Javascript must be enabled to continue!
Adaptasi Metafora dalam menyampaikan makna melalui Kajian Visual bagi Karya Seni Kontemporari terpilih oleh Jalaini Abu Hassan Siri Pameran ‘Re-Found Object’ dalam Konteks Sosiobudaya
View through CrossRef
Objektif utama kajian penyelidikan ini adalah untuk mengkaji serta menganalisis karya terpilih Jalaini Abu Hassan dalam siri pameran “Re-Found Object” untuk membuat interpretasi makna daripada adaptasi penggunaan subjek metafora bagi konteks sosiobudaya melalui karya yang dihasilkan. Metafora dalam karya seni kontemporari merupakan satu kaedah komunikasi bahasa kiasan sebagai perlambangan bagi pengkarya seni dalam menyampaikan makna. Makna yang hendak disampaikan menjadi lebih dinamik dan komprehensif oleh pengkarya seni dengan melibatkan konteks kajian seni dan menggunakan metafora sebagai perlambangan pada karya. Penyelidikan kajian seni ini memberi fokus terhadap pemilihan dan penggunaan metafora oleh Jalaini Abu Hassan dalam setiap karya visual yang memperlihatkan keupayaan kreatif menyampaikan makna untuk menjelaskan perhubungan sesuatu ideologi pemikiran terhadap keberkesanan konteks sosiobudaya dalam bentuk yang lebih jelas. Penulisan ini memberi tumpuan terhadap kaedah kajian kualitatif dengan mengumpul data maklumat terhadap kajian visual karya seni kontemporari yang dipilih dalam siri pameran “Re-Found Object” oleh Jalaini Abu Hassan. Pendekatan kajian kualitatif ini menekankan penjelasan yang besifat deskriptif secara terperinci dengan menghubungkan pelbagai sumber seperti kajian literatur dan dokumentasi sehingga kepada peringkat analisis dalam membuat interpretasi makna bagi adaptasi visual subjek metafora dalam konteks sosiobudaya. Dapatan kajian penulisan ini akan memberi tumpuan terhadap visual subjek metafora dalam karya seni yang dipilih melalui kajian konteks untuk membuat analisis dan interpretasi makna dengan lebih jelas. Penggunaan subjek metafora sebagai lambang naratif penceritaan dalam menyampaikan makna sesuatu pemikiran ideologi yang melibatkan konteks sosiobudaya dapat dilihat dan dianalisis dengan lebih jelas. Kecenderungan pemilihan subjek metafora pada karya Jalaini Abu Hassan dapat difahami dengan jelas apabila dikaitkan dengan naratif konteks sosiobudaya yang hendak dipamerkan disebabkan oleh ciri perlambangan metafora yang memberi justifikasi secara terperinci terhadap peranan subjek tersebut dalam menyampaikan makna.
Title: Adaptasi Metafora dalam menyampaikan makna melalui Kajian Visual bagi Karya Seni Kontemporari terpilih oleh Jalaini Abu Hassan Siri Pameran ‘Re-Found Object’ dalam Konteks Sosiobudaya
Description:
Objektif utama kajian penyelidikan ini adalah untuk mengkaji serta menganalisis karya terpilih Jalaini Abu Hassan dalam siri pameran “Re-Found Object” untuk membuat interpretasi makna daripada adaptasi penggunaan subjek metafora bagi konteks sosiobudaya melalui karya yang dihasilkan.
Metafora dalam karya seni kontemporari merupakan satu kaedah komunikasi bahasa kiasan sebagai perlambangan bagi pengkarya seni dalam menyampaikan makna.
Makna yang hendak disampaikan menjadi lebih dinamik dan komprehensif oleh pengkarya seni dengan melibatkan konteks kajian seni dan menggunakan metafora sebagai perlambangan pada karya.
Penyelidikan kajian seni ini memberi fokus terhadap pemilihan dan penggunaan metafora oleh Jalaini Abu Hassan dalam setiap karya visual yang memperlihatkan keupayaan kreatif menyampaikan makna untuk menjelaskan perhubungan sesuatu ideologi pemikiran terhadap keberkesanan konteks sosiobudaya dalam bentuk yang lebih jelas.
Penulisan ini memberi tumpuan terhadap kaedah kajian kualitatif dengan mengumpul data maklumat terhadap kajian visual karya seni kontemporari yang dipilih dalam siri pameran “Re-Found Object” oleh Jalaini Abu Hassan.
