Javascript must be enabled to continue!
Nota Penyelidikan/Research Notes Penyertaan Agama Warga Tua Rumah Seri Kenangan Malaysi
View through CrossRef
Kajian lepas menunjukkan penyertaan warga tua dalam aktiviti agama boleh mengurangkan aspek negatif yang banyak dalam kehidupan mereka, seperti kemurungan (Kennedy, Howard, Cynthia & Jiming, 1996), atau meningkatkan kepuasan hidup (Quadagno, 1999), memberikan makna dalam kehidupan (Elmi Baharuddin, 2008), dan kebanyakan warga tua menganggap agama penting dalam kehidupan (Wan Ibrahim Wan Ahmad, 2008). Kajian-kajian ini, kecuali kajian Elmi Baharuddin, dilakukan ke atas warga tua dalam komuniti, bukan warga tua yang tinggal di Rumah Seri Kenangan. Banyak persoalan boleh ditimbulkan tentang penyertaan warga tua yang tinggal di Rumah Seri Kenangan dalam aktiviti agama. Tidak ada jawapan yang jelas yang boleh diutarakan tentangnya. Maklumat dalam nota penyelidikan ini diambil daripada hasil awal projek penyelidikan dengan Kod Projek: UKM-PP-04-FRGS0005-2006/04, bertajuk “Penyertaan Agama, Konsep Kendiri dan Keperluan Kaunseling Warga Tua Rumah Seri Kenangan di Malaysia”. Kajian tersebut bertujuan menganalisis penyertaan warga tua dalam amalan agama, mengenal pasti konsep kendiri warga tua dan mengenal pasti indikator yang menunjukkan warga tua memerlukan perkhidmatan kaunseling di Rumah Seri Kenangan. Tumpuan penyelidikan itu adalah ke atas warga tua yang tinggal di Rumah Seri Kenangan (RSK). Warga tua ialah individu yang berumur 60 tahun dan ke atas. Pengertian ini berasaskan resolusi Perhimpunan Dunia Bangsa- Bangsa Bersatu World Assembly on Aging yang pertama tentang penuaan yang diadakan di Vienna pada tahun 1982. Dalam perhimpunan tersebut, umur “60 tahun dan lebih” digunakan sebagai had umur dalam menentukan trend penuaan, walaupun kebanyakan negara maju menggunakan had umur 65 tahun dan lebih dalam menentukan trend penuaan mereka.
UUM Press, Universiti Utara Malaysia
Title: Nota Penyelidikan/Research Notes Penyertaan Agama Warga Tua Rumah Seri Kenangan Malaysi
Description:
Kajian lepas menunjukkan penyertaan warga tua dalam aktiviti agama boleh mengurangkan aspek negatif yang banyak dalam kehidupan mereka, seperti kemurungan (Kennedy, Howard, Cynthia & Jiming, 1996), atau meningkatkan kepuasan hidup (Quadagno, 1999), memberikan makna dalam kehidupan (Elmi Baharuddin, 2008), dan kebanyakan warga tua menganggap agama penting dalam kehidupan (Wan Ibrahim Wan Ahmad, 2008).
Kajian-kajian ini, kecuali kajian Elmi Baharuddin, dilakukan ke atas warga tua dalam komuniti, bukan warga tua yang tinggal di Rumah Seri Kenangan.
Banyak persoalan boleh ditimbulkan tentang penyertaan warga tua yang tinggal di Rumah Seri Kenangan dalam aktiviti agama.
Tidak ada jawapan yang jelas yang boleh diutarakan tentangnya.
Maklumat dalam nota penyelidikan ini diambil daripada hasil awal projek penyelidikan dengan Kod Projek: UKM-PP-04-FRGS0005-2006/04, bertajuk “Penyertaan Agama, Konsep Kendiri dan Keperluan Kaunseling Warga Tua Rumah Seri Kenangan di Malaysia”.
