Javascript must be enabled to continue!
Pengurusan Pencemaran Bandar: Satu Analisis Bibliometrik
View through CrossRef
Pencemaran yang tidak terkawal hasil daripada kegiatan aktif di kawasan bandar seperti pelepasan asap kenderaan dan aktiviti perindustrian berupaya menimbulkan pencemaran alam sekitar yang ketara. Kajian ini bertujuan menganalisis maklumat penyelidikan dan kadar pertumbuhan penerbitan pengurusan pencemaran bandar dalam pangkalan data Scopus dan Web of Science (WoS). Maklumat bibliometrik berkaitan kadar penerbitan, negara, institusi, dan kata kunci dianalisis menggunakan perisian ScientoPy dan VOSviewer. Analisis ini mendedahkan trend penerbitan pengurusan pencemaran bandar adalah bersifat fluktuasi (turun naik) dalam kedua-dua pangkalan data. Namun, bilangan penerbitan dalam pangkalan data Scopus meningkat secara signifikan selepas tahun 2008. Dalam kajian ini, “Environmental Science and Ecology” bertindak sebagai bidang penyelidikan yang paling penting. Manakala, penyelidik dari China didapati memonopoli bilangan penerbitan tertinggi serta membina rangkaian kerjasama yang baik dengan negara Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia. Kata kunci “urban pollution”, “air pollution”, dan “pollution” disenaraikan sebagai tiga kata kunci utama dalam penerbitan pengurusan pencemaran bandar. Kajian ini mempunyai beberapa batasan antaranya analisis penerbitan hanya berfokus kepada pangkalan data Scopus dan WoS. Justeru, kualiti data bergantung sepenuhnya kepada dua pangkalan data tersebut. Secara keseluruhan, kajian ini mempersembahkan intipati utama penyelidikan dan corak penerbitan pengurusan pencemaran bandar yang dapat dijadikan sumber rujukan tuntas kepada pembaca, penyelidik, dan penggubal dasar. Maklumat berkaitan skop dan agenda pengurusan pencemaran bandar yang diperoleh dalam analisis ini dapat mengisi jurang penyelidikan serta meningkatkan strategi pengurusan pencemaran bandar dengan cekap dan berkesan.
Title: Pengurusan Pencemaran Bandar: Satu Analisis Bibliometrik
Description:
Pencemaran yang tidak terkawal hasil daripada kegiatan aktif di kawasan bandar seperti pelepasan asap kenderaan dan aktiviti perindustrian berupaya menimbulkan pencemaran alam sekitar yang ketara.
Kajian ini bertujuan menganalisis maklumat penyelidikan dan kadar pertumbuhan penerbitan pengurusan pencemaran bandar dalam pangkalan data Scopus dan Web of Science (WoS).
Maklumat bibliometrik berkaitan kadar penerbitan, negara, institusi, dan kata kunci dianalisis menggunakan perisian ScientoPy dan VOSviewer.
Analisis ini mendedahkan trend penerbitan pengurusan pencemaran bandar adalah bersifat fluktuasi (turun naik) dalam kedua-dua pangkalan data.
Namun, bilangan penerbitan dalam pangkalan data Scopus meningkat secara signifikan selepas tahun 2008.
Dalam kajian ini, “Environmental Science and Ecology” bertindak sebagai bidang penyelidikan yang paling penting.
Manakala, penyelidik dari China didapati memonopoli bilangan penerbitan tertinggi serta membina rangkaian kerjasama yang baik dengan negara Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia.
Kata kunci “urban pollution”, “air pollution”, dan “pollution” disenaraikan sebagai tiga kata kunci utama dalam penerbitan pengurusan pencemaran bandar.
Kajian ini mempunyai beberapa batasan antaranya analisis penerbitan hanya berfokus kepada pangkalan data Scopus dan WoS.
Justeru, kualiti data bergantung sepenuhnya kepada dua pangkalan data tersebut.
