Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Parameter Orientasi Tafsiran Al-Quran Dalam Pembangunan Psikoterapi Abad Ke-21

View through CrossRef
Pasca transisi dunia ke abad ke-21 menunjukkan perubahan dimensi teoretikal dan praktikal psikoterapi telah berinovasi menjadi lebih fleksibel. Trend perubahan tersebut membuka ruang kepada pembangunan mekanisme komplementari dalam psikoterapi arus perdana berpandukan pelbagai sumber keagamaan dan nilai-nilai spiritual. Sehubungan itu, pelbagai inisiatif pembangunan psikoterapi berorientasikan tafsiran al-Quran telah dihasilkan pelbagai pihak. Antaranya seperti pengintegrasian kandungan al-Quran dalam model psikologi barat atau mekanisme psikoterapi arus perdana dan intervensi dalam kerangka perubatan klinikal. Justeru, berasaskan metode analisis retrospektif secara tematik, kajian ini bertujuan mengemukakan sebuah parameter hasil rumusan orientasi tafsiran al-Quran dalam lapangan psikoterapi abad ke-21. Secara khusus, parameter ini berperanan memandu fleksibiliti orientasi tafsiran al-Quran dalam lapangan psikoterapi berdasarkan klasifikasi Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders, Fifth Edition (DSM-5). Secara keseluruhan, tafsiran lengkap 72 nas al-Quran yang membicarakan perihal jiwa telah dianalisis secara komprehensif dan dipetakan selari dengan klasifikasi DSM-5. Tuntasnya, parameter orientasi tafsiran al-Quran ini akan memudahkan proses aplikasi tafsiran al-Quran sebagai mekanisme psikoterapi arus perdana. Kesimpulannya, pembangunan psikoterapi sepanjang abad ke-21 membuktikan kepentingan dan kemantapan tafsiran al-Quran sebagai mekanisme penjagaan kesihatan mental. Oleh demikian, adalah tidak keterlaluan orientasi tafsiran al-Quran dalam lapangan psikoterapi boleh dimartabatkan sebagai mekanisme psikoterapi komplementari arus perdana abad ke-21.
Title: Parameter Orientasi Tafsiran Al-Quran Dalam Pembangunan Psikoterapi Abad Ke-21
Description:
Pasca transisi dunia ke abad ke-21 menunjukkan perubahan dimensi teoretikal dan praktikal psikoterapi telah berinovasi menjadi lebih fleksibel.
Trend perubahan tersebut membuka ruang kepada pembangunan mekanisme komplementari dalam psikoterapi arus perdana berpandukan pelbagai sumber keagamaan dan nilai-nilai spiritual.
Sehubungan itu, pelbagai inisiatif pembangunan psikoterapi berorientasikan tafsiran al-Quran telah dihasilkan pelbagai pihak.
Antaranya seperti pengintegrasian kandungan al-Quran dalam model psikologi barat atau mekanisme psikoterapi arus perdana dan intervensi dalam kerangka perubatan klinikal.
Justeru, berasaskan metode analisis retrospektif secara tematik, kajian ini bertujuan mengemukakan sebuah parameter hasil rumusan orientasi tafsiran al-Quran dalam lapangan psikoterapi abad ke-21.
Secara khusus, parameter ini berperanan memandu fleksibiliti orientasi tafsiran al-Quran dalam lapangan psikoterapi berdasarkan klasifikasi Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders, Fifth Edition (DSM-5).
Secara keseluruhan, tafsiran lengkap 72 nas al-Quran yang membicarakan perihal jiwa telah dianalisis secara komprehensif dan dipetakan selari dengan klasifikasi DSM-5.
Tuntasnya, parameter orientasi tafsiran al-Quran ini akan memudahkan proses aplikasi tafsiran al-Quran sebagai mekanisme psikoterapi arus perdana.
Kesimpulannya, pembangunan psikoterapi sepanjang abad ke-21 membuktikan kepentingan dan kemantapan tafsiran al-Quran sebagai mekanisme penjagaan kesihatan mental.
Oleh demikian, adalah tidak keterlaluan orientasi tafsiran al-Quran dalam lapangan psikoterapi boleh dimartabatkan sebagai mekanisme psikoterapi komplementari arus perdana abad ke-21.

Related Results

Psikoterapi Nabawi Sebagai Rawatan Komplimentari Kejiwaan Dalam Menangani Isu Kesihatan Mental
Psikoterapi Nabawi Sebagai Rawatan Komplimentari Kejiwaan Dalam Menangani Isu Kesihatan Mental
Statisitik pertambahan kes kesihatan mental saban tahun menunjukkan keperluan terhadap pemerkasaan usaha pencegahan sedia ada. Integrasi rawatan kerohanian dalam memelihara kesejah...
Psikoterapi Islam: Model Psikoterapi Taqwa
Psikoterapi Islam: Model Psikoterapi Taqwa
Kemajuan ilmu pengetahuan dan teknologi membuat persoalan baru bagi kehidupan manusia, seperti maraknya krisis mental, krisis moral, dan krisis spiritual. Krisis spiritual yang ber...
PEMBANGUNAN HUKUM YANG BERKELANJUTAN: USAHA MENCAPAI PEMBANGUNAN NASIONAL YANG BERKELANJUTAN
PEMBANGUNAN HUKUM YANG BERKELANJUTAN: USAHA MENCAPAI PEMBANGUNAN NASIONAL YANG BERKELANJUTAN
Pembangunan merupakan usaha sadar dari masyarakat untuk mencapai kesejahteraannya adalah hal yang wajar dilakukan oleh masyarakat untuk mencapai kesejahteraannya sendiri. Sayangnya...
Psikoterapi Islam Dan Implikasinya Dalam Pendidikan Karakter Pada Masa Modernisasi
Psikoterapi Islam Dan Implikasinya Dalam Pendidikan Karakter Pada Masa Modernisasi
Penulisan skripsi ini mendapati bahwa Pendidikan karakter pada masa modernisasi sangat memprihatinkan karena dipengaruhi oleh pesatnya perkembangan teknologi, yang menyebabkan anak...
European Paper and Watermarks in the Qur'an Copies of Tubagus Mustofa Bakri
European Paper and Watermarks in the Qur'an Copies of Tubagus Mustofa Bakri
ABSTRACT A Quran copy written by Tubagus Mustofa Bakri (TMB) stored in the oldest mosque in Bogor, West Java, was claimed to have been existed since the 14th century and became a w...
Penerokaan Konsonan Huruf al-Quran dalam Surah al-Fatihah
Penerokaan Konsonan Huruf al-Quran dalam Surah al-Fatihah
Al-Quran diturunkan dalam Bahasa Arab bersesuaian dengan bahasa pertuturan masyarakat di tempat penurunan awalnya iaitu di Kota Makkah. Kandungan setiap ayatnya terbina daripada ka...

Back to Top