Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Mengenalpasti persepsi kanak-kanak tadika terhadap landskap persekitaran tadika NCDRC, UPSI

View through CrossRef
Persekitaran pembelajaran di luar kelas merupakan salah satu faktor utama dalam mempengaruhi perkembangan psikomotor kanak-kanak tadika. Perkembangan psikomotor kanak-kanak tadika yang lemah serta kurang memberangsangkan turut dipengaruhi oleh ruang persekitaran terutamanya di luar kelas. Oleh demikian, tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti persepsi kanak-kanak terhadap landskap persekitaran tadika di NCDRC, UPSI dalam mempengaruhi perkembangan fizikal, sosial, emosi, kognitif dan psikmotor mereka. Peserta kajian terdiri daripada 100 orang kanak-kanak tadika di NCDRC, UPSI yang berumur 4 hingga 6 tahun. Soalan kaji selidik berasaskan penilaian visual diedarkan kepada kanak-kanak berkenaan untuk menilai persepsi mereka terhadap landskap di persekitaran NCDRC. Penganalisisan data melibatkan statistic deskriptif di mana peratusan, taburan kekerapan dan min setiap item telah digunakan untuk melihat indeks persepsi kanak-kanak terhadap rekabentuk landskap di luar kelas serta bagaimana mereka melihat, menghargai dan berinteraksi dengan persekitaran fizikal di luar kelas. Secara keseluruhan dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor persekitaran pembelajaran khususnya di luar kelas mempunyai hubungan secara positif terhadap perkembangan fizikal, sosial, emosi, kognitif dan psikomotor kanak-kanak tadika di NCDRC, UPSI. Terdapat perbezaan yang signifikan di antara kanak-kanak setiap peringkat dari segi pandangan mereka terhadap persekitaran landskap di luar kelas. Hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa ruang persekitaran tadika yang selesa dan menarik mampu memberi kesan positif terhadap perkembangan prestasi psikomotor kanak-kanak. Dapatan kajian ini diharapkan dapat memberi implikasi positif terhadap langkah-langkah yang boleh dilaksanakan oleh pihak pengurusan tadika, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia serta pihak yang berkaitan dengan jaringan pendidikan dalam membantu mewujudkan persekitaran landskap di luar kelas yang selesa, manarik dan kondusif terutamanya di peringkat tadika.
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Title: Mengenalpasti persepsi kanak-kanak tadika terhadap landskap persekitaran tadika NCDRC, UPSI
Description:
Persekitaran pembelajaran di luar kelas merupakan salah satu faktor utama dalam mempengaruhi perkembangan psikomotor kanak-kanak tadika.
Perkembangan psikomotor kanak-kanak tadika yang lemah serta kurang memberangsangkan turut dipengaruhi oleh ruang persekitaran terutamanya di luar kelas.
Oleh demikian, tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti persepsi kanak-kanak terhadap landskap persekitaran tadika di NCDRC, UPSI dalam mempengaruhi perkembangan fizikal, sosial, emosi, kognitif dan psikmotor mereka.
Peserta kajian terdiri daripada 100 orang kanak-kanak tadika di NCDRC, UPSI yang berumur 4 hingga 6 tahun.
Soalan kaji selidik berasaskan penilaian visual diedarkan kepada kanak-kanak berkenaan untuk menilai persepsi mereka terhadap landskap di persekitaran NCDRC.
Penganalisisan data melibatkan statistic deskriptif di mana peratusan, taburan kekerapan dan min setiap item telah digunakan untuk melihat indeks persepsi kanak-kanak terhadap rekabentuk landskap di luar kelas serta bagaimana mereka melihat, menghargai dan berinteraksi dengan persekitaran fizikal di luar kelas.
Secara keseluruhan dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor persekitaran pembelajaran khususnya di luar kelas mempunyai hubungan secara positif terhadap perkembangan fizikal, sosial, emosi, kognitif dan psikomotor kanak-kanak tadika di NCDRC, UPSI.
Terdapat perbezaan yang signifikan di antara kanak-kanak setiap peringkat dari segi pandangan mereka terhadap persekitaran landskap di luar kelas.
Hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa ruang persekitaran tadika yang selesa dan menarik mampu memberi kesan positif terhadap perkembangan prestasi psikomotor kanak-kanak.
Dapatan kajian ini diharapkan dapat memberi implikasi positif terhadap langkah-langkah yang boleh dilaksanakan oleh pihak pengurusan tadika, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia serta pihak yang berkaitan dengan jaringan pendidikan dalam membantu mewujudkan persekitaran landskap di luar kelas yang selesa, manarik dan kondusif terutamanya di peringkat tadika.

