Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Pendidikan Inklusif Semasa Krisis COVID-19: Persepsi Guru Terhadap Pelaksanaannya untuk Murid Berkeperluan Khas Pendengaran

View through CrossRef
Kehadiran pandemik COVID-19 ini membawa kepada peningkatan pelbagai ketidaksamarataan di dalam sektor pendidikan bagi individu kurang upaya. Murid bermasalah pendengaran yang mendapatkan pendidikan inklusif terutamanya adalah lebih berisiko dikecualikan daripada mendapatkan pendidikan sama rata disebabkan oleh halangan yang wujud semasa pandemik ini. Kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam talian semasa fasa pandemik yang dilihat sebagai alternatif bagi pendidikan yang berterusan, mempunyai isu yang tersendiri daripada segi aksesibilitinya yang terhad dan tidak sama rata. Tambahan pula, polisi-polisi yang berkaitan pengawalan penularan wabak COVID-19 seperti penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka juga mengubah sedikit sebanyak lanskap pembelajaran bagi Murid Berkeperluan Khas Pendengaran (MBKP) pasca pandemik. Sebuah kajian telah dijalankan di dua buah sekolah rendah, melibatkan temubual dengan guru inklusif yang terdiri daripada dua orang guru penolong kanan khas, dua orang guru pendidikan khas pendengaran dan dua orang guru aliran perdana di negeri Perak, dan menjawab persoalan kajian: ‘Apakah persepsi guru inklusif terhadap pelaksanaan pendidikan inklusif MBKP pada era COVID-19?’. Hasil kajian mendapati persepsi guru inklusif terhadap pelaksanaan pendidikan inklusif dalam situasi COVID-19 ini berkait rapat dengan: i) pengetahuan dan pengalaman guru inklusif, ii) peranan dan tanggungjawab guru inklusif, iii) penerimaan guru inklusif terhadap pelaksanaan pendidikan inklusif dan iv) sokongan dan bantuan yang diterima guru inklusif. Kajian ini turut membincangkan bagaimana setiap aspek yang dikenalpasti tersebut terkait di antara satu sama lain dan bagaimana ia memberi implikasi kepada proses pengajaran dan pembelajaran inklusif MBKP.
Title: Pendidikan Inklusif Semasa Krisis COVID-19: Persepsi Guru Terhadap Pelaksanaannya untuk Murid Berkeperluan Khas Pendengaran
Description:
Kehadiran pandemik COVID-19 ini membawa kepada peningkatan pelbagai ketidaksamarataan di dalam sektor pendidikan bagi individu kurang upaya.
Murid bermasalah pendengaran yang mendapatkan pendidikan inklusif terutamanya adalah lebih berisiko dikecualikan daripada mendapatkan pendidikan sama rata disebabkan oleh halangan yang wujud semasa pandemik ini.
Kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam talian semasa fasa pandemik yang dilihat sebagai alternatif bagi pendidikan yang berterusan, mempunyai isu yang tersendiri daripada segi aksesibilitinya yang terhad dan tidak sama rata.
Tambahan pula, polisi-polisi yang berkaitan pengawalan penularan wabak COVID-19 seperti penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka juga mengubah sedikit sebanyak lanskap pembelajaran bagi Murid Berkeperluan Khas Pendengaran (MBKP) pasca pandemik.
Sebuah kajian telah dijalankan di dua buah sekolah rendah, melibatkan temubual dengan guru inklusif yang terdiri daripada dua orang guru penolong kanan khas, dua orang guru pendidikan khas pendengaran dan dua orang guru aliran perdana di negeri Perak, dan menjawab persoalan kajian: ‘Apakah persepsi guru inklusif terhadap pelaksanaan pendidikan inklusif MBKP pada era COVID-19?’.
Hasil kajian mendapati persepsi guru inklusif terhadap pelaksanaan pendidikan inklusif dalam situasi COVID-19 ini berkait rapat dengan: i) pengetahuan dan pengalaman guru inklusif, ii) peranan dan tanggungjawab guru inklusif, iii) penerimaan guru inklusif terhadap pelaksanaan pendidikan inklusif dan iv) sokongan dan bantuan yang diterima guru inklusif.
Kajian ini turut membincangkan bagaimana setiap aspek yang dikenalpasti tersebut terkait di antara satu sama lain dan bagaimana ia memberi implikasi kepada proses pengajaran dan pembelajaran inklusif MBKP.

