Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA KE-15: POLA SOKONGAN PENGUNDI BERDASARKAN FAKTOR KEWILAYAHAN

View through CrossRef
Pilihan Raya Umum Malaysia ke 15 (PRU-15) telah berlangsung pada 19 November 2022 dengan baik dan jayanya. PRU kali ini diadakan lebih awal setahun berbanding tempoh matang 5 tahun pada 16 Julai 2023 iaitu tarikh angkat sumpah ahli Parlimen bagi penggal ke-14. Keputusan PRU-15 tersebut menunjukkan terdapatnya pola sokongan pengundi berdasarkan lokasi geografi tertentu. Justeru adalah menjadi tujuan penulisan artikel ini untuk menganalisis pola sokongan pengundi berdasarkan faktor kewilayahan. Berdasarkan analisis data keputusan PRU 2022, pemerhatian di lapangan dan analisis sumber sekunder seperti artikel jurnal dan kertas persidangan, dapatan kajian menunjukkan bahawa PH terus menguasai wilayah Pantai Barat Semenanjung Malaysia serta di Sabah serta Sarawak di kawasan bandar dan separa bandar campuran etnik dan majoriti Cina, PN menguasai wilayah Pantai Timur dan Utara serta sebahagian kecil di Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia di kawasan luar bandar majoriti Melayu iaitu di zon Semenanjung Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang Timur serta Pahang Tengah; Utara Semenanjung iaitu Perlis dan Kedah serta Pulau Pinang Seberang Prai Utara dan Tengah, Perak Utara, Perak Tengah; sebahagian Barat Semenanjung iaitu Utara Selangor dan Barat Selangor serta Barat Melaka dan Selatan Melaka manakala BN kekal berkuasa di kawasan luar bandar tengah Semenanjung Malaysia namun dengan jumlah kerusi yang menyusut. Justeru, pengaruh kewilayahan turut mempengaruhi pola pengundian dan perlu diambil perhatian oleh pihak yang berkenaan untuk melaksanakan strategi kempen bagi mendapat sokongan daripada pengundi di kewilayahan berkenaan.
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)
Title: PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA KE-15: POLA SOKONGAN PENGUNDI BERDASARKAN FAKTOR KEWILAYAHAN
Description:
Pilihan Raya Umum Malaysia ke 15 (PRU-15) telah berlangsung pada 19 November 2022 dengan baik dan jayanya.
PRU kali ini diadakan lebih awal setahun berbanding tempoh matang 5 tahun pada 16 Julai 2023 iaitu tarikh angkat sumpah ahli Parlimen bagi penggal ke-14.
Keputusan PRU-15 tersebut menunjukkan terdapatnya pola sokongan pengundi berdasarkan lokasi geografi tertentu.
Justeru adalah menjadi tujuan penulisan artikel ini untuk menganalisis pola sokongan pengundi berdasarkan faktor kewilayahan.
Berdasarkan analisis data keputusan PRU 2022, pemerhatian di lapangan dan analisis sumber sekunder seperti artikel jurnal dan kertas persidangan, dapatan kajian menunjukkan bahawa PH terus menguasai wilayah Pantai Barat Semenanjung Malaysia serta di Sabah serta Sarawak di kawasan bandar dan separa bandar campuran etnik dan majoriti Cina, PN menguasai wilayah Pantai Timur dan Utara serta sebahagian kecil di Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia di kawasan luar bandar majoriti Melayu iaitu di zon Semenanjung Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang Timur serta Pahang Tengah; Utara Semenanjung iaitu Perlis dan Kedah serta Pulau Pinang Seberang Prai Utara dan Tengah, Perak Utara, Perak Tengah; sebahagian Barat Semenanjung iaitu Utara Selangor dan Barat Selangor serta Barat Melaka dan Selatan Melaka manakala BN kekal berkuasa di kawasan luar bandar tengah Semenanjung Malaysia namun dengan jumlah kerusi yang menyusut.
Justeru, pengaruh kewilayahan turut mempengaruhi pola pengundian dan perlu diambil perhatian oleh pihak yang berkenaan untuk melaksanakan strategi kempen bagi mendapat sokongan daripada pengundi di kewilayahan berkenaan.

Related Results

GEOPOLITIK MELAKA DAN PILIHAN POLITIK PENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DUN MELAKA 2021
GEOPOLITIK MELAKA DAN PILIHAN POLITIK PENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DUN MELAKA 2021
Politik Negeri Melaka terkenal sebagai kubu kuat BN sejak sebelum merdeka hingga PRU 2013. Namun pada PRU 2018, Melaka jatuh kepada parti pembangkang iaitu PH. 22 bulan selepas PH ...
Literasi Politik Pengundi di Parlimen Port Dickson, Negeri Sembilan
Literasi Politik Pengundi di Parlimen Port Dickson, Negeri Sembilan
Kajian ini bertujuan untuk menilai literasi politik pengundi di Parlimen Port Dickson, Negeri Sembilan, terutamanya semasa Pilihan Raya Umum ke-15. Literasi politik merujuk kepada ...
Pandangan Pengundi terhadap Slogan “Malaysia Madani” dalam Pilihan Raya Negeri 2023
Pandangan Pengundi terhadap Slogan “Malaysia Madani” dalam Pilihan Raya Negeri 2023
Setiap pemimpin yang memimpin negara kebiasaannya akan memperkenalkan slogan masing-masing untuk dijadikan sebagai satu kerangka pemikiran besar yang akan dijadikan template dalam ...
Impact of spousal support on business success as expressed by women in lagos state, nigeria
Impact of spousal support on business success as expressed by women in lagos state, nigeria
AbstractThis study investigates the impact of spousal support on the success of businesses owned by women in Lagos State, Nigeria. Utilizing a descriptive research design, data was...
Pengekalan Status Quo BN Dalam PRK DUN Mahkota, Johor
Pengekalan Status Quo BN Dalam PRK DUN Mahkota, Johor
Pasca Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, 2023 memperlihatkan berlakunya 10 Pilihan Raya Kecil (PRK) dan yang terakhir adalah PRK DUN Mahkota yang diadakan pada 28 September 2024. PRK D...
Editorial
Editorial
CHIEF EDITOR Ahmad Faris Ismail, IIUM, Malaysia TECHNICAL EDITOR Sany Izan Ihsan, IIUM, Malaysia EXECUTIVE EDITOR AHM Zahirul Alam, IIUM, Malaysia ASSOCIATE EDITO...
STUDI PREFERENSI TRANSFORMASI MODA ANGKUTAN PRIBADI BERDASARKAN KUALITAS PELAYANAN ANGKUTAN UMUM
STUDI PREFERENSI TRANSFORMASI MODA ANGKUTAN PRIBADI BERDASARKAN KUALITAS PELAYANAN ANGKUTAN UMUM
Salah satu faktor penyebab kemacetan yakni pertambahan jumlah kendaraan yang tidak sebanding denganpertambahan volume jalan. Pada masa sekarang ini umumnya masyarakat lebih memilih...
POLA ASUH ORANG TUA TERHADAP PERKEMBANGAN SOSIAL EMOSIONAL ANAK USIA DINI
POLA ASUH ORANG TUA TERHADAP PERKEMBANGAN SOSIAL EMOSIONAL ANAK USIA DINI
In the family of parents has a big role in influencing the social development of children. Every parent certainly has a different parenting, including: authoritative parenting, dem...

Back to Top