Related Results

Pergerakan Proses Lukisan Kanak-kanak dalam Lakaran Kasar Seni Visual
Pergerakan Proses Lukisan Kanak-kanak dalam Lakaran Kasar Seni Visual
Kajian membincangkan bidang seni visual semakin berkembang pada bidang penyelidikan kanak-kanak merujuk kepada hasil lukisan kanak-kanak. Hasil lukisan kanak-kanak tersebut menghas...
Garis panduan guru: Pelaksanaan amalan zikir bagi kanak-kanak bermasalah tingkah laku agresif Berpandukan kanak-kanak autisma
Garis panduan guru: Pelaksanaan amalan zikir bagi kanak-kanak bermasalah tingkah laku agresif Berpandukan kanak-kanak autisma
Jenayah dalam kalangan kanak-kanak patut dipandang serius kerana terdapat banyak laporan akhbar menunjukkan kanak-kanak di Malaysia sudah mula terjebak dalam jenayah-jenayah esktre...
Peranan Guru dalam Pelaksanaan Aktiviti Seni Halus Kanak-kanak
Peranan Guru dalam Pelaksanaan Aktiviti Seni Halus Kanak-kanak
Kebergantungan kanak-kanak pada orang dewasa adalah perkara yang normal disebabkan mereka masih dalam fasa perkembangan dan pembentukan diri. Di sekolah, orang dewasa yang bersama ...
Penggunaan gajet terhadap perkembangan kanak-kanak prasekolah
Penggunaan gajet terhadap perkembangan kanak-kanak prasekolah
Kajian ini bertujuan mengenal pasti penggunaan gajet terhadap perkembangan kanak-kanak prasekolah. Seramai 65 orang ibu bapa yang mempunyai anak berusia lima dan enam tahun telah m...
Iptek bagi Masyarakat Taman Kanak-Kanak di Desa Kalitirto Kecamatan Berbah
Iptek bagi Masyarakat Taman Kanak-Kanak di Desa Kalitirto Kecamatan Berbah
<p>Berbah adalah kecamatan Sleman, Yogyakarta, yang memiliki 21 sekolah taman kanak-kanak sebagai pendidikan formal untuk anak-anak. Dua taman kanak-kanak telah mendapatkan a...
Ulasan buku: “Engkaulah adiwiraku: Bagaimana kanak-kanak boleh melawan COVID-19!”
Ulasan buku: “Engkaulah adiwiraku: Bagaimana kanak-kanak boleh melawan COVID-19!”
Buku ini merupakan bahan bacaan untuk kanak-kanak berumur 6 hingga 11 tahun yang berkaitan bagaimana kanak-kanak boleh menjadi seorang adiwira dalam memahami serta menangani wabak ...
Pengaruh dan kesan lagu dalam pendidikan awal kanak-kanak: Kertas konsep
Pengaruh dan kesan lagu dalam pendidikan awal kanak-kanak: Kertas konsep
Kajian ini bertujuan adalah untuk menganalisis pengaruh, kesan dan kepentingan lagu dalam pendidikan, khususnya dalam konteks pendidikan awal kanak-kanak dan melihat bagaimana lagu...

Back to Top