Kajian tersebut bertujuan menganalisis penyertaan warga tua dalam amalan agama, mengenal pasti konsep kendiri warga tua dan mengenal pasti indikator yang menunjukkan warga tua memerlukan perkhidmatan kaunseling di Rumah Seri Kenangan.
Tumpuan penyelidikan itu adalah ke atas warga tua yang tinggal di Rumah Seri Kenangan (RSK).
Warga tua ialah individu yang berumur 60 tahun dan ke atas.
Pengertian ini berasaskan resolusi Perhimpunan Dunia Bangsa- Bangsa Bersatu World Assembly on Aging yang pertama tentang penuaan yang diadakan di Vienna pada tahun 1982.
Dalam perhimpunan tersebut, umur “60 tahun dan lebih” digunakan sebagai had umur dalam menentukan trend penuaan, walaupun kebanyakan negara maju menggunakan had umur 65 tahun dan lebih dalam menentukan trend penuaan mereka.
Related Results
Perlindungan Pekerja Rumah Tangga Dalam Sistem Hukum Nasional
Perlindungan Pekerja Rumah Tangga Dalam Sistem Hukum Nasional
The role of house worker is very important in our daily life. Developing of work frame fo house worker are more extend and complex as advance as the era. Kencana foundation is foun...
Penyelidikan Berteraskan Nilai dalam Pandangan Ahli Sains Muslim Silam
Penyelidikan Berteraskan Nilai dalam Pandangan Ahli Sains Muslim Silam
Through the introduction of value-free research concept in the 19th century by Western scholars, researchers both in the field of natural sciences and social sciences generally foc...
Strategi Komunikasi Pemasaran Terpadu Produk “Kopi Kenangan”
Strategi Komunikasi Pemasaran Terpadu Produk “Kopi Kenangan”
Abstract
This article aims to show the application of Integrated Marketing Communication (IMC) in the context of Kopi Kenangan, a popular coffee company in Indonesi...
Kerelevanan Pertimbangan Nilai dalam Penyelidikan Ekonomi Politik Islam
Kerelevanan Pertimbangan Nilai dalam Penyelidikan Ekonomi Politik Islam
Antara cabaran dalam melaksanakan penyelidikan berkaitan bidang ekonomi politik adalah untuk mengelakkan diri daripada terlibat dengan pertimbangan nilai atau value judgment. Hal i...
Pemenuhan Hak-hak Anak Pasca Perceraian Orang Tua di Kecamatan Cikembar
Pemenuhan Hak-hak Anak Pasca Perceraian Orang Tua di Kecamatan Cikembar
Perceraian di Kecamatan Cikembar kerapkali menimbulkan ekses-ekses masalah pemenuhan hak-hak anak pasca perceraian orang tua. Banyak hambatan utama yang menjadi penyebab terbengkal...
Analisis Perbandingan Sistem Pengurusan Penyelidikan (RMS): RMS V1 vs RMS V2
Analisis Perbandingan Sistem Pengurusan Penyelidikan (RMS): RMS V1 vs RMS V2
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC), UIS telah menambahbaik Sistem Pengurusan Penyelidikan (RMS) selaras dengan keperluan perancangan strategik UIS. Dalam artikel ini,...
Inovatif Music: Kenangan Manis | Musik Inovatif: Kenangan Manis
Inovatif Music: Kenangan Manis | Musik Inovatif: Kenangan Manis
Karya musik Kenangan Manis adalah karya Musik Inovatif yang menggambarkan tentang momen indah masa kecil penata yang begitu istimewa. Karya Kenangan Manis direalisasikan dengan men...
POLA ASUH ORANG TUA TERHADAP PERKEMBANGAN SOSIAL EMOSIONAL ANAK USIA DINI
POLA ASUH ORANG TUA TERHADAP PERKEMBANGAN SOSIAL EMOSIONAL ANAK USIA DINI
In the family of parents has a big role in influencing the social development of children. Every parent certainly has a different parenting, including: authoritative parenting, dem...