Secara keseluruhan, kajian ini mempersembahkan intipati utama penyelidikan dan corak penerbitan pengurusan pencemaran bandar yang dapat dijadikan sumber rujukan tuntas kepada pembaca, penyelidik, dan penggubal dasar.
Maklumat berkaitan skop dan agenda pengurusan pencemaran bandar yang diperoleh dalam analisis ini dapat mengisi jurang penyelidikan serta meningkatkan strategi pengurusan pencemaran bandar dengan cekap dan berkesan.
Related Results
Kerangka Model Fiqh Pengurusan Jenazah Masyarakat Islam Orang Asli di Malaysia
Kerangka Model Fiqh Pengurusan Jenazah Masyarakat Islam Orang Asli di Malaysia
Kajian ini bertujuan untuk membentuk satu kerangka model fiqh pengurusan jenazah yang bersesuaian dengan konteks masyarakat Islam Orang Asli di Malaysia. Pembentukan model ini meme...
Kajian Kes Ke Atas Usahawan Wanita Felcra Berhad: Model Pengurusan Perniagaan Luar Bandar
Kajian Kes Ke Atas Usahawan Wanita Felcra Berhad: Model Pengurusan Perniagaan Luar Bandar
Kajian ini bertujuan untuk meneroka dan membangunkan model pengurusan perniagaan luar bandar. Seramai sepuluh orang informan usahawan wanita terlibat dalam kajian dimana mereka ini...
Klasifikasi Tutupan Lahan Multitemporal Menggunakan Metode Supervised di Kota Bandar Lampung
Klasifikasi Tutupan Lahan Multitemporal Menggunakan Metode Supervised di Kota Bandar Lampung
Abstract. Bandar Lampung City is experiencing land cover changes that are increasing or spreading and uncontrolled. This is because Bandar Lampung City is the capital city of Lampu...
Pemerkasaan Pendekatan Pengurusan Sastera dalam Kritikan Sastera Melayu di Malaysia
Pemerkasaan Pendekatan Pengurusan Sastera dalam Kritikan Sastera Melayu di Malaysia
Pendekatan pengurusan merupakan satu inovasi dalam wacana kritikan sastera Melayu yang masih baharu dan belum diterokai secara meluas oleh para pengkritik sastera tempatan. Melalui...
Mengatasi Pencemaran Udara Melalui Kegiatan Pemberdayaan Masyarakat Menggunakan Model Aksi Sosial
Mengatasi Pencemaran Udara Melalui Kegiatan Pemberdayaan Masyarakat Menggunakan Model Aksi Sosial
Meningkatanya penggunaan alat transportasi menjadi salah satu faktor penyebab pencemaran udara. Udara yang tercemar tentu saja menimbulkan banyak dampak negatif bagi kesehatan masy...
Media Pembelajaran Aplikasi Tata Cara Pengurusan Jenazah Berbasis Multimedia
Media Pembelajaran Aplikasi Tata Cara Pengurusan Jenazah Berbasis Multimedia
Agama Islam mengajarkan ilmu fiqih dimana dalam kajian tersebut salah satunya membahasan tentang pengurusan jenazah. Namun, masyarakat masih membutuhkan pemahaman tentang bagaimana...
Pencemaran Alam Sekitar dan Pendekatan Mahkamah Hijau
Pencemaran Alam Sekitar dan Pendekatan Mahkamah Hijau
Pencemaran alam sekitar bukanlah sesuatu yang asing di mana-mana negara. Secara keseluruhannya, pencemaran berlaku sejajar dengan pembangunan yang tidak terkawal di samping pertamb...
Persepsi Mahasiswa Sebagai Pengguna Fintech Payment (Studi Kasus Pada Mahasiswa Universitas Bandar Lampung)
Persepsi Mahasiswa Sebagai Pengguna Fintech Payment (Studi Kasus Pada Mahasiswa Universitas Bandar Lampung)
Menjadi cakupan bisnis yang terbesar, Financial Technology atau Fintech merupakan trend digital yang sangat berkembang masa kini. Dari beberapa jenis fintech, fintech payment merup...

