Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Kajian Keberkesanan Penggunaan Smart Breathable Bandage (SBB)

View through CrossRef
Kemalangan adalah sesuatu insiden yang sentiasa hendak dielakkan. Pengetahuan menggunakan teknik pertolongan cemas yang betul, dapat membantu kemalangan kecil menjadi lebih teruk. Pengetahuan kemahiran asas teknik pertolongan cemas penting bagi semua lapisan masyarakat dalam memberikan bantuan pertama di tempat kemalangan sebelum tibanya rawatan perubatan dari pihak hospital atau klinik. Dengan menggunakan kain anduh tradisional, ia akan mengakibatkan ikatan menjadi lambat dan rawatan kecemasan akan mengambil masa yang lama sekiranya pengguna panik. Di samping itu, jika ikatan tersebut tidak dapat dibuka, pihak perawat terpaksa memotong atau menggunting kain tersebut dan menyebabkan kain tersebut tidak dapat digunakan semula. Bagi mengatasi isu ini, Smart Breathable Bandage (SBB) telah dicipta bagi membantu penggunanya di dalam memberikan bantuan yang berkesan sebelum rawatan lanjut diberikan. SBB merupakan alat untuk balutan bagi kecederaan kepatahan dan mempunyai fungsi tambahan serta mempunyai nilai tambah yang tinggi dari segi reka bentuk. Kajian ini dilakukan dengan mengedarkan soalan kaji selidik kepada 120 responden yang mengandungi 8 item soalan berskala Likert 1 – 4 kepada responden yang terdiri daripada orang awam, anggota Angkatan Pertahanan Malaysia (APM), pakar perubatan dari Hospital Banting dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), dan Farmasi Penawar di Banting. Seramai 101 orang responden iaitu 84.17% telah menjawab kaji selidik ini dengan lengkap. bersetuju SBB mempunyai beberapa kekuatan yang tersendiri seperti reka bentuk yang mudah digunakan. memberi keselesaan kepada pengguna dan menjimatkan masa rawatan. Hasil dari maklumbalas tersebut mendapati bahawa 26.75% responden Setuju dan 72.14% responden adalah Sangat Setuju dengan keberkesanan penggunaan SBB ketika waktu kecemasan. Skor purata min yang diperoleh adalah 3.70 yang menunjukkan responden sangat bersetuju dengan produk SBB. Kesimpulannya, SBB merupakan projek inovasi yang memudahkan dalam rawatan kecemasan terutamanya kepatahan dan kecederaan pada bahagian tangan menggunakan netting fabrik mengandungi permukaan yang selesa berbanding kain anduh tradisional. Produk ini direka bagi memberi tugas menyelamat lebih efisien dan efektif.
Asian Scholars Network
Title: Kajian Keberkesanan Penggunaan Smart Breathable Bandage (SBB)
Description:
Kemalangan adalah sesuatu insiden yang sentiasa hendak dielakkan.
Pengetahuan menggunakan teknik pertolongan cemas yang betul, dapat membantu kemalangan kecil menjadi lebih teruk.
Pengetahuan kemahiran asas teknik pertolongan cemas penting bagi semua lapisan masyarakat dalam memberikan bantuan pertama di tempat kemalangan sebelum tibanya rawatan perubatan dari pihak hospital atau klinik.
Dengan menggunakan kain anduh tradisional, ia akan mengakibatkan ikatan menjadi lambat dan rawatan kecemasan akan mengambil masa yang lama sekiranya pengguna panik.
Di samping itu, jika ikatan tersebut tidak dapat dibuka, pihak perawat terpaksa memotong atau menggunting kain tersebut dan menyebabkan kain tersebut tidak dapat digunakan semula.
Bagi mengatasi isu ini, Smart Breathable Bandage (SBB) telah dicipta bagi membantu penggunanya di dalam memberikan bantuan yang berkesan sebelum rawatan lanjut diberikan.
SBB merupakan alat untuk balutan bagi kecederaan kepatahan dan mempunyai fungsi tambahan serta mempunyai nilai tambah yang tinggi dari segi reka bentuk.
Kajian ini dilakukan dengan mengedarkan soalan kaji selidik kepada 120 responden yang mengandungi 8 item soalan berskala Likert 1 – 4 kepada responden yang terdiri daripada orang awam, anggota Angkatan Pertahanan Malaysia (APM), pakar perubatan dari Hospital Banting dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), dan Farmasi Penawar di Banting.
Seramai 101 orang responden iaitu 84.
17% telah menjawab kaji selidik ini dengan lengkap.
bersetuju SBB mempunyai beberapa kekuatan yang tersendiri seperti reka bentuk yang mudah digunakan.
memberi keselesaan kepada pengguna dan menjimatkan masa rawatan.
Hasil dari maklumbalas tersebut mendapati bahawa 26.
75% responden Setuju dan 72.
14% responden adalah Sangat Setuju dengan keberkesanan penggunaan SBB ketika waktu kecemasan.
Skor purata min yang diperoleh adalah 3.
70 yang menunjukkan responden sangat bersetuju dengan produk SBB.
Kesimpulannya, SBB merupakan projek inovasi yang memudahkan dalam rawatan kecemasan terutamanya kepatahan dan kecederaan pada bahagian tangan menggunakan netting fabrik mengandungi permukaan yang selesa berbanding kain anduh tradisional.
Produk ini direka bagi memberi tugas menyelamat lebih efisien dan efektif.

