Javascript must be enabled to continue!
Persepsi Majikan Terhadap Prestasi Graduan Universiti Islam Sultan Sharif Ali: Tumpuan Kajian 2011-2018
View through CrossRef
Masalah pengangguran dalam kalangan para graduan institusi pengajian tinggi telah menjadi satu fenomena global yang merunsingkan para pemimpin dunia termasuklah di Negara Brunei Darussalam. Justeru, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di- Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam titah Baginda di Majlis Hafl al-Takharruj UNISSA ke-5 secara jelas menekankan mengenai keperluan bagi mempersiapkan para pelajar UNISSA agar mereka mempunyai kebolehpasaran sehingga mampu bersaing dalam dunia pekerjaan yang kompetitif. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan untuk meninjau kebolehpasaran para graduan UNISSA dengan mengambilkira persepsi para majikan tempat mereka bekerja sama ada di sektor awam atau swasta. Kajian ini menumpukan kepada responden yang terdiri daripada lulusan tahun 2011 – 2018; iaitu graduan pertama dilahirkan sehinggalah penyelidikan ini dilaksanakan. Bagi mencapai objektif kajian, metodologi yang digunapakai ialah analisis dokumen dan soal selidik. Dapatan kajian mendapati bahawa majikan sangat berpuas hati dengan etika/sahsiah lulusan UNISSA. Walau bagaimanapun kajian juga menemukan jurang yang perlu diberi perhatian oleh UNISSA bagi meningkatkan kapasiti pelajar yang akan melonjakkan kebolehpasaran lulusannya. Adapun jurang yang sangat ketara itu ialah kompetensi dalam kepimpinan serta kemahiran dalam pengurusan dan interpersonal. Lantas bagi mengecilkan jurang ini, UNISSA perlu meneliti dan menilai semula program dan kurikulum akademik dan non- akademik bagi memastikan kesesuaiannya dengan keperluan industri dan kehendak semasa.
Universiti Islam Sultan Sharif Ali
Title: Persepsi Majikan Terhadap Prestasi Graduan Universiti Islam Sultan Sharif Ali: Tumpuan Kajian 2011-2018
Description:
Masalah pengangguran dalam kalangan para graduan institusi pengajian tinggi telah menjadi satu fenomena global yang merunsingkan para pemimpin dunia termasuklah di Negara Brunei Darussalam.
Justeru, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di- Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam titah Baginda di Majlis Hafl al-Takharruj UNISSA ke-5 secara jelas menekankan mengenai keperluan bagi mempersiapkan para pelajar UNISSA agar mereka mempunyai kebolehpasaran sehingga mampu bersaing dalam dunia pekerjaan yang kompetitif.
Oleh itu, kajian ini dilaksanakan untuk meninjau kebolehpasaran para graduan UNISSA dengan mengambilkira persepsi para majikan tempat mereka bekerja sama ada di sektor awam atau swasta.
Kajian ini menumpukan kepada responden yang terdiri daripada lulusan tahun 2011 – 2018; iaitu graduan pertama dilahirkan sehinggalah penyelidikan ini dilaksanakan.
Bagi mencapai objektif kajian, metodologi yang digunapakai ialah analisis dokumen dan soal selidik.
Dapatan kajian mendapati bahawa majikan sangat berpuas hati dengan etika/sahsiah lulusan UNISSA.
Walau bagaimanapun kajian juga menemukan jurang yang perlu diberi perhatian oleh UNISSA bagi meningkatkan kapasiti pelajar yang akan melonjakkan kebolehpasaran lulusannya.
Adapun jurang yang sangat ketara itu ialah kompetensi dalam kepimpinan serta kemahiran dalam pengurusan dan interpersonal.
Lantas bagi mengecilkan jurang ini, UNISSA perlu meneliti dan menilai semula program dan kurikulum akademik dan non- akademik bagi memastikan kesesuaiannya dengan keperluan industri dan kehendak semasa.
.
Related Results
Peranan Kesatuan Majikan dalam Perhubungan Perusahaan di Malaysia
Peranan Kesatuan Majikan dalam Perhubungan Perusahaan di Malaysia
Pengkaji menganalisis peranan kesatuan majikan dalam konteks perhubungan perusahaan di Malaysia dalam makalah ini. Kesatuan majikan ialah gabungan majikan yang berurus niaga atau b...
STUDI EKSPERIMENTAL KUAT LENTUR BALOK DENGAN PELEBARAN DIMENSI PADA DAERAH TUMPUAN BALOK BETON BERTULANG DAN PEMODELAN MENGGUNAKAN LUSAS
STUDI EKSPERIMENTAL KUAT LENTUR BALOK DENGAN PELEBARAN DIMENSI PADA DAERAH TUMPUAN BALOK BETON BERTULANG DAN PEMODELAN MENGGUNAKAN LUSAS
Kegagalan pada balok beton bertulang dapat terjadi pada tumpuan atau sambungan kolom dan balok. Perkuatan pada daerah yang memiliki kapasitas kurang dari yang diperlukan menjadi so...
Pengaruh Kejayaan Graduan Sarjana Muda Sains Pembinaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam Kerjaya yang Diceburi
Pengaruh Kejayaan Graduan Sarjana Muda Sains Pembinaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam Kerjaya yang Diceburi
Faktor utama kejayaan para graduan adalah berdasarkan diri sendiri iaitu tindakan yang dilakukan oleh graduan seperti berdikari, bersikap positif dan menjaga kesihatan dalam memenu...
The Influence of Self-Efficacy, Soft Skills, Personality, and Emotional Intelligence on Graduate Employability in Malaysian Technical University Network Institutions
The Influence of Self-Efficacy, Soft Skills, Personality, and Emotional Intelligence on Graduate Employability in Malaysian Technical University Network Institutions
This study aims to evaluate the effects of self-efficacy (SE), soft skills, and personality on graduate employability (GE) among final year students in Malaysian Technical Universi...
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAFTAR PUSTAKAAditama, M. H. R., & Selfiardy, S. (2022). Kehidupan Mahasiswa Kuliah Sambil Bekerja di Masa Pandemi Covid-19. Kidspedia: Jurnal Pendidikan Anak Usia Dini, 3(...
Persepsi Pelajar Terhadap Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Islam Negara Brunei Darussalam Kajian di Universiti Islam Sultan Sharif Ali
Persepsi Pelajar Terhadap Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Islam Negara Brunei Darussalam Kajian di Universiti Islam Sultan Sharif Ali
Pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Islam memerlukan persekitaran yang baik dan lengkap untuk menghasilkan pencapaian akad...
Kontribusi Aspek Anthropometri dan Kapasitas Fisik Dominan Terhadap Prestasi Lompat Jauh Gaya Schenepper
Kontribusi Aspek Anthropometri dan Kapasitas Fisik Dominan Terhadap Prestasi Lompat Jauh Gaya Schenepper
Lompat jauh merupakan cabang olahraga atletik dengan serangkaian awalan, tumpuan, sikap di udara, dan diakhiri dengan mendarat yang mencakup daya dan kecepatan yang bertujuan m...
Hubungan Kecerdasan Intelektual Kecerdasan Emosional dan Kecerdasan Spiritual Terhadap Prestasi Belajar Fisika
Hubungan Kecerdasan Intelektual Kecerdasan Emosional dan Kecerdasan Spiritual Terhadap Prestasi Belajar Fisika
Penelitian ini merupakan penelitian jenis ex-post facto yang memiliki tiga variabel bebas dan satu variabel terikat. Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui (1) hubungan kecerdas...