Related Results

Pengetahuan Guru Prasekolah Mengenai Murid Berkeperluan Pendidikan Khas
Pengetahuan Guru Prasekolah Mengenai Murid Berkeperluan Pendidikan Khas
Pendidikan prasekolah merupakan pendidikan asas untuk semua individu termasuk murid-murid berkeperluan pendidikan khas. Oleh itu, pengetahuan guru prasekolah merupakan antara aspek...
Pengaplikasian Permainan ‘JeWo’ Dalam Meningkatkan Kemahiran Membaca Suku Kata Terbuka KV + KV Murid Berkeperluan Pendidikan Khas
Pengaplikasian Permainan ‘JeWo’ Dalam Meningkatkan Kemahiran Membaca Suku Kata Terbuka KV + KV Murid Berkeperluan Pendidikan Khas
Keupayaan membaca bagi murid-murid berkeperluan khas dipengaruhi oleh keupayaan murid itu sendiri. Kekeliruan dalam pengamatan bahasa sedikit sebanyak mempengaruhi emosi, pengalama...
PROFIL GANGGUAN PENDENGARAN PADA PEMUSIK DI KOTA MANADO
PROFIL GANGGUAN PENDENGARAN PADA PEMUSIK DI KOTA MANADO
Abstract: Hearing loss due to noise (Noise Induced Hearing Loss - NIHL) is hearing impairment, either part or all, loss, irreversible, occur in one or both ears, can be mild, moder...
Pendidikan Islam bagi Kanak-Kanak Berkeperluan Khas: Guru sebagai Murabbi
Pendidikan Islam bagi Kanak-Kanak Berkeperluan Khas: Guru sebagai Murabbi
Children with special needs are responsible in playing their role as servant and caliph of Allah. Therefore, Islamic Education teachers are highly accountable in educating and guid...
Keefektifan Media Literasi Visual Terhadap Menulis Teks Cerita Pendek Pada Murid Kelas IV PTF SDN Labuang Baji Ii Makassar
Keefektifan Media Literasi Visual Terhadap Menulis Teks Cerita Pendek Pada Murid Kelas IV PTF SDN Labuang Baji Ii Makassar
Penelitian ini bertujuan melihat keefektifan media literasi visual dalam menulis teks cerita pendek. Target penelitian ini adalah untuk menemukan masalah terhadap kondisi murid yan...
Cabaran Pengajaran Digital Secara Maya Dan Kesediaan Murid Pasca Covid 19
Cabaran Pengajaran Digital Secara Maya Dan Kesediaan Murid Pasca Covid 19
Covid 19 merupakan virus baharu yang mula menjadi wabak di awal tahun 2020 telah memberi kesan besar kepada proses pengajaran dan pembelajaran norma baharu. Justeru, kajian ini dij...
Pelaksanaan Program Pendidikan Khas Integrasi di Sekolah Rendah Swasta
Pelaksanaan Program Pendidikan Khas Integrasi di Sekolah Rendah Swasta
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) merupakan program yang disediakan khas untuk Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) dengan akses pendidikan selaras dengan Pelan Pembang...
Kesejahteraan Minda Guru Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Masalah Pembelajaran
Kesejahteraan Minda Guru Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Masalah Pembelajaran
Guru merupakan tunjang penting dalam mendidik dan membentuk ahklak dan sahsiah anak murid. Kesejahteraan minda guru pendidikan khas sering terpengaruh terutamanya semasa berdepan d...

Back to Top