Javascript must be enabled to continue!
Projek Estet Mini Rumpai Laut Dan Penglibatan Komuniti Nelayan Di Daerah Semporna, Sabah
View through CrossRef
Estet mini rumpai laut telah menjadi salah satu projek teras Kerajaan Malaysia di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP). Projek ini diwujudkan untuk memanfaatkan sumber rumpai laut yang terdapat di perairan Semporna, Sabah. Rumpai laut merupakan sumber pendapatan komuniti nelayan dan produk eksport Malaysia. Pada masa kini, banyak agensi kerajaan, pihak syarikat dan komuniti tempatan mula berlumba-lumba menjadi penggerak projek pengkulturan rumpai laut dengan menggunakan sistem estet mini. Selepas dua tahun projek ini dijalankan, pencapaiannya sungguh membanggakan. Hal ini demikian kerana pada tahun 2013, sudah ada 11 syarikat dan empat kumpulan komuniti tempatan dilantik untuk menjalankan projek permulaan. Kajian ini dilakukan bertujuan menilai kesan projek pembangunan, iaitu sejauh mana projek estet mini telah memberi hasil pulangan kepada syarikat, komuniti dan negara. Namun, selepas dua tahun projek ini dilaksanakan iaitu sejak tahun 2011, didapati pencapaian projek adalah kurang efektif. Hal ini disebabkan prestasi perbelanjaan yang rendah pada tahun 2009 dan 2011 menyebabkan projek ini lambat berkembang. Persoalan ini akan dikupas dalam kertas kerja ini yang telah menggunakan kaedah kutipan data secara tinjauan dan temu bual yang dilakukan di Pulau Selakan dan Kampung Look Butun, Semporna pada bulan Januari hingga Mac 2013.
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Title: Projek Estet Mini Rumpai Laut Dan Penglibatan Komuniti Nelayan Di Daerah Semporna, Sabah
Description:
Estet mini rumpai laut telah menjadi salah satu projek teras Kerajaan Malaysia di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP).
Projek ini diwujudkan untuk memanfaatkan sumber rumpai laut yang terdapat di perairan Semporna, Sabah.
Rumpai laut merupakan sumber pendapatan komuniti nelayan dan produk eksport Malaysia.
Pada masa kini, banyak agensi kerajaan, pihak syarikat dan komuniti tempatan mula berlumba-lumba menjadi penggerak projek pengkulturan rumpai laut dengan menggunakan sistem estet mini.
Selepas dua tahun projek ini dijalankan, pencapaiannya sungguh membanggakan.
Hal ini demikian kerana pada tahun 2013, sudah ada 11 syarikat dan empat kumpulan komuniti tempatan dilantik untuk menjalankan projek permulaan.
Kajian ini dilakukan bertujuan menilai kesan projek pembangunan, iaitu sejauh mana projek estet mini telah memberi hasil pulangan kepada syarikat, komuniti dan negara.
Namun, selepas dua tahun projek ini dilaksanakan iaitu sejak tahun 2011, didapati pencapaian projek adalah kurang efektif.
Hal ini disebabkan prestasi perbelanjaan yang rendah pada tahun 2009 dan 2011 menyebabkan projek ini lambat berkembang.
Persoalan ini akan dikupas dalam kertas kerja ini yang telah menggunakan kaedah kutipan data secara tinjauan dan temu bual yang dilakukan di Pulau Selakan dan Kampung Look Butun, Semporna pada bulan Januari hingga Mac 2013.
Related Results
FAKTOR-FAKTOR PENCEROBOHAN VESEL NELAYAN ASING DI PERAIRAN PANTAI BARAT SABAH
FAKTOR-FAKTOR PENCEROBOHAN VESEL NELAYAN ASING DI PERAIRAN PANTAI BARAT SABAH
Sabah dikelilingi oleh tiga laut utama iaitu Laut Sulawesi, Laut Sulu dan Laut China Selatan (LCS). LCS berada di perairan pantai barat Sabah yang dikenali sebagai antara 12 tapak ...
LEGASI DATUK SERI MOHD. SHAFIE APDAL (DSSA) DI PARLIMEN SEMPORNA DALAM PRU-14
LEGASI DATUK SERI MOHD. SHAFIE APDAL (DSSA) DI PARLIMEN SEMPORNA DALAM PRU-14
Semporna merupakan sebuah daerah maritim yang terletak di bahagian pantai timur Sabah. Pada PRU-14, pandangan penganalisis banyak bertumpu ke Semporna kerana reformasi politik Saba...
Kearifan Lokal Sukur Laut Dalam Pengelolaan Sumber Daya Laut di Pesisir Pantai Pamayang Kecamatan Cipatujah
Kearifan Lokal Sukur Laut Dalam Pengelolaan Sumber Daya Laut di Pesisir Pantai Pamayang Kecamatan Cipatujah
Kearifan lokal tradisi Syukur Laut merupakan kegiatan yang dilakukan oleh masyarakat sekitar pesisir pantai Pamayangsari. Kegiatan ini memiliki nilai nilai tradisi yang bisa dikaji...
KESEDARAN KOMUNITI TERHADAP PENYALAHGUNAAN DADAH DI SABAH: PEMBERDAYAAN KOMUNITI
KESEDARAN KOMUNITI TERHADAP PENYALAHGUNAAN DADAH DI SABAH: PEMBERDAYAAN KOMUNITI
Community Empowerment adalah salah satu strategi utama Kempen Perangi Dadah Habis-Habisan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). Ia adalah satu agenda untuk merekayasa komuniti b...
Pengaruh gaya kepimpinan pengurus projek ke atas prestasi kerja ahli-ahli pasukan projek dalam industri pembinaan di Selangor
Pengaruh gaya kepimpinan pengurus projek ke atas prestasi kerja ahli-ahli pasukan projek dalam industri pembinaan di Selangor
Kajian ini bertujuan untuk menguji pengaruh gaya kepimpinan pengurus projek ke atas prestasi kerja ahli-ahli pasukan projek dalam industri pembinaan di Selangor. Dalam kajian ini, ...
Prinsip Pelancongan Berteraskan Komuniti dari Perspektif Islam
Prinsip Pelancongan Berteraskan Komuniti dari Perspektif Islam
Pelancongan Berteraskan Komuniti yang melibatkan komuniti setempat secara langsung dalam semua projek pembangunan di sesebuah kawasan yang terbabit merupakan salah satu daripada ca...
ISU-ISU PERANCANGAN PROJEK DI NEGERI SABAH
ISU-ISU PERANCANGAN PROJEK DI NEGERI SABAH
Proses pengurusan projek yang dilaksanakan dengan baik akan menggalakkan pertumbuhan dan mempercepatkan pencapaian objektif pembangunan negara. Walaupun telah memasuki Rancangan Ma...
Strategi Peningkatan Kelompok Nelayan Melalui Diversifikasi dan Pemasaran Produk Olahan Rumput Laut
Strategi Peningkatan Kelompok Nelayan Melalui Diversifikasi dan Pemasaran Produk Olahan Rumput Laut
Desa Tanailandu merupakan merupakan desa yang berada di Kabupaten Buton Tengah penghasil rumput laut. Rumput laut dikembangkan dengan memanfaatkan sepanjang Pantai desa oleh kelomp...

