Javascript must be enabled to continue!
Psikoterapi Nabawi Sebagai Rawatan Komplimentari Kejiwaan Dalam Menangani Isu Kesihatan Mental
View through CrossRef
Statisitik pertambahan kes kesihatan mental saban tahun menunjukkan keperluan terhadap pemerkasaan usaha pencegahan sedia ada. Integrasi rawatan kerohanian dalam memelihara kesejahteraan mental telah diterima oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Justeru, psikoterapi Islam merupakan di antara kaedah rawatan yang boleh diaplikasikan terhadap klien atau pesakit melalui tindak balas jiwa, spiritual, mental, emosi dan perilaku dalam mencapai kesejahteraan hidup. Ia boleh dijelaskan sebagai satu intervensi psikologi yang bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan kecelaruan emosi, spiritual, kognitif dan tingkah laku manusia berdasarkan acuan syarak. Psikoterapi Islam telah mendapat perhatian yang sewajarnya, namun ia masih baru dan kurang mendapat pendedahan penyelidikan yang lebih luas terutama dari sudut memperkaya elemen teoritikal dan kajian empirikal. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengetengahkan psikoterapi Nabawi sebagai satu kaedah rawatan psikoterapi yang bersumberkan perubatan Nabi SAW (tib Nabawi). Metodologi kajian yang digunakan adalah melalui pendekatan kualitatif secara analisis dokumen menggunakan kajian perpustakaan untuk membina kerangka konsep psikoterapi Nabawi dan menjelaskan kedudukannya dalam psikoterapi Islam sebagai elemen rawatan kejiwaan dalam menangani isu kesihatan mental. Pemilihan dan pengumpulan hadith adalah melalui kajian tematik hadith (al-Hadith al-Mawḍu‘i) berasaskan tema kaedah-kaedah nubuwwah dalam mengawal rasa marah, tidak putus asa, syukur dan sabar. Dapatan kajian mendapati pendekatan psikoterapi Nabawi telah dibahaskan oleh ilmuwan Islam dalam konteks fiqh hadith merangkumi elemen pemantapan akidah, praktikaliti ibadah, penyempurnaan akhlak, pendidikan secara targhib tarhib, mengambil ibrah dari kisah umat terdahulu dan sebagainya. Sorotan kajian lepas juga menunjukkan penyelidikan empirikal yang dijalankan sebelum ini berjaya membuktikan potensi psikoterapi Nabawi sebagai rawatan komplimentari dalam menangani isu kesihatan mental.
Title: Psikoterapi Nabawi Sebagai Rawatan Komplimentari Kejiwaan Dalam Menangani Isu Kesihatan Mental
Description:
Statisitik pertambahan kes kesihatan mental saban tahun menunjukkan keperluan terhadap pemerkasaan usaha pencegahan sedia ada.
Integrasi rawatan kerohanian dalam memelihara kesejahteraan mental telah diterima oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Justeru, psikoterapi Islam merupakan di antara kaedah rawatan yang boleh diaplikasikan terhadap klien atau pesakit melalui tindak balas jiwa, spiritual, mental, emosi dan perilaku dalam mencapai kesejahteraan hidup.
Ia boleh dijelaskan sebagai satu intervensi psikologi yang bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan kecelaruan emosi, spiritual, kognitif dan tingkah laku manusia berdasarkan acuan syarak.
Psikoterapi Islam telah mendapat perhatian yang sewajarnya, namun ia masih baru dan kurang mendapat pendedahan penyelidikan yang lebih luas terutama dari sudut memperkaya elemen teoritikal dan kajian empirikal.
Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengetengahkan psikoterapi Nabawi sebagai satu kaedah rawatan psikoterapi yang bersumberkan perubatan Nabi SAW (tib Nabawi).
Metodologi kajian yang digunakan adalah melalui pendekatan kualitatif secara analisis dokumen menggunakan kajian perpustakaan untuk membina kerangka konsep psikoterapi Nabawi dan menjelaskan kedudukannya dalam psikoterapi Islam sebagai elemen rawatan kejiwaan dalam menangani isu kesihatan mental.
Pemilihan dan pengumpulan hadith adalah melalui kajian tematik hadith (al-Hadith al-Mawḍu‘i) berasaskan tema kaedah-kaedah nubuwwah dalam mengawal rasa marah, tidak putus asa, syukur dan sabar.
