Javascript must be enabled to continue!
Penempatan Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) Di Kolej Komuniti
View through CrossRef
Kemasukan pelajar ke Kolej Komuniti memerlukan pihak kolej menyediakan keperluan yang mesra OKU untuk memudahkan mereka mengikuti pembelajaran mereka. Objektif kajian ini ialah mengetahui sokongan yang disediakan di kolej komuniti kepada pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) dan mengenalpasti kemudahan prasarana fizikal yang di sediakan kepada pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) di dua buah kolej komuniti. Kajian ini dijalanlan secara kualitatif dengan menggunakan kaedah kajian kes sebagai reka bentuk kajian. Data dikumpul adalah melalui teknik temu bual tidak berstruktur dan menggunakan kaedah tematik untuk menganalisis dapatan kajian. Responden adalah terdiri daripada empat orang pensyarah kolej Komuniti dan dua orang pelajar OKU di kedua-dua Kolej Komuniti tersebut. Soalan temu bual diadaptasi daripada kajian oleh Hasnah et al. (2009). Dapatan kajian menunjukkan kolej komuniti memberi sokongan kepada pelajar OKU di kolej mereka dari segi penerimaan rakan, penerimaan pensyarah dan penerimaan staf sokongan. Dapatan kajian prasarana di kolej komuniti menunjukkan terdapat semua kemudahan prasarana di kolej komuniti A, Selangor namun tidak terdapat prasarana di kolej komuniti B, Pahang, contohnya tandas mesra OKU, lift, bilik kuliah, tempat letak kenderaan OKU. Oleh itu, Kementerian Pengajian Tinggi perlu memastikan kemudahan-kemudahan asas untuk golongan OKU di semua kolej Komuniti disediakan sewajarnya agar membantu pelajar menjalani sesi pembelajaran dengan lebih fleksible. Maklumat yang diperoleh dari kajian ini juga dapat meningkatkan kemudahan sedia ada pada masa hadapan dengan harapan kemudahan tersebut dapat diekses untuk membantu mereka untuk hidup lebih berdikari.
Title: Penempatan Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) Di Kolej Komuniti
Description:
Kemasukan pelajar ke Kolej Komuniti memerlukan pihak kolej menyediakan keperluan yang mesra OKU untuk memudahkan mereka mengikuti pembelajaran mereka.
Objektif kajian ini ialah mengetahui sokongan yang disediakan di kolej komuniti kepada pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) dan mengenalpasti kemudahan prasarana fizikal yang di sediakan kepada pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) di dua buah kolej komuniti.
Kajian ini dijalanlan secara kualitatif dengan menggunakan kaedah kajian kes sebagai reka bentuk kajian.
Data dikumpul adalah melalui teknik temu bual tidak berstruktur dan menggunakan kaedah tematik untuk menganalisis dapatan kajian.
Responden adalah terdiri daripada empat orang pensyarah kolej Komuniti dan dua orang pelajar OKU di kedua-dua Kolej Komuniti tersebut.
Soalan temu bual diadaptasi daripada kajian oleh Hasnah et al.
(2009).
Dapatan kajian menunjukkan kolej komuniti memberi sokongan kepada pelajar OKU di kolej mereka dari segi penerimaan rakan, penerimaan pensyarah dan penerimaan staf sokongan.
Dapatan kajian prasarana di kolej komuniti menunjukkan terdapat semua kemudahan prasarana di kolej komuniti A, Selangor namun tidak terdapat prasarana di kolej komuniti B, Pahang, contohnya tandas mesra OKU, lift, bilik kuliah, tempat letak kenderaan OKU.
Oleh itu, Kementerian Pengajian Tinggi perlu memastikan kemudahan-kemudahan asas untuk golongan OKU di semua kolej Komuniti disediakan sewajarnya agar membantu pelajar menjalani sesi pembelajaran dengan lebih fleksible.
Maklumat yang diperoleh dari kajian ini juga dapat meningkatkan kemudahan sedia ada pada masa hadapan dengan harapan kemudahan tersebut dapat diekses untuk membantu mereka untuk hidup lebih berdikari.
Related Results
Oku Okut Derneği Faaliyet Raporu-2021
Oku Okut Derneği Faaliyet Raporu-2021
Öğrencilerin okuma becerilerini geliştirmek ve topluma okuma alışkanlığı kazandırmak amacıyla projeler üretmeyi ve bu alanda ücretsiz hizmet sunmayı görev edinen Oku Okut Derneği, ...
Persepsi Pelajar Sijil Operasi Perhotelan Terhadap Perlaksanaan Program Alumni di Kolej Komuniti
Persepsi Pelajar Sijil Operasi Perhotelan Terhadap Perlaksanaan Program Alumni di Kolej Komuniti
Alumni Kolej Komuniti yang berjaya wajar dijadikan contoh oleh pelajar lain. Penglibatan alumni melalui kepakaran dalam bidang berkaitan profesion mereka sangat penting dalam pemba...
Pendidikan Islam Pemangkin Modal Insan OKU Muslim
Pendidikan Islam Pemangkin Modal Insan OKU Muslim
A balanced human capital from physical and spiritual aspects are the most important asset in the development of a country. Formerly the People with Disabilities (OKU) were consider...
Prinsip Pelancongan Berteraskan Komuniti dari Perspektif Islam
Prinsip Pelancongan Berteraskan Komuniti dari Perspektif Islam
Pelancongan Berteraskan Komuniti yang melibatkan komuniti setempat secara langsung dalam semua projek pembangunan di sesebuah kawasan yang terbabit merupakan salah satu daripada ca...
Pandemik COVID-19: Isu Penggunaan ICT Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Bagi Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) di Institusi Pendidikan Khas di Malaysia
Pandemik COVID-19: Isu Penggunaan ICT Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Bagi Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) di Institusi Pendidikan Khas di Malaysia
Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) pada masa kini semakin mendapat tempat di setiap sektor di Malaysia. Kepesatan pembangunan telah menjadikan ICT itu satu keperlua...
Penguasaan bahasa melayu pelajar asing di universiti malaya: analisis faktor jantina dan tahap pengajian
Penguasaan bahasa melayu pelajar asing di universiti malaya: analisis faktor jantina dan tahap pengajian
ABSTRAK Kajian penguasaan bahasa Melayu terhadap faktor jantina dan tahap pengajian pelajar asing di universiti masih kurang kerana banyak kajian yang dilakukan lebih tertumpu kepa...
Penghayatan Al-Quran Dan Sunnah Dalam Pendidikan Orang Kurang Upaya (OKU) Kategori Masalah Penglihatan
Penghayatan Al-Quran Dan Sunnah Dalam Pendidikan Orang Kurang Upaya (OKU) Kategori Masalah Penglihatan
Kajian ini bertujuan untuk menggali penghayatan Al-Quran dan Sunnah dalam konteks pendidikan bagi orang kurang upaya (OKU) kategori masalah penglihatan. Pendidikan bagi OKU kategor...
PERSEPSI, KEFAHAMAN DAN SIKAP PELAJAR TERHADAP KOSWER MULTIMEDIA BAGI TOPIK JADUAL BERKALA: SUATU TINJAUAN
PERSEPSI, KEFAHAMAN DAN SIKAP PELAJAR TERHADAP KOSWER MULTIMEDIA BAGI TOPIK JADUAL BERKALA: SUATU TINJAUAN
Penggunaan koswer multimedia dalam pembelajaran diperkenalkan sebagai salah satu pendekatan dalam usaha meningkatkan pencapaian para pelajar dalam matapelajaran Kimia ke arah pembe...


