Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Antologi lautan bukan pemisah

View through CrossRef
Usaha murni dan luar biasa Kerabat Seni Negeri Sembilan (KSNS) di bawah penerajunya, Rosman Md Shah untuk mengangkat karya siswa dua negara bersaudara ke langit antarabangsa wajar menerima sebukit puji. Antologi Lautan Bukan Pemisah berjaya mengumpul sejumlah 48 buah puisi daripada 39 orang siswa dan lima penulis tamu dari Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar (IPGKRM), Negeri Sembilan, Malaysia, manakala sejumlah 42 buah puisi daripada 28 orang siswa Universitas Islam Sumatera Utara (UISU), Medan, Sumut, Indonesia telah berjaya menyeberangi Selat Melaka untuk ikut serta membicarakan tema global merentasi sempadan geografi dan kewarganegaraan. Kemanusiaan itu buta warna, tidak mampu untuk melihat perbezaan apa pun. Kealpaan untuk mengakrabi Yang Maha Esa, kemiskinan, penindasan, luka flora dan fauna, impak peperangan, perjuangan untuk menghidupkan kehidupan merupakan isu yang melatari landskap puisi. Demikianlah suara sekelompok para siswa yang membicarakan soal-soal besar lewat puisi. Dengan berpaksikan definisi bahawa puisi merupakan kata-kata terbaik dalam susunan yang terbaik, para siswa ini sehabis upaya memilih diksi yang mampu memaknakan persepsi peribadi mereka terhadap segala yang berlaku seputar dunia yang mereka huni. Persoalan-persoalan yang melingkari kehidupan di jagat raya ini membuktikan bahawa sesungguhnya lautan itu bukan pemisah meskipun secara geografinya kita dikenal atas rupa bangsa sebuah wilayah bernegara. Benarlah bahawa, lautan itu bukan pemisah kerana sempadan negara hanyalah berupa garisan-garisan di peta, sedangkan kemanusiaan itu kepunyaan semua yang memiliki jiwa.
Title: Antologi lautan bukan pemisah
Description:
Usaha murni dan luar biasa Kerabat Seni Negeri Sembilan (KSNS) di bawah penerajunya, Rosman Md Shah untuk mengangkat karya siswa dua negara bersaudara ke langit antarabangsa wajar menerima sebukit puji.
Antologi Lautan Bukan Pemisah berjaya mengumpul sejumlah 48 buah puisi daripada 39 orang siswa dan lima penulis tamu dari Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar (IPGKRM), Negeri Sembilan, Malaysia, manakala sejumlah 42 buah puisi daripada 28 orang siswa Universitas Islam Sumatera Utara (UISU), Medan, Sumut, Indonesia telah berjaya menyeberangi Selat Melaka untuk ikut serta membicarakan tema global merentasi sempadan geografi dan kewarganegaraan.
Kemanusiaan itu buta warna, tidak mampu untuk melihat perbezaan apa pun.
Kealpaan untuk mengakrabi Yang Maha Esa, kemiskinan, penindasan, luka flora dan fauna, impak peperangan, perjuangan untuk menghidupkan kehidupan merupakan isu yang melatari landskap puisi.
Demikianlah suara sekelompok para siswa yang membicarakan soal-soal besar lewat puisi.
Dengan berpaksikan definisi bahawa puisi merupakan kata-kata terbaik dalam susunan yang terbaik, para siswa ini sehabis upaya memilih diksi yang mampu memaknakan persepsi peribadi mereka terhadap segala yang berlaku seputar dunia yang mereka huni.
Persoalan-persoalan yang melingkari kehidupan di jagat raya ini membuktikan bahawa sesungguhnya lautan itu bukan pemisah meskipun secara geografinya kita dikenal atas rupa bangsa sebuah wilayah bernegara.
Benarlah bahawa, lautan itu bukan pemisah kerana sempadan negara hanyalah berupa garisan-garisan di peta, sedangkan kemanusiaan itu kepunyaan semua yang memiliki jiwa.

Related Results

Antologi Puisi Kanak-Kanak: Demi Sebuah Kejayaan
Antologi Puisi Kanak-Kanak: Demi Sebuah Kejayaan
Antologi Puisi Kanak-kanak Demi Sebuah Kejayaan menghimpunkan 50 buah puisi karya lima orang penulis ahli grup Facebook Mari Menulis Sastera Kanak-kanak (MMSK) iaitu Hamidi Md. Yud...
Antologi cerpen: melerai rindu
Antologi cerpen: melerai rindu
Melerai Rindu muncul dalam keghairahan Angkatan Sasterawan Nasioanal Kedah (ASASI) mahu melahirkan kelompok penulis pelapis di Kedah yang mungkin ada dalam kalangan mereka yang aga...
Antologi Puisi: Wayang
Antologi Puisi: Wayang
Antologi Puisi Wayangini menyangkut pelbagai tema dan isu. Semuanya menyangkut peristiwa dan karakter yang menarik perhatian. Kumpulan puisi ini juga lebih kepada introspeksi manus...
Antologi puisi: Sukma angin
Antologi puisi: Sukma angin
Abdullah Awang Kechik ataupun dikenali dengan nama penanya Atma Rindu, Aduka Teruna dan Awang Darwisi seorang pengarang yang prolifik dalam menghasilkan karya sastera. Antara karya...
Sejarah dan pekembangan ibadah haji
Sejarah dan pekembangan ibadah haji
Buku ini dipersembahkan khasnya kepada Duyufurrahman atau tetamu Allah SWT sama ada mereka yang akan melaksanakan ibadah haji dan umrah ataupun mereka yang hendak mengkaji secara t...
Gelagat perkahwinan Melayu Islam menerusi filem P. Ramlee
Gelagat perkahwinan Melayu Islam menerusi filem P. Ramlee
Buku ini membincangkan beberapa permasalahan yang sering berlaku dalam sesebuah perkahwinan seperti yang dipaparkan dalam filem Madu Tiga dan Keluarga 69.Kedua-dua buah filem ini d...
Catatan seorang hamba
Catatan seorang hamba
Ini adalah catatan seorang hamba yang diberi nikmat daripada Allah SWT tetapi tidak pandai menghargai nikmat yang diberi itu.Ini adalah catatan seorang hamba yang sudah hampir terp...
Siri cerpen kanak-Kanak: tuah si gigih
Siri cerpen kanak-Kanak: tuah si gigih
Cerpen ini mengisahkan seorang kanak-kanak, iaitu Aliff yang memiliki sifat yang rajin berniaga dan suka membantu ibunya. Sifat yang baik tersebut membuatkan Aliff disukai oleh pem...

Back to Top