Dapatan kajian mendapati pendekatan psikoterapi Nabawi telah dibahaskan oleh ilmuwan Islam dalam konteks fiqh hadith merangkumi elemen pemantapan akidah, praktikaliti ibadah, penyempurnaan akhlak, pendidikan secara targhib tarhib, mengambil ibrah dari kisah umat terdahulu dan sebagainya.
Sorotan kajian lepas juga menunjukkan penyelidikan empirikal yang dijalankan sebelum ini berjaya membuktikan potensi psikoterapi Nabawi sebagai rawatan komplimentari dalam menangani isu kesihatan mental.
Related Results
Alam Sekitar Sebagai Terapi Alternatif Kesihatan Mental
Alam Sekitar Sebagai Terapi Alternatif Kesihatan Mental
Gangguan pada fungsi otak yang boleh menyebabkan perubahan kepada proses pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang yang seterusnya mengakibatkan gangguan untuk menjalani aktiv...
Pusat Rawatan Alternatif Islam di Malaysia Analisis Terhadap Latar Belakang Pengasas dan Isu Penggunaan Jin dalam Rawatan
Pusat Rawatan Alternatif Islam di Malaysia Analisis Terhadap Latar Belakang Pengasas dan Isu Penggunaan Jin dalam Rawatan
Abstract
Mutakhir ini, pusat rawatan alternatif berteraskan “rawatan Islam” semakin berkembang sejajar dengan permintaan dan perhatian masyarakat awam. Namun, masih timbul persoala...
Parameter Orientasi Tafsiran Al-Quran Dalam Pembangunan Psikoterapi Abad Ke-21
Parameter Orientasi Tafsiran Al-Quran Dalam Pembangunan Psikoterapi Abad Ke-21
Pasca transisi dunia ke abad ke-21 menunjukkan perubahan dimensi teoretikal dan praktikal psikoterapi telah berinovasi menjadi lebih fleksibel. Trend perubahan tersebut membuka rua...
SIMPTOM KEMURUNGAN DALAM KALANGAN PENAGIH DADAH WANITA DI PUSAT RAWATAN DAN PEMULIHAN DADAH
SIMPTOM KEMURUNGAN DALAM KALANGAN PENAGIH DADAH WANITA DI PUSAT RAWATAN DAN PEMULIHAN DADAH
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti simptom kemurungan dalam kalangan penagih dadah wanita yang sedang menjalani rawatan dan pemulihan penagihan dadah. Pengenal pastian simpt...
Al-Qasas Al-Nabawi Dalam Karya Abū Isḥāq Al-Ḥuwaynī Dan ‘Umar Sulaymān Al-Ashqar: Kajian Perbandingan
Al-Qasas Al-Nabawi Dalam Karya Abū Isḥāq Al-Ḥuwaynī Dan ‘Umar Sulaymān Al-Ashqar: Kajian Perbandingan
The hadiths of Rasulullah SAW have various contents, including the stories narrated by the Prophet SAW. These hadiths are known as al-Qasas al-Nabawi. The approach to conveying the...
MODEL KESIHATAN MENTAL REMAJA LUAR BANDAR DI MALAYSIA
MODEL KESIHATAN MENTAL REMAJA LUAR BANDAR DI MALAYSIA
Di Malaysia, remaja merupakan kelompok yang sering dikaitkan dengan isu kesihatan mental akibat kurang daya tindak dan terdedah dengan tekanan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk...
Psikoterapi Islam: Model Psikoterapi Taqwa
Psikoterapi Islam: Model Psikoterapi Taqwa
Kemajuan ilmu pengetahuan dan teknologi membuat persoalan baru bagi kehidupan manusia, seperti maraknya krisis mental, krisis moral, dan krisis spiritual. Krisis spiritual yang ber...
Isu dan Literasi Kesihatan Mental dalam kalangan Remaja
Isu dan Literasi Kesihatan Mental dalam kalangan Remaja
Kesihatan mental remaja perlu diberikan perhatian kerana golongan ini sedang melalui fasa perkembangan dari segi fizikal dan emosi. Sekiranya mereka gagal mengawal fasa perubahan d...

