Javascript must be enabled to continue!
Analisis Penyenaraian Haiwan Menerusi Kitab Matla’ al-Badrain oleh Syeikh Muhammad bin Ismail Daud al-Fathani Menurut Perspektif Halal dan Zoologi
View through CrossRef
Salah satu sumber rujukan untuk mengetahui status halal haram haiwan adalah kitab Matla’ al-Badrain yang ditulis oleh Syeikh Muhammad bin Ismail Daud al-Fathani. Karya ini mengandungi pengelasan haiwan halal dan haram mengikut spesis hidupan yang biasa ditemui di tanah Melayu dan tanah Arab. Bagaimanapun, masih terdapat beberapa nama haiwan yang kurang jelas maksudnya serta memerlukan kepada kajian terperinci. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti nama-nama haiwan, menganalisis kaedah pengelasan haiwan halal haram yang terdapat dalam karya Matla’ al-Badrain, dan menghubungkaitkan dengan penamaan zoologi yang bersesuaian. Metodologi kajian berbentuk kualititaf menerusi kaedah kutipan data secara analisis tekstual terhadap nama-nama spesis haiwan yang dinyatakan dalam karya tersebut. Hasil kajian mendapati terdapat tiga bentuk pengelasan haiwan di dalam Matla’ al-Badrain iaitu haiwan laut, hidupan darat dan haiwan kacukan antara haiwan yang halal dan haram dimakan. Jumlah keseluruhan jenis haiwan yang disebutkan adalah sebanyak 80 spesis. Terdapat tiga bentuk penerangan spesis haiwan yang digunakan iaitu; 1) nama haiwan jelas maksudnya dalam Bahasa Melayu, 2) nama haiwan dalam Bahasa Arab yang disertai penterjemahan, 3) nama haiwan dalam Bahasa Arab yang tiada penterjemahan. Sehubungan itu, usaha perlu dilakukan untuk menyesuaikannya dengan istilah yang dapat difahami oleh masyarakat moden.
Universiti Sains Islam Malaysia
Title: Analisis Penyenaraian Haiwan Menerusi Kitab Matla’ al-Badrain oleh Syeikh Muhammad bin Ismail Daud al-Fathani Menurut Perspektif Halal dan Zoologi
Description:
Salah satu sumber rujukan untuk mengetahui status halal haram haiwan adalah kitab Matla’ al-Badrain yang ditulis oleh Syeikh Muhammad bin Ismail Daud al-Fathani.
Karya ini mengandungi pengelasan haiwan halal dan haram mengikut spesis hidupan yang biasa ditemui di tanah Melayu dan tanah Arab.
Bagaimanapun, masih terdapat beberapa nama haiwan yang kurang jelas maksudnya serta memerlukan kepada kajian terperinci.
Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti nama-nama haiwan, menganalisis kaedah pengelasan haiwan halal haram yang terdapat dalam karya Matla’ al-Badrain, dan menghubungkaitkan dengan penamaan zoologi yang bersesuaian.
Metodologi kajian berbentuk kualititaf menerusi kaedah kutipan data secara analisis tekstual terhadap nama-nama spesis haiwan yang dinyatakan dalam karya tersebut.
Hasil kajian mendapati terdapat tiga bentuk pengelasan haiwan di dalam Matla’ al-Badrain iaitu haiwan laut, hidupan darat dan haiwan kacukan antara haiwan yang halal dan haram dimakan.
Jumlah keseluruhan jenis haiwan yang disebutkan adalah sebanyak 80 spesis.
Terdapat tiga bentuk penerangan spesis haiwan yang digunakan iaitu; 1) nama haiwan jelas maksudnya dalam Bahasa Melayu, 2) nama haiwan dalam Bahasa Arab yang disertai penterjemahan, 3) nama haiwan dalam Bahasa Arab yang tiada penterjemahan.
Sehubungan itu, usaha perlu dilakukan untuk menyesuaikannya dengan istilah yang dapat difahami oleh masyarakat moden.
Related Results
Pengkategorian Haiwan dalam Kitab Sabil Al-Muhtadin dari Perspektif Halal dan Zoologi
Pengkategorian Haiwan dalam Kitab Sabil Al-Muhtadin dari Perspektif Halal dan Zoologi
Kitab Sabil al-Muhtadin Li Al-Tafaqquh Fi Amr Al-Din karya Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari (1122-1227H/1710-1812 M) merupakan antara karya fiqh Melayu klasik yang penting dalam m...
Analisis Dampak Kesadaran Halal dan Label Halal terhadap Niat Beli Mie Instan Korea Pada Remaja di Sumenep Melalui Sikap
Analisis Dampak Kesadaran Halal dan Label Halal terhadap Niat Beli Mie Instan Korea Pada Remaja di Sumenep Melalui Sikap
ABSTRAK
Tujuan dilangsungkannya sebuah penelitian ini ialah untuk mengkaji pengaruh kesadaran halal dan label halal terhadap niat beli mie instan Korea pada remaja di Sumenep melal...
Hadis Matla’ Hilal
Hadis Matla’ Hilal
Abstract:
The aim of this study is to elaborate the methods used in determining matla 'according to the criteria of mass organizations in Indonesia as well as reviewing the o...
The Role of Halal Center in Increasing Sustainable Economy in the Halal Industry Sector
The Role of Halal Center in Increasing Sustainable Economy in the Halal Industry Sector
The role of the Indonesian Ulama Council (MUI) in halal labeling is still considered ineffective. So, the government enacted Law Number 3 of 2014 concerning Halal Product Guarantee...
Analisis Haiwan Halal Haram Dalam Kamus Al-Marbawi Karya Sheikh Mohd Idris Al-Marbawi
Analisis Haiwan Halal Haram Dalam Kamus Al-Marbawi Karya Sheikh Mohd Idris Al-Marbawi
One of the references to find out the halal and haram status of animals is the Idris al-Marbawi dictionary written by Sheikh Mohd Idris al-Marbawi. This dictionary contains a picto...
Satira Haiwan dalam Nabatah dan Hollow Kingdom: Suatu Perbandingan
Satira Haiwan dalam Nabatah dan Hollow Kingdom: Suatu Perbandingan
Setiap bangsa di dunia memiliki cerita haiwan tersendiri yang diwarisi sejak zaman sastera lisan. Cerita haiwan terbahagi kepada beberapa bentuk, iaitu cerita asal usu...
PERAN MASYARAKAT DALAM PENYELENGGARAAN JAMINAN PRODUK HALAL DI INDONESIA
PERAN MASYARAKAT DALAM PENYELENGGARAAN JAMINAN PRODUK HALAL DI INDONESIA
<p>Negara menerbitkan Undang-Undang Nomor 33 Tahun 2014 tentang Jaminan Produk Halal. Pasal 4 Undang-Undang Jaminan Produk Halal (UUJPH) jo Pasal 2 Peraturan Pemerintah Nomor...
Pengaruh Sertifikasi Halal UMKM terhadap Pariwisata Halal di Kawasan Masjid Raya Al Jabbar Kota Bandung
Pengaruh Sertifikasi Halal UMKM terhadap Pariwisata Halal di Kawasan Masjid Raya Al Jabbar Kota Bandung
Abstract. This research aims to analyze the effect of MSME halal certification on halal tourism in the Al Jabar Mosque area in Bandung City, where many MSMEs in the Al Jabbar Grand...

