Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Pandangan Pengundi terhadap Slogan “Malaysia Madani” dalam Pilihan Raya Negeri 2023

View through CrossRef
Setiap pemimpin yang memimpin negara kebiasaannya akan memperkenalkan slogan masing-masing untuk dijadikan sebagai satu kerangka pemikiran besar yang akan dijadikan template dalam melaksanakan dasar pemerintahan negara. Setelah tiga bulan dilantik menjadi Perdana Menteri ke-10, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah memperkenalkan motto pemerintahannya iaitu Membangun Malaysia Madani pada 19 Januari 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Pelbagai reaksi timbul daripada pengenalan slogan tersebut sama ada positif mahupun negatif. Justeru, artikel ini membincangkan pandangan pengundi terhadap slogan “Malaysia Madani” dalam Pilihan Raya Negeri 2023. Kajian ini mengadaptasikan kaedah kuantitatif iaitu soal selidik di lapangan, temu bual dan juga kaedah kualitatif iaitu rujukan maklumat sekunder iaitu artikel jurnal, bahan persidangan/seminar dan buku akademik yang berkaitan. Hasil kajian mendapati bahawa majoriti responden pernah dengar istilah ‘Malaysia Madani’ namun mereka tidak faham sepenuhnya slogan tersebut. Meskipun istilah tersebut telah lama disebut PMX iaitu pada tahun 1995 yang lalu namun istilah tersebut tidak mendapat liputan meluas media dan orang ramai. Secara keseluruhannya, pengundi ketika PRN 2023 dapat menerima atau bersetuju dengan istilah Malaysia Madani yang mempunyai nilai hidup yang baik. Meskipun mereka bersetuju dengan istilah dan nilai baik tersebut namun soal sokongan kepada pemimpin, kerajaan dan parti politik adalah soal lain. Justeru, demi mendapat sokongan padu daripada rakyat, pemimpin, kerajaan dan parti politik perlu bukan sahaja memperkenalkan, bahkan juga mempraktikkan nilai baik tersebut agar dapat menjadi teladan sekali gus meyakinkan lagi pengundi untuk menyokong mereka dalam sesuatu pilihan raya akan datang.
Title: Pandangan Pengundi terhadap Slogan “Malaysia Madani” dalam Pilihan Raya Negeri 2023
Description:
Setiap pemimpin yang memimpin negara kebiasaannya akan memperkenalkan slogan masing-masing untuk dijadikan sebagai satu kerangka pemikiran besar yang akan dijadikan template dalam melaksanakan dasar pemerintahan negara.
Setelah tiga bulan dilantik menjadi Perdana Menteri ke-10, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah memperkenalkan motto pemerintahannya iaitu Membangun Malaysia Madani pada 19 Januari 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Pelbagai reaksi timbul daripada pengenalan slogan tersebut sama ada positif mahupun negatif.
Justeru, artikel ini membincangkan pandangan pengundi terhadap slogan “Malaysia Madani” dalam Pilihan Raya Negeri 2023.
Kajian ini mengadaptasikan kaedah kuantitatif iaitu soal selidik di lapangan, temu bual dan juga kaedah kualitatif iaitu rujukan maklumat sekunder iaitu artikel jurnal, bahan persidangan/seminar dan buku akademik yang berkaitan.
Hasil kajian mendapati bahawa majoriti responden pernah dengar istilah ‘Malaysia Madani’ namun mereka tidak faham sepenuhnya slogan tersebut.
Meskipun istilah tersebut telah lama disebut PMX iaitu pada tahun 1995 yang lalu namun istilah tersebut tidak mendapat liputan meluas media dan orang ramai.
Secara keseluruhannya, pengundi ketika PRN 2023 dapat menerima atau bersetuju dengan istilah Malaysia Madani yang mempunyai nilai hidup yang baik.
Meskipun mereka bersetuju dengan istilah dan nilai baik tersebut namun soal sokongan kepada pemimpin, kerajaan dan parti politik adalah soal lain.
Justeru, demi mendapat sokongan padu daripada rakyat, pemimpin, kerajaan dan parti politik perlu bukan sahaja memperkenalkan, bahkan juga mempraktikkan nilai baik tersebut agar dapat menjadi teladan sekali gus meyakinkan lagi pengundi untuk menyokong mereka dalam sesuatu pilihan raya akan datang.

Related Results

GEOPOLITIK MELAKA DAN PILIHAN POLITIK PENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DUN MELAKA 2021
GEOPOLITIK MELAKA DAN PILIHAN POLITIK PENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DUN MELAKA 2021
Politik Negeri Melaka terkenal sebagai kubu kuat BN sejak sebelum merdeka hingga PRU 2013. Namun pada PRU 2018, Melaka jatuh kepada parti pembangkang iaitu PH. 22 bulan selepas PH ...
Literasi Politik Pengundi di Parlimen Port Dickson, Negeri Sembilan
Literasi Politik Pengundi di Parlimen Port Dickson, Negeri Sembilan
Kajian ini bertujuan untuk menilai literasi politik pengundi di Parlimen Port Dickson, Negeri Sembilan, terutamanya semasa Pilihan Raya Umum ke-15. Literasi politik merujuk kepada ...
SLOGAN IKLAN DALAM MAJALAH: YANG TERSURAT DAN TERSIRAT
SLOGAN IKLAN DALAM MAJALAH: YANG TERSURAT DAN TERSIRAT
Slogan merupakan satu cara untuk mengungkapkan gambaran mengenai sesuatu produk yang ditawarkan oleh sesebuah syarikat atau organisasi. Tujuan penciptaan slogan iklan ialah untuk m...
Analisis Makna Konotatif Pada Slogan-Slogan di MAN 2 Jakarta
Analisis Makna Konotatif Pada Slogan-Slogan di MAN 2 Jakarta
This study aims to (1) find out the types of slogans contained in MAN 2 Jakarta, (2) find out the connotative meaning of slogans in MAN 2 Jakarta. This study used a type of qualita...
Analisis Makna Leksikal Pada Slogan-Slogan di SMP Negeri 35 Medan
Analisis Makna Leksikal Pada Slogan-Slogan di SMP Negeri 35 Medan
Penelitian ini bertujuan untuk (1) mengetahui jenis slogan yang terdapat di SMP Negeri 35 Medan, (2) mengetahui makna leksikal pada slogan di SMP Negeri 35 Medan. Penelitian ini me...
Pandangan Dunia Pengarang Terhadap Masyarakat Kota Pasuruan Dalam Novel Membeli Cahaya Bulan Karya Kaji Karno
Pandangan Dunia Pengarang Terhadap Masyarakat Kota Pasuruan Dalam Novel Membeli Cahaya Bulan Karya Kaji Karno
Rokhmawan,Tristan. 2011. Pandangan Dunia Pengarang Terhadap Masyarakat Kota Pasuruan Dalam Novel Membeli Cahaya Bulan Karya Kaji Karno. Skripsi, Jurusan Sastra Indonesia, Fakultas...
PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA KE-15: POLA SOKONGAN PENGUNDI BERDASARKAN FAKTOR KEWILAYAHAN
PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA KE-15: POLA SOKONGAN PENGUNDI BERDASARKAN FAKTOR KEWILAYAHAN
Pilihan Raya Umum Malaysia ke 15 (PRU-15) telah berlangsung pada 19 November 2022 dengan baik dan jayanya. PRU kali ini diadakan lebih awal setahun berbanding tempoh matang 5 tahun...

Back to Top