Pendekatan kajian kualitatif ini menekankan penjelasan yang besifat deskriptif secara terperinci dengan menghubungkan pelbagai sumber seperti kajian literatur dan dokumentasi sehingga kepada peringkat analisis dalam membuat interpretasi makna bagi adaptasi visual subjek metafora dalam konteks sosiobudaya.
Dapatan kajian penulisan ini akan memberi tumpuan terhadap visual subjek metafora dalam karya seni yang dipilih melalui kajian konteks untuk membuat analisis dan interpretasi makna dengan lebih jelas.
Penggunaan subjek metafora sebagai lambang naratif penceritaan dalam menyampaikan makna sesuatu pemikiran ideologi yang melibatkan konteks sosiobudaya dapat dilihat dan dianalisis dengan lebih jelas.
Kecenderungan pemilihan subjek metafora pada karya Jalaini Abu Hassan dapat difahami dengan jelas apabila dikaitkan dengan naratif konteks sosiobudaya yang hendak dipamerkan disebabkan oleh ciri perlambangan metafora yang memberi justifikasi secara terperinci terhadap peranan subjek tersebut dalam menyampaikan makna.
Related Results
Apreasasi karya nasionalisme seni moden Malaysia dalam Pameran Seni Negaraku 2017, Balai Seni Visual Negara, Kuala Lumpur
Apreasasi karya nasionalisme seni moden Malaysia dalam Pameran Seni Negaraku 2017, Balai Seni Visual Negara, Kuala Lumpur
Kajian ini dibuat sempena pameran Negaraku 2017 di Balai Seni Visual Negara, Kuala Lumpur. Karya yang dipilih dalam pameran ini berbentuk nasionalisme mengupas tentang apreasasi ka...
Seni cetak masa kini di Malaysia: tinjauan umum menerusi pameran-pameran berkumpulan
Seni cetak masa kini di Malaysia: tinjauan umum menerusi pameran-pameran berkumpulan
Seni cetak adalah salah satu disiplin dalam seni halus yang mempunyai nilai estetikanya yang tersendiri sama seperti seni visual yang lain. Namun begitu, ia kurang diberi perhatian...
Pengaruh Warisan Budaya Lokal dalam Karya Seni Visual Kontemporari Seniman Generasi Muda di Malaysia
Pengaruh Warisan Budaya Lokal dalam Karya Seni Visual Kontemporari Seniman Generasi Muda di Malaysia
Kajian ini bertujuan untuk mendekati, memahami dan menjelaskan pengaruh warisan budaya local dalam karya seni visual kontemporari di Malaysia yang telah diciptakan oleh para senima...
Manifestasi Metafora Melayu terkini: Isu dan Trend dalam Catan Kontemporari Malaysia
Manifestasi Metafora Melayu terkini: Isu dan Trend dalam Catan Kontemporari Malaysia
Tafsiran istilah metafora adalah sinonim dengan domain pengunaannya di dalam tradisi lisan dan penulisan petikan teks menerusi falsafah dan budaya gaya bahasa alam melayu. Perihal ...
Eksperimentasi tanah liat habu sebagai refleksi kreatif seni seramik kontemporari
Eksperimentasi tanah liat habu sebagai refleksi kreatif seni seramik kontemporari
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kebolehgunaan mendakanTapak PelupusanHabu sebagai refleksi kreatif seni seramik kontemporari. Kaedah ekspirementasi secara studio praktis...
Kecemasan, Kesepian dan Persepsi terhadap Perkawinan Siri
Kecemasan, Kesepian dan Persepsi terhadap Perkawinan Siri
Abstract— Perceptions of the siri marriage is purpose to a form of marriage that is secretly and undocumented, which is involving cognitive and affective aspects. The factors that ...
PERANAN UTAMA PARTISIPASI PENONTON DALAM SENI KONTEMPORARI
PERANAN UTAMA PARTISIPASI PENONTON DALAM SENI KONTEMPORARI
ABSTRAK
Artis mencari tempat pameran yang asing dan interaktif untuk mempamerkan karya mereka selari dengan pertumbuhan seni kontemporari pada tahun 1950-an. Penonton seni yang ber...
METAFORA DALAM KEBUDAYAAN ISLAM MELAYU SUMATERA SELATAN
METAFORA DALAM KEBUDAYAAN ISLAM MELAYU SUMATERA SELATAN
Metafora dalam sastra lisan merupakan bagian khazanah kekayaan kebudayaan masyarakat Melayu Islam Sumatera Selatan. Beragam bentuk sastra lisan masyarakat Melayu Sumatera Selatan m...

