Javascript must be enabled to continue!
Pengkategorian Haiwan dalam Kitab Sabil Al-Muhtadin dari Perspektif Halal dan Zoologi
View through CrossRef
Kitab Sabil al-Muhtadin Li Al-Tafaqquh Fi Amr Al-Din karya Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari (1122-1227H/1710-1812 M) merupakan antara karya fiqh Melayu klasik yang penting dalam membincangkan hukum-hakam haiwan. Kitab ini mengandungi pelbagai pengkategorian haiwan berdasarkan istilah yang lazim digunakan di Alam Melayu dan dunia Arab. Namun demikian, sebahagian istilah haiwan yang digunakan didapati kurang jelas dari segi rujukan spesies. Kajian ini bertujuan memperincikan spesies haiwan yang dibincangkan dalam Kitab Sabil al-Muhtadin, mengklasifikasikannya mengikut kategori halal dan haram, serta menganalisis istilah haiwan tersebut melalui pendekatan interdisiplin yang mengintegrasikan perspektif fiqh halal dan zoologi. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah dokumentasi dan analisis tekstual terhadap kandungan kitab berkenaan, serta teknik temubual secara berstruktur. Hasil kajian mendapati terdapat tiga jenis pengkategorian haiwan di dalam kitab Sabil al-Muhtadin iaitu; haiwan air, haiwan darat dan haiwan kacukan antara haiwan yang halal dan haram. Jumlah keseluruhan istilah haiwan adalah sebanyak 123 spesies. Analisis turut menunjukkan tiga bentuk penggunaan istilah haiwan, iaitu 1) istilah yang jelas maksudnya dalam bahasa Melayu, 2) istilah Arab yang disertai terjemahan atau penjelasan, serta 3) istilah yang menggunakan bahasa tempatan seperti bahasa Indonesia (Banjar) tanpa penjelasan lanjut. Kajian ini menyumbang kepada pemetaan sistematik istilah haiwan dalam fiqh Melayu klasik serta memperlihatkan kepentingan integrasi antara disiplin.
Title: Pengkategorian Haiwan dalam Kitab Sabil Al-Muhtadin dari Perspektif Halal dan Zoologi
Description:
Kitab Sabil al-Muhtadin Li Al-Tafaqquh Fi Amr Al-Din karya Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari (1122-1227H/1710-1812 M) merupakan antara karya fiqh Melayu klasik yang penting dalam membincangkan hukum-hakam haiwan.
Kitab ini mengandungi pelbagai pengkategorian haiwan berdasarkan istilah yang lazim digunakan di Alam Melayu dan dunia Arab.
Namun demikian, sebahagian istilah haiwan yang digunakan didapati kurang jelas dari segi rujukan spesies.
Kajian ini bertujuan memperincikan spesies haiwan yang dibincangkan dalam Kitab Sabil al-Muhtadin, mengklasifikasikannya mengikut kategori halal dan haram, serta menganalisis istilah haiwan tersebut melalui pendekatan interdisiplin yang mengintegrasikan perspektif fiqh halal dan zoologi.
Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah dokumentasi dan analisis tekstual terhadap kandungan kitab berkenaan, serta teknik temubual secara berstruktur.
Hasil kajian mendapati terdapat tiga jenis pengkategorian haiwan di dalam kitab Sabil al-Muhtadin iaitu; haiwan air, haiwan darat dan haiwan kacukan antara haiwan yang halal dan haram.
Jumlah keseluruhan istilah haiwan adalah sebanyak 123 spesies.
Analisis turut menunjukkan tiga bentuk penggunaan istilah haiwan, iaitu 1) istilah yang jelas maksudnya dalam bahasa Melayu, 2) istilah Arab yang disertai terjemahan atau penjelasan, serta 3) istilah yang menggunakan bahasa tempatan seperti bahasa Indonesia (Banjar) tanpa penjelasan lanjut.
Kajian ini menyumbang kepada pemetaan sistematik istilah haiwan dalam fiqh Melayu klasik serta memperlihatkan kepentingan integrasi antara disiplin.
