Javascript must be enabled to continue!
Tilawah Surah Al-Fatihah: Antara Isu Kesalahan Bacaan Dalam Ilmu Tajwid Dan Kesahan Solat Menurut Ilmu Fekah
View through CrossRef
Sebagaimana yang diketahui, bacaan surah al-Fatihah merupakan salah satu daripada rukun solat yang wajib ditunaikan. Sekiranya ia tidak dibaca, dari sudut pandang ilmu fekah, maka solat seseorang itu tidak sah dan tidak diterima di sisi syarak. Namun begitu, terdapat pelbagai prasangka yang wujud pula tentang kesahan sesuatu solat apabila kualiti bacaan surah al-Fatihah itu tidak menepati hukum tajwid seperti sebutan huruf dari sudut makhraj dan sifatnya, kadar harakat mad, waqaf bacaan pada tempat yang tidak sesuai dan sebagainya. Isu ini semakin menarik perhatian masyarakat apabila ramai yang sudah mula ada kesedaran untuk menilai kualiti bacaan imam solat berjemaah di masjid dan surau. Malahan, terdapat pelbagai institusi mahupun individu tertentu yang mula mengambil inisiatif dalam isu ini dengan menganjurkan kursus bacaan surah al-Fatihah dan sebagainya dengan menggunapakai objektif dan trademark: “Tak sah bacaan surah al-Fatihah, maka tak sah solat”. Menyedari hal ini, kertas kerja ini akan mengupas isu tersebut dari dua perspektif ilmu agama iaitu ilmu tajwid yang berkaitan dengan hukum bacaan serta ilmu fekah yang berkaitan dengan hukum kesahan solat. Kertas kerja ini yang bersifat kualitatif dengan menggunapakai metode perpustakaan akan menyentuh isu yang sering timbul di kalangan masyarakat mutakhir ini berkaitan tentang kesalahan bacaan surah al-Fatihah dan perkaitannya dengan penerimaan sah solat. Dapatan awal kajian ialah terdapat beberapa bentuk kesalahan bacaan dari sudut ilmu tajwid yang boleh membawa kepada ketidaksahan solat dari sudut ilmu fekah. Diharap agar dengan pendedahan kajian ilmiah ini dapat memberi gambaran yang lebih jelas perkaitan antara kualiti bacaan surah al-Fatihah dengan syarat penerimaan solat.
Universiti Sains Islam Malaysia
Title: Tilawah Surah Al-Fatihah: Antara Isu Kesalahan Bacaan Dalam Ilmu Tajwid Dan Kesahan Solat Menurut Ilmu Fekah
Description:
Sebagaimana yang diketahui, bacaan surah al-Fatihah merupakan salah satu daripada rukun solat yang wajib ditunaikan.
Sekiranya ia tidak dibaca, dari sudut pandang ilmu fekah, maka solat seseorang itu tidak sah dan tidak diterima di sisi syarak.
Namun begitu, terdapat pelbagai prasangka yang wujud pula tentang kesahan sesuatu solat apabila kualiti bacaan surah al-Fatihah itu tidak menepati hukum tajwid seperti sebutan huruf dari sudut makhraj dan sifatnya, kadar harakat mad, waqaf bacaan pada tempat yang tidak sesuai dan sebagainya.
Isu ini semakin menarik perhatian masyarakat apabila ramai yang sudah mula ada kesedaran untuk menilai kualiti bacaan imam solat berjemaah di masjid dan surau.
Malahan, terdapat pelbagai institusi mahupun individu tertentu yang mula mengambil inisiatif dalam isu ini dengan menganjurkan kursus bacaan surah al-Fatihah dan sebagainya dengan menggunapakai objektif dan trademark: “Tak sah bacaan surah al-Fatihah, maka tak sah solat”.
Menyedari hal ini, kertas kerja ini akan mengupas isu tersebut dari dua perspektif ilmu agama iaitu ilmu tajwid yang berkaitan dengan hukum bacaan serta ilmu fekah yang berkaitan dengan hukum kesahan solat.
Kertas kerja ini yang bersifat kualitatif dengan menggunapakai metode perpustakaan akan menyentuh isu yang sering timbul di kalangan masyarakat mutakhir ini berkaitan tentang kesalahan bacaan surah al-Fatihah dan perkaitannya dengan penerimaan sah solat.
Dapatan awal kajian ialah terdapat beberapa bentuk kesalahan bacaan dari sudut ilmu tajwid yang boleh membawa kepada ketidaksahan solat dari sudut ilmu fekah.
Diharap agar dengan pendedahan kajian ilmiah ini dapat memberi gambaran yang lebih jelas perkaitan antara kualiti bacaan surah al-Fatihah dengan syarat penerimaan solat.
.
Related Results
Metodologi Penulisan Manzumah Tajwid Surah Al-Fatihah Karya Jamal Al-Din Al-Sarsari (W. 656h)
Metodologi Penulisan Manzumah Tajwid Surah Al-Fatihah Karya Jamal Al-Din Al-Sarsari (W. 656h)
Surah al-Fatihah is one of the pillars of prayer that must be read when performing prayer. A person's failure to fulfill the mandatory requirement of reciting surah al-Fatihah in...
Aplikasi Mudah Alih Panduan Solat dan Penggunaannya
Aplikasi Mudah Alih Panduan Solat dan Penggunaannya
Android applications are Linux-based operations which are used to program the touch screen and tablet computers. Android system is open source under the operation of Google. Androi...
The Significance of Pancasila Values for Character Building from an Islamic Perspective
The Significance of Pancasila Values for Character Building from an Islamic Perspective
Pancasila is the foundation of the Indonesian state, derived from various aspects of the nation's founding fathers, including Islamic teachings. This qualitative, literature-based ...
Performing Solat in Spinal Cord Injury Patients: Challenges and Solutions
Performing Solat in Spinal Cord Injury Patients: Challenges and Solutions
Background and aims: Solat (Islamic prayer) is the second pillar of Islam. Solat is performed at five appointed times in a day as commanded in the Quran, “Verily, Solat is an oblig...
PERANAN GURU QUR’AN HADIS DALAM MENGATASI KESULITAN BELAJAR ILMU TAJWID
PERANAN GURU QUR’AN HADIS DALAM MENGATASI KESULITAN BELAJAR ILMU TAJWID
Penelitian ini mengkaji peranan guru Qur’an Hadis dalam mengatasi kesulitan belajar ilmu tajwid peserta didik di MTs Madani Alauddin Paopao. Penelitian ini tergolong jenis peneliti...
KEFAHAMAN AMALAN SOLAT KALANGAN KOMUNITI ORANG ASLI JAKUN
KEFAHAMAN AMALAN SOLAT KALANGAN KOMUNITI ORANG ASLI JAKUN
Orang Asli Jakun di Bekok menempatkan sejumlah 1,300 penduduk dengan 10 - 15 peratus adalah komuniti muslim. Walaupun mereka telah lama menerima Islam, namun penghayatan agama, kha...
KESALAHAN BACAAN AL-QURAN DALAM TILAWAH AL-QURAN DAN KRITERIA EVALUASI
KESALAHAN BACAAN AL-QURAN DALAM TILAWAH AL-QURAN DAN KRITERIA EVALUASI
Abstrak: Secara umumnya, kesalahan dalam tilawah al-Quran terbagi kepada dua bahagian yaitu kesalahan Jaliyy atau nyata dan kesalahan Khafiyy atau tersembunyi. Kedua-dua kesalahan ...
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review Anna Tri Wahyuni1), Masfuri2), Liya Arista3)1,2,3 Fakultas Ilmu Keperawatan Univers...

