Javascript must be enabled to continue!
REPRESENTASI FITUR VOKAL BAHASA KERINCI: SATU PENILAIAN SEMULA BERDASARKAN TEORI FONOLOGI AUTOSEGMENTAL
View through CrossRef
Makalah ini bertujuan menilai semula representasi fitur segmen vokal bahasa Kerinci berdasarkan teori fonologi autosegmental. Kajian ini merupakan suatu bentuk kajian kes yang menggunakan kaedah kualitatif dalam menganalisis data. Data kajian diperoleh melalui kaedah kepustakaan, pemerhatian dan temu bual dengan bantuan instrumen seperti buku catatan, borang soal selidik dan alat perakam. Responden kajian merupakan sepuluh orang penutur Kerinci dialek Semerap yang tinggal di Kampung SungaiLui, Hulu Langat, Selangor. Data kajian akan ditranskripsi dalam bentuk ejaan, transkripsi fonemik dan transkripsi fonetik dengan menggunakan simbol-simbol yang terdapat dalam sistem International Phonetic Alphabet (IPA). Data kajian juga akan dianalisis menggunakan geometri fitur model Halle (1992). Hasil kajian menunjukkan bahasa Kerinci mempunyai enam segmen vokal bertaraf fonem, iaitu /i, e, a, ə, u, o/, manakala [ɛ, ɔ] merupakan segmen terbitan yang masing-masing mempunyai fitur distingtif atau ciri-ciripembeza yang tersendiri. Dapatan menunjukkan vokal [ɛ, ɔ] tidak berstatus sebagai fonem dalam bahasa Kerinci kerana tidak menepati kriteria yang perlu ada pada suatu segmen bertaraf fonem, iaitu kehadirannya boleh diramal melalui rumus fonologi, tidak bersifat ekonomi, tidak menepati keselarasan pola dan mempunyai lingkungan penyebaran yang terhad dalam kata. Dari segi implikasi, kajian ini dapat memberi penilaian semula terhadap fitur distingtif segmen vokal bahasa Kerinci berdasarkan teori fonologi mutakhir, iaitu melalui representasi geometri fitur yang terdapat dalam teori fonologi autosegmental. Selain itu, kajian ini juga penting bagi mengetengahkan perbezaan vokal yang bertaraf fonem dan bukan fonem dalam bahasa Kerinci.
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Title: REPRESENTASI FITUR VOKAL BAHASA KERINCI: SATU PENILAIAN SEMULA BERDASARKAN TEORI FONOLOGI AUTOSEGMENTAL
Description:
Makalah ini bertujuan menilai semula representasi fitur segmen vokal bahasa Kerinci berdasarkan teori fonologi autosegmental.
Kajian ini merupakan suatu bentuk kajian kes yang menggunakan kaedah kualitatif dalam menganalisis data.
Data kajian diperoleh melalui kaedah kepustakaan, pemerhatian dan temu bual dengan bantuan instrumen seperti buku catatan, borang soal selidik dan alat perakam.
Responden kajian merupakan sepuluh orang penutur Kerinci dialek Semerap yang tinggal di Kampung SungaiLui, Hulu Langat, Selangor.
Data kajian akan ditranskripsi dalam bentuk ejaan, transkripsi fonemik dan transkripsi fonetik dengan menggunakan simbol-simbol yang terdapat dalam sistem International Phonetic Alphabet (IPA).
Data kajian juga akan dianalisis menggunakan geometri fitur model Halle (1992).
Hasil kajian menunjukkan bahasa Kerinci mempunyai enam segmen vokal bertaraf fonem, iaitu /i, e, a, ə, u, o/, manakala [ɛ, ɔ] merupakan segmen terbitan yang masing-masing mempunyai fitur distingtif atau ciri-ciripembeza yang tersendiri.
Dapatan menunjukkan vokal [ɛ, ɔ] tidak berstatus sebagai fonem dalam bahasa Kerinci kerana tidak menepati kriteria yang perlu ada pada suatu segmen bertaraf fonem, iaitu kehadirannya boleh diramal melalui rumus fonologi, tidak bersifat ekonomi, tidak menepati keselarasan pola dan mempunyai lingkungan penyebaran yang terhad dalam kata.
