at the frequency of each variable measured.
The results of this study found that the composition of waste produced by households is diverse and boxes are found as the highest recycling material with a total of 29.
5 per cent.
In addition, aluminium and paper are also the other main choices of households with a total collection of 20.
8 per cent and 17.
7 per cent respectively.
The money factor is the main reason for 32.
7 per cent of the households to do recycling activities while the environmental protection factor rank second with a total of 22.
42 per cent of the households who did recycling for this factor.
There were also households who chose involvement in recycling activities as a charity work (16.
37 per cent).
A majority of 45.
55 per cent of the households’ collected materials would be handed over to collectors free of charge whereas 24 per cent of the households sold their recyclable materials to recycling collection centers and the rest sold theirs to private collectors (23 per cent).
The contribution of households in the MPT area in reducing the amount of waste at the Bukit Gemok, Tawau landfill through recycling activities is 0.
74 per cent or 67,654 kg per month.
The increase in recycling activities among households in the Tawau district can further extend the life of the Bukit Gemok, Tawau landfill.

Related Results

Eksperimentasi tanah liat habu sebagai refleksi kreatif seni seramik kontemporari
Eksperimentasi tanah liat habu sebagai refleksi kreatif seni seramik kontemporari
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kebolehgunaan mendakanTapak PelupusanHabu sebagai refleksi kreatif seni seramik kontemporari. Kaedah ekspirementasi secara studio praktis...
ANCIENT SETTLEMENT INDICATIONS IN LUWU REGENCY, SOUTH SULAWESI
ANCIENT SETTLEMENT INDICATIONS IN LUWU REGENCY, SOUTH SULAWESI
Tulisan ini bertujuan menjelaskan sejumlah data arkeologi, tradisi dan lingkungan okupasi manusia di Kabupaten Luwu. Metode pengumpulan data dilakukan dengan survei dan ekskavasi. ...
Pandangan dan Penilaian Ilmuan Agama Terhadap Kaedah Pelupusan Teks Al-Quran Di Malaysia
Pandangan dan Penilaian Ilmuan Agama Terhadap Kaedah Pelupusan Teks Al-Quran Di Malaysia
Kaedah membakar merupakan antara kaedah yang digunakan bagi melupuskan mashaf al-Quran yang lama, rosak atau tersalah cetak. Muktahir ini telah berlaku pengurusan pelupusan mashaf ...
Perlindungan Pekerja Rumah Tangga Dalam Sistem Hukum Nasional
Perlindungan Pekerja Rumah Tangga Dalam Sistem Hukum Nasional
The role of house worker is very important in our daily life. Developing of work frame fo house worker are more extend and complex as advance as the era. Kencana foundation is foun...
Pengembangan Tata Hijau Wisata Berkelanjutan Bukit Lawang
Pengembangan Tata Hijau Wisata Berkelanjutan Bukit Lawang
Bukit Lawang merupakan kawasan wisata alam yang terletak di Sumatera Utara, yang memiliki potensi wisata alam yang terkenal baik domestic maupun mancanegara. Bukit Lawang juga meru...
Pengurusan Sisa Elektronik: Ulasan
Pengurusan Sisa Elektronik: Ulasan
Menurut laporan Global E-waste Monitor 2020, dianggarkan penduduk Malaysia menghasilkan 364 kilo tan (kt) e-sisa pada 2019 atau purata 11.1kg per kapita. Bagaimanapun, tiada data m...
KORELASI KEADAAN RUMAH DENGAN KEJADIAN PENYAKIT TBC PARU
KORELASI KEADAAN RUMAH DENGAN KEJADIAN PENYAKIT TBC PARU
Tuberkulosis merupakan penyakit yang disebabkan oleh infeksi Mycobacterium tuberkulosis. Umumnya setelah masuk ke dalam tubuh melalui rongga pernapasan, bakteri ini akan menuju ke ...

Back to Top