Javascript must be enabled to continue!
Pembelajaran Berasaskan Projek Secara Talian Dan Keupayaan Murid Untuk Berkomunikasi Secara Berkesan: Kajian Integratif
View through CrossRef
Kejayaan kemahiran komunikasi melalui pembelajaran berasaskan projek secara atas talian boleh dicapai apabila murid berupaya untuk menyatakan pendapat, berbincang dengan orang lain untuk menyelesaikan sesuatu masalah, berinteraksi, berdialog dan berhujah berdasarkan bukti. Sebagai mengiktiraf kepentingan strategi pembelajaran berasaskan projek secara atas talian dalam mempengaruhi kemahiran berkomunikasi murid, oleh itu, kertas kerja ini bertujuan untuk mensintesis literatur berkaitan yang sedia ada bagi mewujudkan asas teori pembelajaran berasaskan projek yang mengetengahkan penerapan elemen 4K iaitu komunikasi, kolaborasi, kreativiti dan kritikal, yang memfokuskan pengaruhnya terhadap kemahiran komunikasi murid. Reka bentuk kajian dijalankan secara kualitatif yang menggunakan kaedah pensampelan bertujuan. Data temu bual , pemerhatian dan dokumen di analisis dengan menggunakan kaedah bola salji. Penyelidik memilih kes pertama yang memenuhi kesemua kriteria yang ditentukan untuk mendapatkan data yang padat. Analisis dijalankan terhadap tujuh orang responden. Secara konklusinya, pembelajaran berasaskan projek memenuhi ciri utama intervensi berkesan bagi pembelajaran abad ke-21 kerana pembelajaran berasaskan projek (PBP) merupakan model pendidikan yang mengutamakan projek dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang juga merupakan satu kaedah instruksional yang membenarkan murid membina kemahiran dan mendapatkan ilmu melalui projek, pembelajaran koperatif dan teknik 'hands on'. Melalui pelaksanaan projek, murid dapat membina pengetahuan dan kemahiran melalui proses inkuiri. Selain itu, melalui proses penyelesaian masalah, murid mampu berbincang untuk mendapatkan kesepakatan dalam kumpulan, berdialog secara aktif, berkongsi maklumat, berani menyatakan pendapat dan berhujah berdasarkan bukti. Pengintegrasian strategi pembelajaran berasaskan projek menjadikan kaedah intruksi ini boleh disesuaikan dengan murid yang berbeza-beza latar belakang, umur dan tahap pendidikan.
Title: Pembelajaran Berasaskan Projek Secara Talian Dan Keupayaan Murid Untuk Berkomunikasi Secara Berkesan: Kajian Integratif
Description:
Kejayaan kemahiran komunikasi melalui pembelajaran berasaskan projek secara atas talian boleh dicapai apabila murid berupaya untuk menyatakan pendapat, berbincang dengan orang lain untuk menyelesaikan sesuatu masalah, berinteraksi, berdialog dan berhujah berdasarkan bukti.
Sebagai mengiktiraf kepentingan strategi pembelajaran berasaskan projek secara atas talian dalam mempengaruhi kemahiran berkomunikasi murid, oleh itu, kertas kerja ini bertujuan untuk mensintesis literatur berkaitan yang sedia ada bagi mewujudkan asas teori pembelajaran berasaskan projek yang mengetengahkan penerapan elemen 4K iaitu komunikasi, kolaborasi, kreativiti dan kritikal, yang memfokuskan pengaruhnya terhadap kemahiran komunikasi murid.
Reka bentuk kajian dijalankan secara kualitatif yang menggunakan kaedah pensampelan bertujuan.
Data temu bual , pemerhatian dan dokumen di analisis dengan menggunakan kaedah bola salji.
Penyelidik memilih kes pertama yang memenuhi kesemua kriteria yang ditentukan untuk mendapatkan data yang padat.
Analisis dijalankan terhadap tujuh orang responden.
Secara konklusinya, pembelajaran berasaskan projek memenuhi ciri utama intervensi berkesan bagi pembelajaran abad ke-21 kerana pembelajaran berasaskan projek (PBP) merupakan model pendidikan yang mengutamakan projek dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang juga merupakan satu kaedah instruksional yang membenarkan murid membina kemahiran dan mendapatkan ilmu melalui projek, pembelajaran koperatif dan teknik 'hands on'.
