Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Biografi Dol Ramli: Bapa penyiaran Malaysia

View through CrossRef
Buku ini merupakan satu karya biografi tentang Tan Sri Dol Ramli iaitu pengasas Radio dan Televisyen Malaysia (RTM). Beliau merupakan wira yang tidak didendangkan kerana tidak ramai yang mengenali beliau berbanding dengan sumbangan yang begitu besar terhadap sejarah penyiaran negara. Buku ini menghuraikan sejarah hidup Dol Ramli sejak kecil di Singapura, persekolahan dan pendidikan di universiti. Seperti diakuinya dalam satu temu bual, kemiskinan dan kesusahan semasa kecil merupakan pendorong kepada kejayaannya. Ranjau hidup itulah yang memberikan kekuatan kepada beliau untuk mencari peluang bagi mengubah nasibnya.Pencapaian Dol Ramli dalam dunia penyiaran didorong oleh minatnya yang tinggi, pengalaman bertugas dengan dunia penyiaran semasa penjajah dan juga kesedaran nasionalisme yang mendalam. Semasa hayatnya beliau bertanggungjawab menyusun jabatan penyiaran bagi tujuan mengisi kemerdekaan negara terutama dalam menyampaikan mesej kerajaan supaya difahami, dihayati dan diamalkan oleh rakyat.Dol Ramli merupakan arkitek penyiaran Malaysia yang disifatkan mempunyai pelbagai bakat seni.Berbekalkan kepada keazaman, bakat dan dedikasi dalam pelajaran dan karier, Dol berjaya mengukir kejayaan bukan sahaja dalam bentuk pencapaian peribadi, malah yang lebih penting membentuk hala tuju bidang penyiaran negara yang kini menjadi legasi peninggalannya.
Title: Biografi Dol Ramli: Bapa penyiaran Malaysia
Description:
Buku ini merupakan satu karya biografi tentang Tan Sri Dol Ramli iaitu pengasas Radio dan Televisyen Malaysia (RTM).
Beliau merupakan wira yang tidak didendangkan kerana tidak ramai yang mengenali beliau berbanding dengan sumbangan yang begitu besar terhadap sejarah penyiaran negara.
Buku ini menghuraikan sejarah hidup Dol Ramli sejak kecil di Singapura, persekolahan dan pendidikan di universiti.
Seperti diakuinya dalam satu temu bual, kemiskinan dan kesusahan semasa kecil merupakan pendorong kepada kejayaannya.
Ranjau hidup itulah yang memberikan kekuatan kepada beliau untuk mencari peluang bagi mengubah nasibnya.
Pencapaian Dol Ramli dalam dunia penyiaran didorong oleh minatnya yang tinggi, pengalaman bertugas dengan dunia penyiaran semasa penjajah dan juga kesedaran nasionalisme yang mendalam.
Semasa hayatnya beliau bertanggungjawab menyusun jabatan penyiaran bagi tujuan mengisi kemerdekaan negara terutama dalam menyampaikan mesej kerajaan supaya difahami, dihayati dan diamalkan oleh rakyat.
Dol Ramli merupakan arkitek penyiaran Malaysia yang disifatkan mempunyai pelbagai bakat seni.
Berbekalkan kepada keazaman, bakat dan dedikasi dalam pelajaran dan karier, Dol berjaya mengukir kejayaan bukan sahaja dalam bentuk pencapaian peribadi, malah yang lebih penting membentuk hala tuju bidang penyiaran negara yang kini menjadi legasi peninggalannya.

Related Results

Cabaran pengurusan disiplin sekolah masa kini
Cabaran pengurusan disiplin sekolah masa kini
Dewasa kini pengurusan disiplin pelajar di sekolah semakin rumit disebabkan pelbagai cabaran yang harus didepani oleh pihak pengurusan sekolah khususnya guru dan kakitangan sekolah...
Evaluating the Malaysian economy 2009-2018: growth, development and policies
Evaluating the Malaysian economy 2009-2018: growth, development and policies
Malaysia was once on the cusp of becoming one of the Asian Tigers as a result of the impressively high growth rates recorded in the early 1990s. From 1990 until 1997, the growth ra...
Pendidikan keibubapaan berdasarkan Surah Luqman
Pendidikan keibubapaan berdasarkan Surah Luqman
Pendidikan keibubapaan berdasarkan Surah Luqman merupakan asas pendidikan yang boleh dijadikan panduan kepada setiap ibu bapa pada masa kini.Surah ini dinamakan dengan Luqman keran...
Psikologi pengurusan sekolah
Psikologi pengurusan sekolah
Buku ini mendasari konsep psikologi pengurusan pendidikan.Pendekatan serta aplikasi psikologi dalam pengurusan dan kepimpinan sekolah di Malaysia menjadi topik utama buku ini.Kefah...
Democracy at work in Malaysia
Democracy at work in Malaysia
The prediction is that the 14th General Election (14thGE) is coming earlier than when it should be, as early as March 2017, instead of May 2018. On the one hand, with the DAP-led o...
Teori dan praktis perhubungan perusahaan di Malaysia
Teori dan praktis perhubungan perusahaan di Malaysia
Buku ini memberi tumpuan kepada persekitaran hubungan majikan-pekerja, pihak yang terlibat dalam perhubungan perusahaan, proses perundingan kolektif, perjanjian kolektif, pertikaia...
Pengurusan Islam konsep dan amalannya di Malaysia
Pengurusan Islam konsep dan amalannya di Malaysia
Buku ini merupakan koleksi kertas kerja yang dibentangkan dalam Konvensyen Pengurusan Islam 2000, diadakan pada 18-19 November 2000, anjuran Sekolah Pembangunan Sosial, Universiti ...
Kepelbagaian isu dalam pentadbiran dan pembangunan di Malaysia
Kepelbagaian isu dalam pentadbiran dan pembangunan di Malaysia
Buku ini ialah koleksi artikel yang memaparkan pelbagai isu merangkumi sosial, ekonomi dan politik dari sudut pentadbiran dan pembangunan di Malaysia.Artikel yang terdapat di dalam...

Back to Top