Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Khusyuk Dalam Solat: Analisis Perbandingan Makna Khusyuk Diantara Tafsir Al-Jalalayn Dan Tafsir Melayu Nusantara

View through CrossRef
Khusyuk adalah salah satu sifat penting yang dijelaskan oleh alQuran dan al-Sunnah dengan pengertian yang sangat luas dan mendalam. Bagi orang yang beriman, khusyuk adalah salah satu sifat yang perlu ada pada dirinya kerana sifat ini dapat membawa kejayaan dan kecemerlangan dalam hidupnya. Pada hakikatnya khusyuk mempunyai pengertian yang sangat luas serta berkait dengan hampir keseluruhan hidup manusia. Justeru apakah pengertian khusyuk yang sebenarnya. Apakah maksud khusyuk menurut pengertian yang dijelaskan dari sudut bahasa Arab? Apakah pula pengertian khusyuk yang dikupas dan yang ditafsirkan di dalam al-Quran?Lantaran itu, kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui dan meninjau dengan mendalam pengertian khusyuk dari kupasan dan huraian bahasa Arab. Kajian ini juga adalah untuk meneroka dan menganalisis penggunaan dan makna khusyuk yang terdapat dalam alQuran. Bagi mencapai objektif ini maka metod kajian kualitatif digunakan, iaitu analisis dokumen. Analisis dokumen dilakukan dengan menggunakan dua jenis dokumen, iaitu primer dan sekunder. Dokumen primer dirujuk pada empat kitab tafsir berbahasa Arab. Sementara dokumen sekunder diperolehi daripada mucjam dan kamus bahasa Arab yang pelbagai serta laman sesawang yang berwibawa. Hasil kajian mendapati bahawa khusyuk yang berasal daripada akar kata kha-sha-‘a dalam sembilan kamus bahasa Arab mempunyai 11 makna. Bahkan hampir semuasepakat menyamakannya dengan khudu’ dan membezakannya pada hati. Dalam al-Quran didapati ia disebut sebanyak 17 kali dalam 16 surah yang berbeza dan mempunyai pengertian yang luas. Para pentafsir mentafsirkan perkataan khusyuk ini sesuai dengan penggunaan perkataan khusyuk tersebut. Namun begitu, secara amnya semua pentafsir mentafsirkan perkataan khusyuk dengan khuduc dan tawadu’ serta perkataan-perkataan yang sama maksud dengannya sesuai dengan konteks ayat tersebut. Implikasi dari pengertian khusyuk menurut alQuran dan al-hadith ini adalah sangat besar, khasnya dari sudut pemahaman kepada masyarakat. Dapatan ini dilihat dapat memberi sumbangan baru bagi memahami pengertian khusyuk yang sebenar.
Title: Khusyuk Dalam Solat: Analisis Perbandingan Makna Khusyuk Diantara Tafsir Al-Jalalayn Dan Tafsir Melayu Nusantara
Description:
Khusyuk adalah salah satu sifat penting yang dijelaskan oleh alQuran dan al-Sunnah dengan pengertian yang sangat luas dan mendalam.
Bagi orang yang beriman, khusyuk adalah salah satu sifat yang perlu ada pada dirinya kerana sifat ini dapat membawa kejayaan dan kecemerlangan dalam hidupnya.
Pada hakikatnya khusyuk mempunyai pengertian yang sangat luas serta berkait dengan hampir keseluruhan hidup manusia.
Justeru apakah pengertian khusyuk yang sebenarnya.
Apakah maksud khusyuk menurut pengertian yang dijelaskan dari sudut bahasa Arab? Apakah pula pengertian khusyuk yang dikupas dan yang ditafsirkan di dalam al-Quran?Lantaran itu, kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui dan meninjau dengan mendalam pengertian khusyuk dari kupasan dan huraian bahasa Arab.
Kajian ini juga adalah untuk meneroka dan menganalisis penggunaan dan makna khusyuk yang terdapat dalam alQuran.
Bagi mencapai objektif ini maka metod kajian kualitatif digunakan, iaitu analisis dokumen.
Analisis dokumen dilakukan dengan menggunakan dua jenis dokumen, iaitu primer dan sekunder.
Dokumen primer dirujuk pada empat kitab tafsir berbahasa Arab.
Sementara dokumen sekunder diperolehi daripada mucjam dan kamus bahasa Arab yang pelbagai serta laman sesawang yang berwibawa.
Hasil kajian mendapati bahawa khusyuk yang berasal daripada akar kata kha-sha-‘a dalam sembilan kamus bahasa Arab mempunyai 11 makna.
Bahkan hampir semuasepakat menyamakannya dengan khudu’ dan membezakannya pada hati.
Dalam al-Quran didapati ia disebut sebanyak 17 kali dalam 16 surah yang berbeza dan mempunyai pengertian yang luas.
Para pentafsir mentafsirkan perkataan khusyuk ini sesuai dengan penggunaan perkataan khusyuk tersebut.
Namun begitu, secara amnya semua pentafsir mentafsirkan perkataan khusyuk dengan khuduc dan tawadu’ serta perkataan-perkataan yang sama maksud dengannya sesuai dengan konteks ayat tersebut.
Implikasi dari pengertian khusyuk menurut alQuran dan al-hadith ini adalah sangat besar, khasnya dari sudut pemahaman kepada masyarakat.
Dapatan ini dilihat dapat memberi sumbangan baru bagi memahami pengertian khusyuk yang sebenar.

Related Results

Performing Solat in Spinal Cord Injury Patients: Challenges and Solutions
Performing Solat in Spinal Cord Injury Patients: Challenges and Solutions
Background and aims: Solat (Islamic prayer) is the second pillar of Islam. Solat is performed at five appointed times in a day as commanded in the Quran, “Verily, Solat is an oblig...
Tilawah Surah Al-Fatihah: Antara Isu Kesalahan Bacaan Dalam Ilmu Tajwid Dan Kesahan Solat Menurut Ilmu Fekah
Tilawah Surah Al-Fatihah: Antara Isu Kesalahan Bacaan Dalam Ilmu Tajwid Dan Kesahan Solat Menurut Ilmu Fekah
Sebagaimana yang diketahui, bacaan surah al-Fatihah merupakan salah satu daripada rukun solat yang wajib ditunaikan. Sekiranya ia tidak dibaca, dari sudut pandang ilmu fekah, maka ...
Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah dalam Kalangan Etnik Luar Bandar Terhadap Bahasa Melayu
Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah dalam Kalangan Etnik Luar Bandar Terhadap Bahasa Melayu
Sikap dan motivasi dalam kalangan etnik di luar bandar terhadap bahasa Melayu akan mempengaruhi penguasaan bahasa tersebut.walaupun bahasa Melayu telah digunakan secara meluas ole...
Falsafah Ibadat Solat Berdasarkan Al-Sunnah: Analisis Pandangan Shah Wali Allah Al-Dihlawi
Falsafah Ibadat Solat Berdasarkan Al-Sunnah: Analisis Pandangan Shah Wali Allah Al-Dihlawi
Praying is not only a duty, but it has its own wisdom and philosophy that must be concerned by every Muslim. This article analyzes the views of Shah Wali Allah on the secrets of pr...
MENGOMENTARI TAFSIR JALĀLAYN
MENGOMENTARI TAFSIR JALĀLAYN
This study examines the manuscript of the Tafsir Jalālayn in Tamansari Village, Jaken, Pati. The research method used is qualitative with a philological and historical approach. Th...

Back to Top