Related Results

Development of Shortening Process Time in SBB
Development of Shortening Process Time in SBB
ABSTRACT A fast curing process in SBB (Stud Bump Bonding) technology has been developed. SBB technology is one of the flip chip packaging technologies. There are ...
Keberkesanan Media Sosial dan Strategi Keunikannya Bagi Kempen Bahaya Penyalahgunaan Dadah
Keberkesanan Media Sosial dan Strategi Keunikannya Bagi Kempen Bahaya Penyalahgunaan Dadah
Penggunaan media sosial dalam kempen kesihatan di Malaysia kebelakangan ini dilihat kian dipentingkan. Senario positif ini memberikan gambaran bahawa pelbagai pihak mulai melihat k...
3D Printing Stimulating Hybrid Smart Bandage
3D Printing Stimulating Hybrid Smart Bandage
The treatment of chronic wounds and pressure sores is an important challenge in the context of public health and the effectiveness of patient treatment. Therefore, new methods are ...
Three-Dimensional Printed Stimulating Hybrid Smart Bandage
Three-Dimensional Printed Stimulating Hybrid Smart Bandage
The treatment of chronic wounds and pressure sores is an important challenge in the context of public health and the effectiveness of patient treatment. Therefore, new methods are ...
Persepsi Keberkesanan E-Pembelajaran dalam Kalangan Pelajar Institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)
Persepsi Keberkesanan E-Pembelajaran dalam Kalangan Pelajar Institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)
Kaedah pengajaran dan pembelajaran telah berubah hampir di semua institusi pengajian semasa wabak COVID-19. Bagi meneruskan kelangsungan pengajian pelajar, sistem e-pembelajaran te...
Modification of sugarcane bagasse with iron(III) oxide-hydroxide to improve its adsorption property for removing lead(II) ions
Modification of sugarcane bagasse with iron(III) oxide-hydroxide to improve its adsorption property for removing lead(II) ions
AbstractLead contamination in wastewater results in toxicity of aquatic life and water quality, it is recommended to remove lead before discharging. Four sugarcane bagasse adsorben...
Keberkesanan Model Praktis Studio Seramik terhadap Pelajar Seni bagi Kursus MSK 3042 berasaskan Konsep Rupa dan Jiwa
Keberkesanan Model Praktis Studio Seramik terhadap Pelajar Seni bagi Kursus MSK 3042 berasaskan Konsep Rupa dan Jiwa
Kajian ini bertujuan untuk mengemukakan keberkesanan model praktis studio seramik (MPSS) terhadap pelajar seni MSK 3042 di Universiti Pendidikan Sultan Idris berasaskan konsep rupa...

Back to Top