Javascript must be enabled to continue!
Pengekalan Status Quo BN Dalam PRK DUN Mahkota, Johor
View through CrossRef
Pasca Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, 2023 memperlihatkan berlakunya 10 Pilihan Raya Kecil (PRK) dan yang terakhir adalah PRK DUN Mahkota yang diadakan pada 28 September 2024. PRK DUN Mahkota ini ditandingi BN buat kali keempat selepas menyertai PRK Parlimen Kemaman, DUN Pelangai dan DUN Nenggiri. PRK ini penting bagi menaikkan semangat jentera pilihan raya BN terutamanya UMNO dan memulihkan sokongan pengundi kepada BN/UMNO. DUN Mahkota diadakan PRK berikutan kematian penyandangnya. Kawasan ini yang terletak dalam Parlimen Kluang, Johor merupakan kubu kuat BN kerana BN memenangi empat kali dan hanya tewas sekali. Justeru, adalah menjadi tujuan penulisan artikel ini untuk menganalisis pengekalan status quo BN dalam PRK DUN Mahkota. Penulisan artikel ini adalah berdasarkan pemerhatian di lapangan, data keputusan PRK DUN Mahkota mengikut kawasan Daerah Mengundi dan rujukan sumber sekunder yang dianalisis berdasarkan pemikiran penulis. Hasil kajian menunjukkan BN/UMNO berjaya mengekalkan kemenangan kerusi DUN ini dengan majoriti undi yang meningkat lebih besar berbanding PRN 2022. BN/UMNO menang di kesemua pusat atau Daerah Mengundi majoriti kaum Melayu, majoriti kaum Cina dan kawasan campuran termasuk undi pos dan undi awal. Terdapat tujuh faktor kemenangan BN/UMNO dalam PRK ini iaitu antaranya politik nilai, identifikasi parti, politik pembangunan, kepimpinan dan visi Menteri Besar Johor, kredibiliti calon BN/UMNO, kemantapan jentera kempen BN+PH dan kelemahan PN. Justeru, PRK ini dapat dijadikan pendorong atau semangat kepada BN dan PH untuk terus berkhidmat kepada pengundi sebaik mungkin secara konsisten dan berterusan menuju PRU akan datang.
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)
Title: Pengekalan Status Quo BN Dalam PRK DUN Mahkota, Johor
Description:
Pasca Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, 2023 memperlihatkan berlakunya 10 Pilihan Raya Kecil (PRK) dan yang terakhir adalah PRK DUN Mahkota yang diadakan pada 28 September 2024.
PRK DUN Mahkota ini ditandingi BN buat kali keempat selepas menyertai PRK Parlimen Kemaman, DUN Pelangai dan DUN Nenggiri.
PRK ini penting bagi menaikkan semangat jentera pilihan raya BN terutamanya UMNO dan memulihkan sokongan pengundi kepada BN/UMNO.
DUN Mahkota diadakan PRK berikutan kematian penyandangnya.
Kawasan ini yang terletak dalam Parlimen Kluang, Johor merupakan kubu kuat BN kerana BN memenangi empat kali dan hanya tewas sekali.
Justeru, adalah menjadi tujuan penulisan artikel ini untuk menganalisis pengekalan status quo BN dalam PRK DUN Mahkota.
Penulisan artikel ini adalah berdasarkan pemerhatian di lapangan, data keputusan PRK DUN Mahkota mengikut kawasan Daerah Mengundi dan rujukan sumber sekunder yang dianalisis berdasarkan pemikiran penulis.
Hasil kajian menunjukkan BN/UMNO berjaya mengekalkan kemenangan kerusi DUN ini dengan majoriti undi yang meningkat lebih besar berbanding PRN 2022.
BN/UMNO menang di kesemua pusat atau Daerah Mengundi majoriti kaum Melayu, majoriti kaum Cina dan kawasan campuran termasuk undi pos dan undi awal.
Terdapat tujuh faktor kemenangan BN/UMNO dalam PRK ini iaitu antaranya politik nilai, identifikasi parti, politik pembangunan, kepimpinan dan visi Menteri Besar Johor, kredibiliti calon BN/UMNO, kemantapan jentera kempen BN+PH dan kelemahan PN.
Justeru, PRK ini dapat dijadikan pendorong atau semangat kepada BN dan PH untuk terus berkhidmat kepada pengundi sebaik mungkin secara konsisten dan berterusan menuju PRU akan datang.
Related Results
Pengaturan Perlindungan Konsumen Berbasis Hak Asasi Manusia (HAM) Terhadap Praktik Greenwashing Dalam Kerangka Agenda Pembangunan Rendah Karbon Di Indonesia
Pengaturan Perlindungan Konsumen Berbasis Hak Asasi Manusia (HAM) Terhadap Praktik Greenwashing Dalam Kerangka Agenda Pembangunan Rendah Karbon Di Indonesia
Greenwashing adalah praktek pengungkapan informasi ramah lingkungan yang tidak berdasar oleh pelaku usaha, sehingga merugikan konsumen. Tujuan penelitian adalah untuk menganalisis ...
Effect of Pre and Post Operative PRK and PRK Stream Light on Tear Film Stability
Effect of Pre and Post Operative PRK and PRK Stream Light on Tear Film Stability
Background: Tear film instability can lead to dry eye disease, which is a common complication following refractive surgeries such as Photorefractive Keratectomy (PRK) and Transepit...
Perjuangan Wanita dalam Novel Surat-Surat Perempuan Johor
Perjuangan Wanita dalam Novel Surat-Surat Perempuan Johor
Novel berunsur sejarah berjudul Surat-Surat Perempuan Johor (2005) merupakan novel tentang sejarah negeri Johor yang ditulis oleh Faisal Tehrani dan memenangi tempat ketiga dalam S...
PRK Pasca PRN 2023: Status Quo Gelombang Hijau Di Kemaman
PRK Pasca PRN 2023: Status Quo Gelombang Hijau Di Kemaman
Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kemaman dengan memberi tumpuan kepada kehadiran pengundi, peratusan undian, dan perbandingan keputusan...
Pendidikan Melayu Dan Agama di Johor Bahru, 1857-1957
Pendidikan Melayu Dan Agama di Johor Bahru, 1857-1957
Sebelum kedatangan British, masyarakat Melayu di Johor mempunyai corak pendidikan tersendiri berdasarkan asas pendidikan Islam dan al-Quran. Institusi pendidikan tradisional ini di...
Wisdom of the Established Pattern
Wisdom of the Established Pattern
Photo by 234988805© Niall Wiggan on Dreamstime
INTRODUCTION
This short essay explores the plausible wisdom of status quo bias and questions the attempt by Bostrom and Ord to negate...
Kajian Atas Peranan Saksi Mahkota Dalam Pembuktian Tindak Pidana Pencurian
Kajian Atas Peranan Saksi Mahkota Dalam Pembuktian Tindak Pidana Pencurian
Abstrak: Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui peranan saksi mahkota dalam tindak pidana pencurian pada putusan nomor 205/Pid.B/2019/PN.Cbd. Selain itu juga untuk mengetahui pe...
Sistem Informasi Perumahan pada PT. MAHKOTA HUTAMA PROPERTI Berbasis Web
Sistem Informasi Perumahan pada PT. MAHKOTA HUTAMA PROPERTI Berbasis Web
Objek penelitian ini adalah PT. Mahkota Hutama Properti yang beralamat di jalan Satria perumahan mahkota garden blok B 18 Pekanbaru. PT. Mahkota Hutama Properti adalah salah satu p...

