Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Spiritualiti Islam dalam Pengurusan Emosi dalam Era Digital Kontemporari

View through CrossRef
Perkembangan era digital telah mencetuskan cabaran emosi yang ketara, termasuk tekanan, ketagihan teknologi, dan ketidakseimbangan mental, yang memberi kesan negatif terhadap kesejahteraan individu. Namun, kajian yang meneliti peranan spiritualiti Islam dalam menangani cabaran ini masih terhad, khususnya dalam konteks pengurusan emosi di era digital. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jurang dalam pendekatan sedia ada serta meneroka sumbangan utama elemen spiritualiti Islam dalam membantu individu mengurus emosi secara berkesan dalam era digital. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan kaedah analisis kandungan terhadap teks-teks spiritual Islam, termasuk al-Quran, hadis, dan karya ulama terdahulu. Selain itu, kajian ini turut menganalisis literatur dalam bidang sosiologi dan psikologi berkaitan cabaran digital untuk memahami implikasi fenomena ini secara menyeluruh. Hasil kajian menunjukkan bahawa prinsip-prinsip spiritual Islam seperti tawakkul, sabar, syukur, dan zikrullah berfungsi sebagai mekanisme strategik dalam mengurangkan tekanan emosi, mengatasi ketagihan teknologi, dan meningkatkan kesejahteraan mental dalam era digital. Penemuan ini menyumbang kepada pengayaan literatur akademik mengenai pengurusan emosi berasaskan Islam serta memberikan implikasi praktikal dalam pendidikan, intervensi psikologi, dan pembangunan masyarakat digital. Kajian ini mencadangkan penyelidikan lanjutan berbentuk kajian empirikal lintas budaya bagi menilai keberkesanan pendekatan ini dalam pelbagai konteks global.
Title: Spiritualiti Islam dalam Pengurusan Emosi dalam Era Digital Kontemporari
Description:
Perkembangan era digital telah mencetuskan cabaran emosi yang ketara, termasuk tekanan, ketagihan teknologi, dan ketidakseimbangan mental, yang memberi kesan negatif terhadap kesejahteraan individu.
Namun, kajian yang meneliti peranan spiritualiti Islam dalam menangani cabaran ini masih terhad, khususnya dalam konteks pengurusan emosi di era digital.
Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jurang dalam pendekatan sedia ada serta meneroka sumbangan utama elemen spiritualiti Islam dalam membantu individu mengurus emosi secara berkesan dalam era digital.
Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan kaedah analisis kandungan terhadap teks-teks spiritual Islam, termasuk al-Quran, hadis, dan karya ulama terdahulu.
Selain itu, kajian ini turut menganalisis literatur dalam bidang sosiologi dan psikologi berkaitan cabaran digital untuk memahami implikasi fenomena ini secara menyeluruh.
Hasil kajian menunjukkan bahawa prinsip-prinsip spiritual Islam seperti tawakkul, sabar, syukur, dan zikrullah berfungsi sebagai mekanisme strategik dalam mengurangkan tekanan emosi, mengatasi ketagihan teknologi, dan meningkatkan kesejahteraan mental dalam era digital.
Penemuan ini menyumbang kepada pengayaan literatur akademik mengenai pengurusan emosi berasaskan Islam serta memberikan implikasi praktikal dalam pendidikan, intervensi psikologi, dan pembangunan masyarakat digital.
Kajian ini mencadangkan penyelidikan lanjutan berbentuk kajian empirikal lintas budaya bagi menilai keberkesanan pendekatan ini dalam pelbagai konteks global.

Related Results

Dinamika Emosi Tokoh Kinan dalam Novel Layangan Putus Karya Mommy Asf
Dinamika Emosi Tokoh Kinan dalam Novel Layangan Putus Karya Mommy Asf
Tujuan penelitian ini adalah untuk mendeskripsikan dinamika emosi Kinan dalam novel Layangan Putus Karya Mommy Asf. Pendekatan yang digunakan adalah Psikologi Sastra. Metode yang d...
Menerokai Emosi Belia dalam Organisasi di Lembah Klang
Menerokai Emosi Belia dalam Organisasi di Lembah Klang
Emosi adalah sesuatu yang dirasai individu secara dalaman. Pelbagai bentuk emosi yang akan ditunjukkan seseorang individu dalam organisasi. Konsep emosi mempunyai pelbagai dimensi ...
Eksperimentasi tanah liat habu sebagai refleksi kreatif seni seramik kontemporari
Eksperimentasi tanah liat habu sebagai refleksi kreatif seni seramik kontemporari
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kebolehgunaan mendakanTapak PelupusanHabu sebagai refleksi kreatif seni seramik kontemporari. Kaedah ekspirementasi secara studio praktis...
Klasifikasi Emosi Tokoh Nathan dalam Novel Dear Nathan Karya Erisca Febriani: Kajian Perspektif David Krech
Klasifikasi Emosi Tokoh Nathan dalam Novel Dear Nathan Karya Erisca Febriani: Kajian Perspektif David Krech
Abstrak: Masalah yang diangkat pada penelitian ini adalah bagaimanakah bentuk klasifikasi emosi tokoh Nathan dalam novel Dear Nathan karya Erisca Febriani: kajian perspektif David ...
Gambaran Perilaku Disregulasi Emosi Anak Prasekolah Usia 3-4 Tahun
Gambaran Perilaku Disregulasi Emosi Anak Prasekolah Usia 3-4 Tahun
Abstrak. Regulasi emosi merupakan kemampuan anak dalam mengekspresikan, mengenali dan mengatur emosi agar dapat ditampilkan sesuai dengan norma sosial yang berlaku. Sebaliknya, dis...
Emosi Takut dalam Hujan Sudah Teduh Zaharah Nawawi
Emosi Takut dalam Hujan Sudah Teduh Zaharah Nawawi
Makalah ini bertujuan untuk menganalisis emosi takut yang terdapat dalam novel. Emosi takut membawa maksud perasaan tidak rasional, berlebihan dan ketakutan yang berulang-ulang dal...
Eksistensi Digital Wedding Di Era Disrupsi Dalam Maqashid Syariah
Eksistensi Digital Wedding Di Era Disrupsi Dalam Maqashid Syariah
Abstract The era of disruption has presented a new phenomenon in wedding procedures, namely digital weddings.  The emergence of digital marriage raises questions about its validity...
Peran Regulasi Emosi Terhadap Stres Akademik Pada Mahasiswa Pemegang Beasiswa
Peran Regulasi Emosi Terhadap Stres Akademik Pada Mahasiswa Pemegang Beasiswa
Abstrak: Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui apakah terdapat peran regulasi emosi terhadap stres akademik pada mahasiswa pemegang beasiswa Universitas Islam Indonesia. Peneli...

Back to Top