Related Results
Analisis Penyenaraian Haiwan Menerusi Kitab Matla’ al-Badrain oleh Syeikh Muhammad bin Ismail Daud al-Fathani Menurut Perspektif Halal dan Zoologi
Analisis Penyenaraian Haiwan Menerusi Kitab Matla’ al-Badrain oleh Syeikh Muhammad bin Ismail Daud al-Fathani Menurut Perspektif Halal dan Zoologi
Salah satu sumber rujukan untuk mengetahui status halal haram haiwan adalah kitab Matla’ al-Badrain yang ditulis oleh Syeikh Muhammad bin Ismail Daud al-Fathani. Karya ini mengandu...
Analisis Dampak Kesadaran Halal dan Label Halal terhadap Niat Beli Mie Instan Korea Pada Remaja di Sumenep Melalui Sikap
Analisis Dampak Kesadaran Halal dan Label Halal terhadap Niat Beli Mie Instan Korea Pada Remaja di Sumenep Melalui Sikap
ABSTRAK
Tujuan dilangsungkannya sebuah penelitian ini ialah untuk mengkaji pengaruh kesadaran halal dan label halal terhadap niat beli mie instan Korea pada remaja di Sumenep melal...
The Role of Halal Center in Increasing Sustainable Economy in the Halal Industry Sector
The Role of Halal Center in Increasing Sustainable Economy in the Halal Industry Sector
The role of the Indonesian Ulama Council (MUI) in halal labeling is still considered ineffective. So, the government enacted Law Number 3 of 2014 concerning Halal Product Guarantee...
Analisis Haiwan Halal Haram Dalam Kamus Al-Marbawi Karya Sheikh Mohd Idris Al-Marbawi
Analisis Haiwan Halal Haram Dalam Kamus Al-Marbawi Karya Sheikh Mohd Idris Al-Marbawi
One of the references to find out the halal and haram status of animals is the Idris al-Marbawi dictionary written by Sheikh Mohd Idris al-Marbawi. This dictionary contains a picto...
PERAN MASYARAKAT DALAM PENYELENGGARAAN JAMINAN PRODUK HALAL DI INDONESIA
PERAN MASYARAKAT DALAM PENYELENGGARAAN JAMINAN PRODUK HALAL DI INDONESIA
<p>Negara menerbitkan Undang-Undang Nomor 33 Tahun 2014 tentang Jaminan Produk Halal. Pasal 4 Undang-Undang Jaminan Produk Halal (UUJPH) jo Pasal 2 Peraturan Pemerintah Nomor...
Satira Haiwan dalam Nabatah dan Hollow Kingdom: Suatu Perbandingan
Satira Haiwan dalam Nabatah dan Hollow Kingdom: Suatu Perbandingan
Setiap bangsa di dunia memiliki cerita haiwan tersendiri yang diwarisi sejak zaman sastera lisan. Cerita haiwan terbahagi kepada beberapa bentuk, iaitu cerita asal usu...
ENHANCING INDONESIA'S FOREIGN EXCHANGE EARNINGS THROUGH COLLABORATIVE EFFORTS IN THE INDONESIA-MALAYSIA-THAILAND GROWTH TRIANGLE (IMT-GT) INITIATIVE
ENHANCING INDONESIA'S FOREIGN EXCHANGE EARNINGS THROUGH COLLABORATIVE EFFORTS IN THE INDONESIA-MALAYSIA-THAILAND GROWTH TRIANGLE (IMT-GT) INITIATIVE
Abstract: This research aims to explain the Indonesian government's efforts to develop Indonesian halal tourism through trilateral cooperation with Malaysia and Thailand, known as ...
Perlindungan Konsumen Terhadap Produk Halal dalam Memenuhi Kenyamanan dan Keselamatan Dihubungkan Dengan Undang-Undang Jaminan Produk Halal (UU JPH).
Perlindungan Konsumen Terhadap Produk Halal dalam Memenuhi Kenyamanan dan Keselamatan Dihubungkan Dengan Undang-Undang Jaminan Produk Halal (UU JPH).
Abstract
Various losses that occur to consumers in Indonesia are not uncommon. What happens is a number of important events that concern the security and safety of consumers ...