Melalui pelaksanaan projek, murid dapat membina pengetahuan dan kemahiran melalui proses inkuiri.
Selain itu, melalui proses penyelesaian masalah, murid mampu berbincang untuk mendapatkan kesepakatan dalam kumpulan, berdialog secara aktif, berkongsi maklumat, berani menyatakan pendapat dan berhujah berdasarkan bukti.
Pengintegrasian strategi pembelajaran berasaskan projek menjadikan kaedah intruksi ini boleh disesuaikan dengan murid yang berbeza-beza latar belakang, umur dan tahap pendidikan.
Related Results
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAFTAR PUSTAKAAditama, M. H. R., & Selfiardy, S. (2022). Kehidupan Mahasiswa Kuliah Sambil Bekerja di Masa Pandemi Covid-19. Kidspedia: Jurnal Pendidikan Anak Usia Dini, 3(...
PENGUATAN PERAN PENDIDIK TERHADAP PROFIL PELAJAR PANCASILA BERBASIS PROYEK SATUAN PENDIDIKAN
PENGUATAN PERAN PENDIDIK TERHADAP PROFIL PELAJAR PANCASILA BERBASIS PROYEK SATUAN PENDIDIKAN
Tujuan dari pengabdian adalah peserta dapat menguatkan pemahaman mengenai esensi pelaksanaan projek penguatan profil pelajar Pancasila di satuan pendidikan, merefleksikan pelaksana...
Cabaran Pengajaran Digital Secara Maya Dan Kesediaan Murid Pasca Covid 19
Cabaran Pengajaran Digital Secara Maya Dan Kesediaan Murid Pasca Covid 19
Covid 19 merupakan virus baharu yang mula menjadi wabak di awal tahun 2020 telah memberi kesan besar kepada proses pengajaran dan pembelajaran norma baharu. Justeru, kajian ini dij...
Keefektifan Media Literasi Visual Terhadap Menulis Teks Cerita Pendek Pada Murid Kelas IV PTF SDN Labuang Baji Ii Makassar
Keefektifan Media Literasi Visual Terhadap Menulis Teks Cerita Pendek Pada Murid Kelas IV PTF SDN Labuang Baji Ii Makassar
Penelitian ini bertujuan melihat keefektifan media literasi visual dalam menulis teks cerita pendek. Target penelitian ini adalah untuk menemukan masalah terhadap kondisi murid yan...
Projek Estet Mini Rumpai Laut Dan Penglibatan Komuniti Nelayan Di Daerah Semporna, Sabah
Projek Estet Mini Rumpai Laut Dan Penglibatan Komuniti Nelayan Di Daerah Semporna, Sabah
Estet mini rumpai laut telah menjadi salah satu projek teras Kerajaan Malaysia di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP). Projek ini diwujudkan untuk memanfaatkan sumber rumpai l...
Pengaruh Rakan Sebaya Terhadap Motivasi Belajar Murid Sekolah Rendah Di Pekan Nanas Daerah Pontian
Pengaruh Rakan Sebaya Terhadap Motivasi Belajar Murid Sekolah Rendah Di Pekan Nanas Daerah Pontian
Rakan sebaya merupakan individu yang berkait rapat dengan setiap orang murid. Dalam proses pembelajaran, rakan sebaya memainkan peranan yang penting untuk mempengaruhi motivasi bel...
Pengaplikasian Permainan ‘JeWo’ Dalam Meningkatkan Kemahiran Membaca Suku Kata Terbuka KV + KV Murid Berkeperluan Pendidikan Khas
Pengaplikasian Permainan ‘JeWo’ Dalam Meningkatkan Kemahiran Membaca Suku Kata Terbuka KV + KV Murid Berkeperluan Pendidikan Khas
Keupayaan membaca bagi murid-murid berkeperluan khas dipengaruhi oleh keupayaan murid itu sendiri. Kekeliruan dalam pengamatan bahasa sedikit sebanyak mempengaruhi emosi, pengalama...
Pengetahuan Guru Prasekolah Mengenai Murid Berkeperluan Pendidikan Khas
Pengetahuan Guru Prasekolah Mengenai Murid Berkeperluan Pendidikan Khas
Pendidikan prasekolah merupakan pendidikan asas untuk semua individu termasuk murid-murid berkeperluan pendidikan khas. Oleh itu, pengetahuan guru prasekolah merupakan antara aspek...

