Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Inventori Fonem Dialek Melayu Midai: Analisis Struktural

View through CrossRef
Kajian ini menekuni bidang fonologi bagi meneliti dialek yang belum pernah mendapat perhatian oleh pengkaji luar, iaitu dialek Melayu Midai (DMM). Dialek Melayu Midai merupakan dialek yang dituturkan di Pulau Midai, kabupaten Natuna, Indonesia. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti inventori fonem dan menganalisis inventori fonem berdasarkan pendekatan struktural seperti yang telah dipelopori oleh Ferdinand de Saussure. Bagi menjayakan kajian, temu bual telah diadakan dengan menggunakan Senarai 230 Kata Morris Swadesh yang telah diubah suai berdasarkan situasi Nusantara untuk menemu bual informan. Dapatan kajian mendapati bahawa DMM mempunyai tujuh fonem vokal yang terdiri daripada vokal /i/, /e/, /a/, /ə/, /u/, /o/, dan /ɔ/. Fonem vokal diftong dalam DMM pula sebanyak empat jenis, iaitu /-ai/, /-ui/, /-au/, dan /-oi/. Selain itu, penganalisisan terhadap fonem konsonan pula mendapati bahawa terdapat 21 konsonan dalam DMM yang terdiri daripada konsonan /p/, /t/, /k/, /q/, /ʔ/ /b/, /d/, /g/, /č/, /ǰ/, /m/, /n/, /ɲ/, /ŋ/, /s/, /ɣ/, /h/, /r/, /l/, /w/ dan /j/. Penganalisisan terhadap inventori fonem merupakan satu pendedahan yang baik terhadap DMM yang belum pernah diterokai secara akademik oleh pengkaji luar. Oleh itu, diharapkan bahawa kajian linguistik terhadap DMM akan dapat diteruskan untuk menunjukkan ciri dalam dialek tersebut.
Title: Inventori Fonem Dialek Melayu Midai: Analisis Struktural
Description:
Kajian ini menekuni bidang fonologi bagi meneliti dialek yang belum pernah mendapat perhatian oleh pengkaji luar, iaitu dialek Melayu Midai (DMM).
Dialek Melayu Midai merupakan dialek yang dituturkan di Pulau Midai, kabupaten Natuna, Indonesia.
Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti inventori fonem dan menganalisis inventori fonem berdasarkan pendekatan struktural seperti yang telah dipelopori oleh Ferdinand de Saussure.
Bagi menjayakan kajian, temu bual telah diadakan dengan menggunakan Senarai 230 Kata Morris Swadesh yang telah diubah suai berdasarkan situasi Nusantara untuk menemu bual informan.
Dapatan kajian mendapati bahawa DMM mempunyai tujuh fonem vokal yang terdiri daripada vokal /i/, /e/, /a/, /ə/, /u/, /o/, dan /ɔ/.
Fonem vokal diftong dalam DMM pula sebanyak empat jenis, iaitu /-ai/, /-ui/, /-au/, dan /-oi/.
Selain itu, penganalisisan terhadap fonem konsonan pula mendapati bahawa terdapat 21 konsonan dalam DMM yang terdiri daripada konsonan /p/, /t/, /k/, /q/, /ʔ/ /b/, /d/, /g/, /č/, /ǰ/, /m/, /n/, /ɲ/, /ŋ/, /s/, /ɣ/, /h/, /r/, /l/, /w/ dan /j/.
Penganalisisan terhadap inventori fonem merupakan satu pendedahan yang baik terhadap DMM yang belum pernah diterokai secara akademik oleh pengkaji luar.
Oleh itu, diharapkan bahawa kajian linguistik terhadap DMM akan dapat diteruskan untuk menunjukkan ciri dalam dialek tersebut.

Related Results

SISTEM FONOLOGI BAHASA TAE (The Phonology System of Tae Language)
SISTEM FONOLOGI BAHASA TAE (The Phonology System of Tae Language)
This study aims to identify and describe qualitatively the phonological system of Tae Rongkong dialect in North Luwu Regency, South Sulawesi. The analysis was carried out on 200 Sw...
FONOLOGI BAHASA PRANCIS
FONOLOGI BAHASA PRANCIS
Understanding phonology is the pivotal thing in learning foreign language. By understanding the target language phonology, learners will be easier to learn foreign language pronunc...
FONOTAKTIK BAHASA BANJAR (BANJARESE PHONOTACTIC)
FONOTAKTIK BAHASA BANJAR (BANJARESE PHONOTACTIC)
Fonotaktik Bahasa Banjar. Fokus penelitian linguistik ini adalah distribusi fonem dan aturanfonemis perubahan Bahasa Banjar, dengan menggunakan metode deskriptif yang bertujuanuntu...
LAHJAH ARABIYAH: SEBUAH STUDI DIALEKTOLOGIS
LAHJAH ARABIYAH: SEBUAH STUDI DIALEKTOLOGIS
Penelitian ini bertujuan untuk mengidentifikasi dan mengungkapkan berbagai macam Dialek Bahasa Arab (lahjah arabiyah) secara deskriptif, apa sebab dan aspek yang melatari sehingga ...
Pemerolehan Fonem Bahasa Ibu Anak Usia 2,6 Tahun: Studi Kasus pada “Rasyid Hidayat”
Pemerolehan Fonem Bahasa Ibu Anak Usia 2,6 Tahun: Studi Kasus pada “Rasyid Hidayat”
Abstrak: Penelitian ini membahas tentang pemerolehan fonem bahasa ibu atau pertama pada anak usia 2,6 tahun. Tujuan dari penelitian ini yaitu mendeskripsikan bentuk dari pemeroleha...
Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah dalam Kalangan Etnik Luar Bandar Terhadap Bahasa Melayu
Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah dalam Kalangan Etnik Luar Bandar Terhadap Bahasa Melayu
Sikap dan motivasi dalam kalangan etnik di luar bandar terhadap bahasa Melayu akan mempengaruhi penguasaan bahasa tersebut.walaupun bahasa Melayu telah digunakan secara meluas ole...
Distribusi dan Pemetaan Varian-Varian Bahasa Madura di Kabupaten Sumbawa
Distribusi dan Pemetaan Varian-Varian Bahasa Madura di Kabupaten Sumbawa
Makalah ini mengkaji distribusi dan pemetaan varian-varian bahasa Madura di Kabupaten Sumbawa, dengan menggunakan pendekatan dialektologi.Ada tiga kantong bahasa (enklave) Madura d...

Back to Top