Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Falsafah Pembangunan Negara Zikir Memperteguh Stabiliti Konsep Melayu Islam Beraja

View through CrossRef
Negara-negara dunia hari ini saling bersaing dan berlumba-lumba untuk meletakkan kedudukan negara masing-masing dalam kelompok negara maju yang mencapai indeks terbaik dalam aspek pembangunan, perindustrian, perekonomian, kesihatan, keselamatan, pendidikan dan sebagainya. Dalam keterujaan negara-negara dunia bergerak dan mengejar beberapa pencapaian global, Negara Brunei Darussalam pula, berhasrat menjadikan bentuk dan lanskap negaranya menjadi sebuah Negara Zikir yang merupakan cetusan idea Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Daruusalam, sekali gus menunjukkan kebitaraan Baginda dalam menerajui Negara Brunei Darussalam. Negara Zikir bukan bermakna mengenepikan pembangunan zahir tetapi hakikatnya mengutamakan serta mendahulukan tuntutan Allah Subhānahu wa Ta’ālā dalam setiap pembangunan yang dilaksanakan sama ada yang bersifat fizikal, material dan spiritual. Justeru artikel ini mengupas mengenai falsafah pembangunan Negara Zikir yang dilihat sejajar dengan prinsip Islam, yang selayaknya diaplikasikan di dalam sebuah negara yang mengangkat Islam sebagai agama kebangsaan. Kupasannya menggunakan pendekatan kualitatif dengan bersandarkan kepada kaedah deskriptif dalam memperolehi hasil maklumat mengenai perbahasan di dalamnya. Sesungguhnya dalam merealisasikan Negara Brunei Darussalam mencapai status Negara Zikir, maka setiap inci pembangunan yang disusun, diusaha dan dilaksanakan di Negara Brunei Darussalam hendaklah bermatlamatkan semata-mata untuk mendapatkan mardhatillah atau meraih keredhaan Allah Subhānahu wa Ta’ālā. Negara Zikir bukan bermakna satu pendekatan atau mekanisme baharu tetapi ia lebih bersifat kepada memperteguh stabiliti konsep Melayu Islam Beraja yang menjadi dasar pembangunan Negara Brunei Darussalam pada saat pengisytiharan kemerdekaan, malah telah diaplikasikan sejak pembinaan Institusi kesultanan Brunei lagi.
Title: Falsafah Pembangunan Negara Zikir Memperteguh Stabiliti Konsep Melayu Islam Beraja
Description:
Negara-negara dunia hari ini saling bersaing dan berlumba-lumba untuk meletakkan kedudukan negara masing-masing dalam kelompok negara maju yang mencapai indeks terbaik dalam aspek pembangunan, perindustrian, perekonomian, kesihatan, keselamatan, pendidikan dan sebagainya.
Dalam keterujaan negara-negara dunia bergerak dan mengejar beberapa pencapaian global, Negara Brunei Darussalam pula, berhasrat menjadikan bentuk dan lanskap negaranya menjadi sebuah Negara Zikir yang merupakan cetusan idea Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Daruusalam, sekali gus menunjukkan kebitaraan Baginda dalam menerajui Negara Brunei Darussalam.
Negara Zikir bukan bermakna mengenepikan pembangunan zahir tetapi hakikatnya mengutamakan serta mendahulukan tuntutan Allah Subhānahu wa Ta’ālā dalam setiap pembangunan yang dilaksanakan sama ada yang bersifat fizikal, material dan spiritual.
Justeru artikel ini mengupas mengenai falsafah pembangunan Negara Zikir yang dilihat sejajar dengan prinsip Islam, yang selayaknya diaplikasikan di dalam sebuah negara yang mengangkat Islam sebagai agama kebangsaan.
Kupasannya menggunakan pendekatan kualitatif dengan bersandarkan kepada kaedah deskriptif dalam memperolehi hasil maklumat mengenai perbahasan di dalamnya.
Sesungguhnya dalam merealisasikan Negara Brunei Darussalam mencapai status Negara Zikir, maka setiap inci pembangunan yang disusun, diusaha dan dilaksanakan di Negara Brunei Darussalam hendaklah bermatlamatkan semata-mata untuk mendapatkan mardhatillah atau meraih keredhaan Allah Subhānahu wa Ta’ālā.
Negara Zikir bukan bermakna satu pendekatan atau mekanisme baharu tetapi ia lebih bersifat kepada memperteguh stabiliti konsep Melayu Islam Beraja yang menjadi dasar pembangunan Negara Brunei Darussalam pada saat pengisytiharan kemerdekaan, malah telah diaplikasikan sejak pembinaan Institusi kesultanan Brunei lagi.

Related Results

Barakah dalam Konteks Negara Zikir ke Arah Baldah Tayyibah Wa Rabb Ghafur
Barakah dalam Konteks Negara Zikir ke Arah Baldah Tayyibah Wa Rabb Ghafur
The Zikir state is an image and a clear reflection of a nation that upholds the teachings of Islam as a reference to al-Quran and al-Sunnah and adheres to the faith of Sunnah Wal J...
Falsafah Melayu Islam Beraja (MIB) Beracuankan Islam Melalui Teori ‘Umran
Falsafah Melayu Islam Beraja (MIB) Beracuankan Islam Melalui Teori ‘Umran
Falsafah Melayu Islam Beraja (MIB) diistyihar dan dimasyhurkan sebagai konsep aspirasi nasional yang unik, dinamik, progresif dan bersepadu yang dengan jelas menunjukkan bahawa Mel...
tugas resume hukum tata negara
tugas resume hukum tata negara
Hukum tata Negara dapar diartikan dalam arti sempit maupun dalam arti luas. Secara arti sempit hukum tata negara dapat diartikan hukum yang mengatur organisasi negra sedangkan dala...
tugas hukum tata negara
tugas hukum tata negara
Tujuan Hukum Tata Negara yang di simpulkan beberapa definisi di atas,bahwa hukum HTN mengkaji beberapa aspek krusial,yakni Negara/ organ Negara,hubungan antara organ/lembaga Negara...
ANISHA-HTN
ANISHA-HTN
NAMA:ANISHANIM :10200120233KELAS :HTN-FMATA KULIAH:HUKUM TATA NEGARAHUKUM TATA NEGARAA.Pengertian Hukum tata Negara pada dasarnya adalah hukum yang mengatur organisasi kek...
Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah dalam Kalangan Etnik Luar Bandar Terhadap Bahasa Melayu
Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah dalam Kalangan Etnik Luar Bandar Terhadap Bahasa Melayu
Sikap dan motivasi dalam kalangan etnik di luar bandar terhadap bahasa Melayu akan mempengaruhi penguasaan bahasa tersebut.walaupun bahasa Melayu telah digunakan secara meluas ole...
Tipe Negara Yunani Purba
Tipe Negara Yunani Purba
Tipe Negara Yunani Purba=>Tipe negara ialah suatu penggolongan negara yang tidak mempunyai batas-batas yang tegas. Ini berbeda dengan klasifikasi negara atas bentuk-bentuk t...

Back to Top