Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Persepsi Pelajar Sijil Operasi Perhotelan Terhadap Perlaksanaan Program Alumni di Kolej Komuniti

View through CrossRef
Alumni Kolej Komuniti yang berjaya wajar dijadikan contoh oleh pelajar lain. Penglibatan alumni melalui kepakaran dalam bidang berkaitan profesion mereka sangat penting dalam pembangunan program-program pengajian di kolej komuniti yang merupakan sebuah institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional Malaysia (TVET). Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan program bersama alumni di kolej komuniti bagi membantu pelajar dalam aspek pengetahuan, peningkatan keyakinan diri serta berdaya saing apabila menempuh dunia pekerjaan. Data dianalisis menggunakan perisian Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS) versi 26 dan ia dinyatakan dalam bentuk analisis deskriptif. Kajian mendapati purata nilai skor tertinggi bagi keberkesanan program ialah 4.58. Aspek kandungan program menunjukkan bahawa skor nilai purata kedua tertinggi sebanyak 4.50. Daripada dapatan analisis pemilihan hala tuju pelajar selepas tamat pengajian, item “menyambung pengajian” mendapat skor tertinggi dan ini bermakna pelajar telah pun menetapkan hala tuju mereka untuk menyambung pengajian ke peringkat diploma selepas tamat pengajian di Kolej Komuniti. Kesimpulannya, program bersama alumni ini didapati berkesan berdasarkan persepsi responden terhadap aspek kandungan, keberkesanan program serta penentuan hala tuju selepas tamat pengajian.
Title: Persepsi Pelajar Sijil Operasi Perhotelan Terhadap Perlaksanaan Program Alumni di Kolej Komuniti
Description:
Alumni Kolej Komuniti yang berjaya wajar dijadikan contoh oleh pelajar lain.
Penglibatan alumni melalui kepakaran dalam bidang berkaitan profesion mereka sangat penting dalam pembangunan program-program pengajian di kolej komuniti yang merupakan sebuah institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional Malaysia (TVET).
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan program bersama alumni di kolej komuniti bagi membantu pelajar dalam aspek pengetahuan, peningkatan keyakinan diri serta berdaya saing apabila menempuh dunia pekerjaan.
Data dianalisis menggunakan perisian Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS) versi 26 dan ia dinyatakan dalam bentuk analisis deskriptif.
Kajian mendapati purata nilai skor tertinggi bagi keberkesanan program ialah 4.
58.
Aspek kandungan program menunjukkan bahawa skor nilai purata kedua tertinggi sebanyak 4.
50.
Daripada dapatan analisis pemilihan hala tuju pelajar selepas tamat pengajian, item “menyambung pengajian” mendapat skor tertinggi dan ini bermakna pelajar telah pun menetapkan hala tuju mereka untuk menyambung pengajian ke peringkat diploma selepas tamat pengajian di Kolej Komuniti.
Kesimpulannya, program bersama alumni ini didapati berkesan berdasarkan persepsi responden terhadap aspek kandungan, keberkesanan program serta penentuan hala tuju selepas tamat pengajian.

Related Results

Penempatan Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) Di Kolej Komuniti
Penempatan Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) Di Kolej Komuniti
Kemasukan pelajar ke Kolej Komuniti memerlukan pihak kolej menyediakan keperluan yang mesra OKU untuk memudahkan mereka mengikuti pembelajaran mereka. Objektif kajian ini ialah me...
Pengembangan Sistem Informasi Portal Alumni dengan Tracer Study dan Survey Pengguna Alumni Universitas Atma Jaya Yogyakarta
Pengembangan Sistem Informasi Portal Alumni dengan Tracer Study dan Survey Pengguna Alumni Universitas Atma Jaya Yogyakarta
Abstract. The role of alumni is very important for the education institution. One of the indicators of the quality of a college is the quality of alumni. Because of the importance ...
KESEDARAN KOMUNITI TERHADAP PENYALAHGUNAAN DADAH DI SABAH: PEMBERDAYAAN KOMUNITI
KESEDARAN KOMUNITI TERHADAP PENYALAHGUNAAN DADAH DI SABAH: PEMBERDAYAAN KOMUNITI
Community Empowerment adalah salah satu strategi utama Kempen Perangi Dadah Habis-Habisan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). Ia adalah satu agenda untuk merekayasa komuniti b...
ADAPTASI PELAJAR BAHARU DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI
ADAPTASI PELAJAR BAHARU DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI
Penyesuaian pelajar baharu di institusi pengajian tinggi kini berada di tahap yang membimbangkan. Ramai antara mereka yang gagal mengikuti pengajian di universiti kerana gagal dala...
PERAN PENGALAMAN ON THE JOB TRAINING DALAM MEMPERKUAT KESIAPAN KERJA MAHASISWA DIPLOMA TIGA PERHOTELAN
PERAN PENGALAMAN ON THE JOB TRAINING DALAM MEMPERKUAT KESIAPAN KERJA MAHASISWA DIPLOMA TIGA PERHOTELAN
Era globalisasi dan persaingan teknologi industri merupakan dua hal yang sangat berkaitan dengan dunia pariwisata dan perhotelan saat ini. Perkembangan industri perhotelan di era g...
Development of 'Ruang Alumni' Information System Based on Web
Development of 'Ruang Alumni' Information System Based on Web
Alumni are graduates of a school, college, or university. As at Private University in Jakarta, every year there are new alumni. After graduating from college, Alumni are usually bu...
PERAN ALUMNI PRODI PENGEMBANGAN MASYARAKAT ISLAM (PMI) SEBAGAI KONSULTAN PENGEMBANGAN MASYARAKAT MELALUI BUM-Nag
PERAN ALUMNI PRODI PENGEMBANGAN MASYARAKAT ISLAM (PMI) SEBAGAI KONSULTAN PENGEMBANGAN MASYARAKAT MELALUI BUM-Nag
AbstrakPeran alumni sangat dibutuhkan untuk berdedikasi membangun masyarakat. Khususnya Alumni Prodi PMI memiliki tanggung jawab sosial untuk melakukan aksi inovasi dalam memberday...
TRACER STUDY TOLOK UKUR KUALIFIKASI MADRASAH
TRACER STUDY TOLOK UKUR KUALIFIKASI MADRASAH
The purpose of this research is to find out; the implementation, function, and management objectives of the alumni empowerment strategy through tracer study activities and their ev...

Back to Top