Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Satira Haiwan dalam Nabatah dan Hollow Kingdom: Suatu Perbandingan

View through CrossRef
Setiap bangsa di dunia memiliki cerita haiwan tersendiri yang diwarisi sejak zaman sastera lisan. Cerita haiwan terbahagi kepada beberapa bentuk, iaitu cerita asal usul kejadian haiwan, cerita didikan dan pengajaran, mitos haiwan serta haiwan sebagai satira atau kiasan. Misalnya, cerita haiwan sebagai satira atau kiasan dihasilkan dengan tujuan untuk mengkritik kelemahan individu atau sesuatu pihak supaya diperbaiki. Namun begitu, kajian lepas yang membandingkan cerita haiwan sebagai satira antara Malaysia dengan Amerika Syarikat didapati kurang dilakukan. Hal ini merupakan satu kelompangan yang perlu diisi memandangkan kajian terhadapnya mampu memperkenalkan watak haiwan dari kedua-dua buah negara selain menyerlahkan keunikan cerita masing-masing yang berbeza bahasa, latar belakang budaya dan tempat. Tulisan ini membincangkan novel Nabatah dari Malaysia dan Hollow Kingdom dari Amerika Syarikat. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti dan menganalisis isu kepincangan sosial yang disampaikan dengan menggunakan watak haiwan dalam teks kajian. Penilaian dilakukan dengan memanfaatkan konsep satira. Dapatan kajian menunjukkan isu kepincangan sosial yang disampaikan oleh para pengarang mencerminkan realiti kebobrokan masyarakat di kedua-dua buah negara untuk diatasi. Penemuan ini membuktikan bahawa satira haiwan mampu menjadi alat kritikan masyarakat yang berkesan secara tidak langsung
Title: Satira Haiwan dalam Nabatah dan Hollow Kingdom: Suatu Perbandingan
Description:
Setiap bangsa di dunia memiliki cerita haiwan tersendiri yang diwarisi sejak zaman sastera lisan.
Cerita haiwan terbahagi kepada beberapa bentuk, iaitu cerita asal usul kejadian haiwan, cerita didikan dan pengajaran, mitos haiwan serta haiwan sebagai satira atau kiasan.
Misalnya, cerita haiwan sebagai satira atau kiasan dihasilkan dengan tujuan untuk mengkritik kelemahan individu atau sesuatu pihak supaya diperbaiki.
Namun begitu, kajian lepas yang membandingkan cerita haiwan sebagai satira antara Malaysia dengan Amerika Syarikat didapati kurang dilakukan.
Hal ini merupakan satu kelompangan yang perlu diisi memandangkan kajian terhadapnya mampu memperkenalkan watak haiwan dari kedua-dua buah negara selain menyerlahkan keunikan cerita masing-masing yang berbeza bahasa, latar belakang budaya dan tempat.
Tulisan ini membincangkan novel Nabatah dari Malaysia dan Hollow Kingdom dari Amerika Syarikat.
Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti dan menganalisis isu kepincangan sosial yang disampaikan dengan menggunakan watak haiwan dalam teks kajian.
Penilaian dilakukan dengan memanfaatkan konsep satira.
Dapatan kajian menunjukkan isu kepincangan sosial yang disampaikan oleh para pengarang mencerminkan realiti kebobrokan masyarakat di kedua-dua buah negara untuk diatasi.
Penemuan ini membuktikan bahawa satira haiwan mampu menjadi alat kritikan masyarakat yang berkesan secara tidak langsung.

Related Results

Pengkategorian Haiwan dalam Kitab Sabil Al-Muhtadin dari Perspektif Halal dan Zoologi
Pengkategorian Haiwan dalam Kitab Sabil Al-Muhtadin dari Perspektif Halal dan Zoologi
Kitab Sabil al-Muhtadin Li Al-Tafaqquh Fi Amr Al-Din karya Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari (1122-1227H/1710-1812 M) merupakan antara karya fiqh Melayu klasik yang penting dalam m...
Analisis Haiwan Halal Haram Dalam Kamus Al-Marbawi Karya Sheikh Mohd Idris Al-Marbawi
Analisis Haiwan Halal Haram Dalam Kamus Al-Marbawi Karya Sheikh Mohd Idris Al-Marbawi
One of the references to find out the halal and haram status of animals is the Idris al-Marbawi dictionary written by Sheikh Mohd Idris al-Marbawi. This dictionary contains a picto...
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature  Review Anna Tri Wahyuni1), Masfuri2),  Liya Arista3)1,2,3 Fakultas Ilmu Keperawatan Univers...
KECEMASAN SAAT PANDEMI COVID 19: LITERATUR REVIEW Hardiyati, Efri Widianti, Taty Hernawaty Departemen Keperawatan Jiwa Poltekkes Kemenkes Mamuju Sulbar, Universitas Pad...
NILAI ESRTIKA MODIFIKASI VESPA ROSOK BONDOWOSO
NILAI ESRTIKA MODIFIKASI VESPA ROSOK BONDOWOSO
NILAI ESTETIKA VESPA MODIFIKASI KOMUNITAS VESPA BONDOWOSO  Syarief Abdurahman Arrahim1, I Wayan Sudiarta2, I Gst Ngr. Sura Ardana31,2,3Program Studi Pendidikan Seni RupaFakultas Ba...
DEMENSI BUDAYA LOKAL DALAM TRADISI HAUL DAN MAULIDAN BAGI KOMUNITAS SEKARBELA MATARAM
DEMENSI BUDAYA LOKAL DALAM TRADISI HAUL DAN MAULIDAN BAGI KOMUNITAS SEKARBELA MATARAM
<p>Penelitian ini dilakukan di Kotamadya<br />Mataram Nusa Tenggara Barat. Sasaran<br />penelitian adalah suatu masyarakat lokal yang<br />menamakan dirinya...
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAFTAR PUSTAKAAditama, M. H. R., &amp; Selfiardy, S. (2022). Kehidupan Mahasiswa Kuliah Sambil Bekerja di Masa Pandemi Covid-19. Kidspedia: Jurnal Pendidikan Anak Usia Dini, 3(...

Back to Top