Dari segi implikasi, kajian ini dapat memberi penilaian semula terhadap fitur distingtif segmen vokal bahasa Kerinci berdasarkan teori fonologi mutakhir, iaitu melalui representasi geometri fitur yang terdapat dalam teori fonologi autosegmental.
Selain itu, kajian ini juga penting bagi mengetengahkan perbezaan vokal yang bertaraf fonem dan bukan fonem dalam bahasa Kerinci.
Related Results
FONOLOGI BAHASA PRANCIS
FONOLOGI BAHASA PRANCIS
Understanding phonology is the pivotal thing in learning foreign language. By understanding the target language phonology, learners will be easier to learn foreign language pronunc...
Pengenalan kepada Sistem Vokal Bahasa Punan
Pengenalan kepada Sistem Vokal Bahasa Punan
Kaum Punan merupakan etnik minoriti mendiami kawasan sungai Kemena di Bintulu dan hulu sungai Rejang di Belaga Sarawak. Berdasarkan maklumat yang direkodkan oleh Punan National Ass...
KAIDAH-KAIDAH FONOLOGI BAHASA INDONESIA
KAIDAH-KAIDAH FONOLOGI BAHASA INDONESIA
Bahasa adalah suatu fenomena yang sangat kompleks. Pendekatan kita terhadapbahasa bisa saja menganggapnya sebagai fenomena perorangan. Bila seseorangmengatakan, “Bahasanya kasar se...
Masalah Fonologi Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Universiti di China
Masalah Fonologi Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Universiti di China
Isu berkaitan masalah fonologi dalam kalangan pelajar asing kini sering diperkatakan dalam kalangan sarjana, terutamanya dengan meningkatnya permintaan untuk mempelajari bahasa Mel...
TRADISI SENI TATU SEBAGAI INTREPRETASI FALSAFAH ALAM TAKAMBANG JADI GURU DALAM BUDAYA MASYARAKAT IBANTRADISI SENI TATU SEBAGAI INTREPRETASI FALSAFAH ALAM TAKAMBANG JADI GURU DALAM BUDAYA MASYARAKAT IBAN
TRADISI SENI TATU SEBAGAI INTREPRETASI FALSAFAH ALAM TAKAMBANG JADI GURU DALAM BUDAYA MASYARAKAT IBANTRADISI SENI TATU SEBAGAI INTREPRETASI FALSAFAH ALAM TAKAMBANG JADI GURU DALAM BUDAYA MASYARAKAT IBAN
Penyelidikan ini menjelaskan tentang sesuatu kearifan tradisi yang berkaitan dengan warisan kesenian masyarakat Iban, iaitu seni tatu. Simbolisme ke arah unsur-unsur alam semula ja...
Analisis Bahasa Muna di Sulawesi Tenggara
Analisis Bahasa Muna di Sulawesi Tenggara
Bahasa Muna merupakan salah satu bahasa daerah yang dituturkan oleh Masyarakat suku Muna yang ada di Sulawesi Tenggara. Bahasa Muna tergolong sebagai Bahasa vokalis karena setiap k...
Fonologi Kontrastif pada Bahasa Jawa dan Bahasa Jerman
Fonologi Kontrastif pada Bahasa Jawa dan Bahasa Jerman
Penelitian ini membahas mengenai analisis bentuk dan perbandingan fonologi Bahasa Jawa dan Bahasa Jerman sebagai dua bahasa dari rumpun yang berbeda. Analisis ini bertujuan untuk m...
SISTEM FONOLOGI BAHASA TAE (The Phonology System of Tae Language)
SISTEM FONOLOGI BAHASA TAE (The Phonology System of Tae Language)
This study aims to identify and describe qualitatively the phonological system of Tae Rongkong dialect in North Luwu Regency, South Sulawesi. The analysis was carried out on 200 Sw...

