Javascript must be enabled to continue!
Pendapatan bukan pertanian dan kemiskinan
View through CrossRef
Petani sering dikaitkan dengan aktiviti pertanian dan kemiskinan.Namun adakah petani hanya melakukan aktiviti pertanian sahaja? Berapa ramaikah petani yang melakukan aktiviti bukan pertanian? Apakah faktor-faktor yang menyebabkan mereka melakukan aktiviti bukan pertanian? Dan apakah aktiviti bukan pertanian itu dapat memendekkan tempoh masa keluar daripada kepompong kemiskinan dalam kalangan mereka? Bagaimana pula sumbangan pendapatan bukan pertanian kepada ketidaksamarataan pendapatan? Semuanya akan terjawab dalam buku ini.Secara ringkas buku ini adalah mengenai hubung kait antara pendapatan bukan pertanian, kemiskinan dan ketidaksamarataan pendapatan yang dialami oleh petani di negeri Kedah. Antara penemuan penting yang dinyatakan dalam buku ini adalah mengenai faktor-faktor keterlibatan petani dalam aktiviti bukan pertanian. Antaranya faktor yang dikenal pasti signifikan mempengaruhi keterlibatan petani dalam aktiviti bukan pertanian ialah umur, jantina, saiz isi rumah, bilangan tanggungan, bayaran pindahan, saiz tanah dan jenis pertanian.Selain itu, ciri ekonomi kawasan di mana petani itu tinggal adalah antara pemboleh ubah yang terlepas pandang oleh kajian-kajian sebelum ini, juga didapati signifikan.Ringkasnya buku ini mengandungi bukti-bukti yang menyatakan bahawa pendapatan bukan pertanian membantu menyumbang kepada pengurangan kemiskinan tetapi pada masa yang sama, pendapatan bukan pertanian itu juga menyebabkan ketidaksamarataan pendapatan semakin meningkat dalam kalangan petani di luar bandar.
Title: Pendapatan bukan pertanian dan kemiskinan
Description:
Petani sering dikaitkan dengan aktiviti pertanian dan kemiskinan.
Namun adakah petani hanya melakukan aktiviti pertanian sahaja? Berapa ramaikah petani yang melakukan aktiviti bukan pertanian? Apakah faktor-faktor yang menyebabkan mereka melakukan aktiviti bukan pertanian? Dan apakah aktiviti bukan pertanian itu dapat memendekkan tempoh masa keluar daripada kepompong kemiskinan dalam kalangan mereka? Bagaimana pula sumbangan pendapatan bukan pertanian kepada ketidaksamarataan pendapatan? Semuanya akan terjawab dalam buku ini.
Secara ringkas buku ini adalah mengenai hubung kait antara pendapatan bukan pertanian, kemiskinan dan ketidaksamarataan pendapatan yang dialami oleh petani di negeri Kedah.
Antara penemuan penting yang dinyatakan dalam buku ini adalah mengenai faktor-faktor keterlibatan petani dalam aktiviti bukan pertanian.
Antaranya faktor yang dikenal pasti signifikan mempengaruhi keterlibatan petani dalam aktiviti bukan pertanian ialah umur, jantina, saiz isi rumah, bilangan tanggungan, bayaran pindahan, saiz tanah dan jenis pertanian.
Selain itu, ciri ekonomi kawasan di mana petani itu tinggal adalah antara pemboleh ubah yang terlepas pandang oleh kajian-kajian sebelum ini, juga didapati signifikan.
Ringkasnya buku ini mengandungi bukti-bukti yang menyatakan bahawa pendapatan bukan pertanian membantu menyumbang kepada pengurangan kemiskinan tetapi pada masa yang sama, pendapatan bukan pertanian itu juga menyebabkan ketidaksamarataan pendapatan semakin meningkat dalam kalangan petani di luar bandar.
Related Results
Antologi lautan bukan pemisah
Antologi lautan bukan pemisah
Usaha murni dan luar biasa Kerabat Seni Negeri Sembilan (KSNS) di bawah penerajunya, Rosman Md Shah untuk mengangkat karya siswa dua negara bersaudara ke langit antarabangsa wajar ...
Sejarah dan pekembangan ibadah haji
Sejarah dan pekembangan ibadah haji
Buku ini dipersembahkan khasnya kepada Duyufurrahman atau tetamu Allah SWT sama ada mereka yang akan melaksanakan ibadah haji dan umrah ataupun mereka yang hendak mengkaji secara t...
Pencukaian lanjutan & terkhusus di Malaysia
Pencukaian lanjutan & terkhusus di Malaysia
Buku ini merupakan rujukan berbahasa Melayu yang mengambil kira perubahan bagi peringkat pencukaian lanjutan dan terkhusus. Sebanyak 17 bab buku ini merangkumi topik-topik yang per...
Gelagat kepatuhan zakat pendapatan penggajian
Gelagat kepatuhan zakat pendapatan penggajian
Buku ini memaparkan maklumat mengenai faktor yang mempengaruhi gelagat kepatuhan zakat pendapatan penggajian. Kandungannya kaya dengan sorotan literatur gelagat kepatuhan dan hasil...
Pengenalan kepada sistem pencukaian di Malaysia
Pengenalan kepada sistem pencukaian di Malaysia
Buku ini mengupas asas-asas utama dan konsep-konsep sistem percukaian di Malaysia.Huraian ringkas tetapi jelas diharap dapat memenuhi keperluan pengetahuan asas bagi seseorang indi...
Biografi Dol Ramli: Bapa penyiaran Malaysia
Biografi Dol Ramli: Bapa penyiaran Malaysia
Buku ini merupakan satu karya biografi tentang Tan Sri Dol Ramli iaitu pengasas Radio dan Televisyen Malaysia (RTM). Beliau merupakan wira yang tidak didendangkan kerana tidak rama...
Perakaunan perniagaan pendekatan mudah
Perakaunan perniagaan pendekatan mudah
Buku ini disediakan bagi memberi manfaat kepada para pembaca yang ingin mengetahui asas perakaunan dan catatan perakaunan dengan cara yang mudah dan senang difahami. Buku ini mener...
Undang-Undang dan Tadbir Urus Sumber Manusia
Undang-Undang dan Tadbir Urus Sumber Manusia
Buku ini mengupas tentang perundangan berkaitan sumber manusia dan tadbir urus organisasi sektor awam dan swasta di Malaysia. Penulisan dalam buku ini dibincangkan mengikut tema ya...

