Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Menilai Tahap Pengaruh Peranti Digital Terhadap Perkembangan Kanak-kanak dalam Meningkatkan Fasih Digital bagi Kanak-kanak Berusia 5-6 Tahun

View through CrossRef
Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap pengaruh penggunaan peranti digital terhadap perkembangan kemahiran digital kanak-kanak berusia 5 hingga 6 tahun. Seiring dengan perkembangan teknologi, peranti digital seperti tablet, telefon pintar dan komputer semakin banyak digunakan dalam kalangan kanak-kanak. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti pengaruh peranti digital terhadap perkembangan bahasa, kemahiran komunikasi, kemahiran kognitif, kemahiran motor halus dan tingkah laku sosial kanak-kanak dalam meningkatkan fasih digital bagi kanak-kanak berusia 5-6 tahun. Reka bentuk kajian ini adalah kajian tinjauan dengan kaedah kuantitatif. Sampel kajian adalah seramai 103 ibu bapa di sekitar kawasan Tanjong Malim. Instrumen soal selidik digunakan yang mengandungi 6 bahagian iaitu (a) demografi responden, (b) perkembangan bahasa, (c)perkembangan kemahiran komunikasi, (d) perkembangan kemahiran kognitif, (e) kemahiran motor halus, (f) perkembangan kemahiran tingkah laku sosial. Soal selidik ini menggunakan skala likert 5 dan analisis data adalah menggunakan JAMOVI ver 2.3.28. Dapatan kajian bagi bahagian b iaitu perkembangan Bahasa menunjukkan bahawa peratusan responden bersetuju dengan item pertama (94.2%), item kedua (94.2%), item ketiga (96.1%), item keempat (97.1%), item kelima (97.1%) dan item keenam (94.3%). Dapatan kajian bagi bahagian c menunjukkan bahawa peratusan responden bersetuju dengan item pertama (89.3%), item kedua (90.3%), item ketiga (92.2%), item keempat (90.3%), item kelima (95.1%) dan item keenam (91.2%). Dapatan kajian bagi bahagian d menunjukkan bahawa peratusan responden bersetuju dengan item pertama (92.3%), item kedua (93.2%), item ketiga (95.2%), item keempat (97.0%), item kelima (96.2%) dan item keenam (94.2%). Dapatan kajian bagi bahagian e menunjukkan bahawa peratusan responden bersetuju dengan item pertama (91.3%), item kedua (95.2%), item ketiga (93.2%), item keempat (90.3%), item kelima (90.3%) dan item keenam (90.3%). Dapatan kajian bagi bahagian f menunjukkan bahawa peratusan responden bersetuju dengan item pertama (90.3%), item kedua (83.5%), item ketiga (88.4%), item keempat (88.4%), item kelima (89.3%) dan item keenam (89.3%). Hasil kajian mendapati bahawa terdapat hubungan yang positif antara penggunaan peranti digital dengan peningkatan fasih digital kanak-kanak, khususnya dalam aspek kemahiran asas seperti mengenali huruf dan nombor, menggunakan aplikasi pembelajaran interaktif serta memahami konsep asas teknologi. Kajian ini mencadangkan agar ibu bapa dan pendidik memainkan peranan penting dalam memantau dan mengurus masa penggunaan peranti digital serta memperkenalkan aplikasi pembelajaran yang sesuai bagi menyokong perkembangan kemahiran digital kanak-kanak dengan cara yang seimbang dan bertanggungjawab.
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Title: Menilai Tahap Pengaruh Peranti Digital Terhadap Perkembangan Kanak-kanak dalam Meningkatkan Fasih Digital bagi Kanak-kanak Berusia 5-6 Tahun
Description:
Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap pengaruh penggunaan peranti digital terhadap perkembangan kemahiran digital kanak-kanak berusia 5 hingga 6 tahun.
Seiring dengan perkembangan teknologi, peranti digital seperti tablet, telefon pintar dan komputer semakin banyak digunakan dalam kalangan kanak-kanak.
Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti pengaruh peranti digital terhadap perkembangan bahasa, kemahiran komunikasi, kemahiran kognitif, kemahiran motor halus dan tingkah laku sosial kanak-kanak dalam meningkatkan fasih digital bagi kanak-kanak berusia 5-6 tahun.
Reka bentuk kajian ini adalah kajian tinjauan dengan kaedah kuantitatif.
Sampel kajian adalah seramai 103 ibu bapa di sekitar kawasan Tanjong Malim.
Instrumen soal selidik digunakan yang mengandungi 6 bahagian iaitu (a) demografi responden, (b) perkembangan bahasa, (c)perkembangan kemahiran komunikasi, (d) perkembangan kemahiran kognitif, (e) kemahiran motor halus, (f) perkembangan kemahiran tingkah laku sosial.
Soal selidik ini menggunakan skala likert 5 dan analisis data adalah menggunakan JAMOVI ver 2.
3.
28.
Dapatan kajian bagi bahagian b iaitu perkembangan Bahasa menunjukkan bahawa peratusan responden bersetuju dengan item pertama (94.
2%), item kedua (94.
2%), item ketiga (96.
1%), item keempat (97.
1%), item kelima (97.
1%) dan item keenam (94.
3%).
Dapatan kajian bagi bahagian c menunjukkan bahawa peratusan responden bersetuju dengan item pertama (89.
3%), item kedua (90.
3%), item ketiga (92.
2%), item keempat (90.
3%), item kelima (95.
1%) dan item keenam (91.
2%).
Dapatan kajian bagi bahagian d menunjukkan bahawa peratusan responden bersetuju dengan item pertama (92.
3%), item kedua (93.
2%), item ketiga (95.
2%), item keempat (97.
0%), item kelima (96.
2%) dan item keenam (94.
2%).
Dapatan kajian bagi bahagian e menunjukkan bahawa peratusan responden bersetuju dengan item pertama (91.
3%), item kedua (95.
2%), item ketiga (93.
2%), item keempat (90.
3%), item kelima (90.
3%) dan item keenam (90.
3%).
Dapatan kajian bagi bahagian f menunjukkan bahawa peratusan responden bersetuju dengan item pertama (90.
3%), item kedua (83.
5%), item ketiga (88.
4%), item keempat (88.
4%), item kelima (89.
3%) dan item keenam (89.
3%).
Hasil kajian mendapati bahawa terdapat hubungan yang positif antara penggunaan peranti digital dengan peningkatan fasih digital kanak-kanak, khususnya dalam aspek kemahiran asas seperti mengenali huruf dan nombor, menggunakan aplikasi pembelajaran interaktif serta memahami konsep asas teknologi.
Kajian ini mencadangkan agar ibu bapa dan pendidik memainkan peranan penting dalam memantau dan mengurus masa penggunaan peranti digital serta memperkenalkan aplikasi pembelajaran yang sesuai bagi menyokong perkembangan kemahiran digital kanak-kanak dengan cara yang seimbang dan bertanggungjawab.

Related Results

Pergerakan Proses Lukisan Kanak-kanak dalam Lakaran Kasar Seni Visual
Pergerakan Proses Lukisan Kanak-kanak dalam Lakaran Kasar Seni Visual
Kajian membincangkan bidang seni visual semakin berkembang pada bidang penyelidikan kanak-kanak merujuk kepada hasil lukisan kanak-kanak. Hasil lukisan kanak-kanak tersebut menghas...
Mengenalpasti persepsi kanak-kanak tadika terhadap landskap persekitaran tadika NCDRC, UPSI
Mengenalpasti persepsi kanak-kanak tadika terhadap landskap persekitaran tadika NCDRC, UPSI
Persekitaran pembelajaran di luar kelas merupakan salah satu faktor utama dalam mempengaruhi perkembangan psikomotor kanak-kanak tadika. Perkembangan psikomotor kanak-kanak tadika ...
Peranan Guru dalam Pelaksanaan Aktiviti Seni Halus Kanak-kanak
Peranan Guru dalam Pelaksanaan Aktiviti Seni Halus Kanak-kanak
Kebergantungan kanak-kanak pada orang dewasa adalah perkara yang normal disebabkan mereka masih dalam fasa perkembangan dan pembentukan diri. Di sekolah, orang dewasa yang bersama ...
Garis panduan guru: Pelaksanaan amalan zikir bagi kanak-kanak bermasalah tingkah laku agresif Berpandukan kanak-kanak autisma
Garis panduan guru: Pelaksanaan amalan zikir bagi kanak-kanak bermasalah tingkah laku agresif Berpandukan kanak-kanak autisma
Jenayah dalam kalangan kanak-kanak patut dipandang serius kerana terdapat banyak laporan akhbar menunjukkan kanak-kanak di Malaysia sudah mula terjebak dalam jenayah-jenayah esktre...
Penggunaan gajet terhadap perkembangan kanak-kanak prasekolah
Penggunaan gajet terhadap perkembangan kanak-kanak prasekolah
Kajian ini bertujuan mengenal pasti penggunaan gajet terhadap perkembangan kanak-kanak prasekolah. Seramai 65 orang ibu bapa yang mempunyai anak berusia lima dan enam tahun telah m...
Pengaruh dan kesan lagu dalam pendidikan awal kanak-kanak: Kertas konsep
Pengaruh dan kesan lagu dalam pendidikan awal kanak-kanak: Kertas konsep
Kajian ini bertujuan adalah untuk menganalisis pengaruh, kesan dan kepentingan lagu dalam pendidikan, khususnya dalam konteks pendidikan awal kanak-kanak dan melihat bagaimana lagu...
Iptek bagi Masyarakat Taman Kanak-Kanak di Desa Kalitirto Kecamatan Berbah
Iptek bagi Masyarakat Taman Kanak-Kanak di Desa Kalitirto Kecamatan Berbah
<p>Berbah adalah kecamatan Sleman, Yogyakarta, yang memiliki 21 sekolah taman kanak-kanak sebagai pendidikan formal untuk anak-anak. Dua taman kanak-kanak telah mendapatkan a...

Back to Top