Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

USAHAWAN WANITA MUSLIM BERJAYA: AMALAN GAYA HIDUP ISLAM

View through CrossRef
Keusahawanan merupakan satu bidang kerjaya yang mencabar. Terdapat ramai usahawan wanita Muslim yang menceburi bidang keusahawanan, namun tidak semua berjaya. Usahawan yang berjaya sudah pasti mempunyai amalan yang berbeza dengan mereka yang gagal. Justeru, kajian ini bertujuan untuk meneroka amalan gaya hidup Islam berdasarkan ciri-ciri keimanan, ibadah dan akhlak yang diamalkan oleh usahawan wanita Muslim berjaya. Kajian ini menggunakan pendekatan penyelidikan kualitatif dengan kaedah fenomenologikal untuk mempelajari pengalaman sebenar usahawan wanita Muslim berjaya dalam menguruskan perniagaan mereka. Pemilihan usahawan yang terlibat dalam kajian ini adalah berdasarkan teknik persampelan bertujuan dan temu bual mendalam digunakan untuk mengutip data daripada mereka. Data dianalisis menggunakan kaedah kondensasi data, pembentangan data dan melakar rumusan dan pengesahan. Penemuan kajian menunjukkan usahawan wanita Muslim berjaya meyakini konsep keberkatan rezeki, rezeki ketentuan Allah dan berdoa. Sementara itu elemen ibadah yang diamalkan oleh mereka melibatkan zakat, sedekah, solat duha, baca al-Quran dan bersilaturrahim. Elemen akhlak pula menunjukkan sifat syukur, tawakal, sabar dan pemurah menjadi amalan usahawan wanita Muslim berjaya. Oleh itu untuk berjaya dan mencapai al-falah, usahawan wanita Muslim perlu menerapkan nilai-nilai keimanan, meningkatkan ibadah serta berakhak mulia. Mereka perlu berusaha bersungguh-sungguh dalam mengurus perniagaan mereka dengan baik dan bijaksana, seterusnya berdoa dan bertawakal kepada Allah untuk menperolehi kejayaan dunia dan akhirat.
Title: USAHAWAN WANITA MUSLIM BERJAYA: AMALAN GAYA HIDUP ISLAM
Description:
Keusahawanan merupakan satu bidang kerjaya yang mencabar.
Terdapat ramai usahawan wanita Muslim yang menceburi bidang keusahawanan, namun tidak semua berjaya.
Usahawan yang berjaya sudah pasti mempunyai amalan yang berbeza dengan mereka yang gagal.
Justeru, kajian ini bertujuan untuk meneroka amalan gaya hidup Islam berdasarkan ciri-ciri keimanan, ibadah dan akhlak yang diamalkan oleh usahawan wanita Muslim berjaya.
Kajian ini menggunakan pendekatan penyelidikan kualitatif dengan kaedah fenomenologikal untuk mempelajari pengalaman sebenar usahawan wanita Muslim berjaya dalam menguruskan perniagaan mereka.
Pemilihan usahawan yang terlibat dalam kajian ini adalah berdasarkan teknik persampelan bertujuan dan temu bual mendalam digunakan untuk mengutip data daripada mereka.
Data dianalisis menggunakan kaedah kondensasi data, pembentangan data dan melakar rumusan dan pengesahan.
Penemuan kajian menunjukkan usahawan wanita Muslim berjaya meyakini konsep keberkatan rezeki, rezeki ketentuan Allah dan berdoa.
Sementara itu elemen ibadah yang diamalkan oleh mereka melibatkan zakat, sedekah, solat duha, baca al-Quran dan bersilaturrahim.
Elemen akhlak pula menunjukkan sifat syukur, tawakal, sabar dan pemurah menjadi amalan usahawan wanita Muslim berjaya.
Oleh itu untuk berjaya dan mencapai al-falah, usahawan wanita Muslim perlu menerapkan nilai-nilai keimanan, meningkatkan ibadah serta berakhak mulia.
Mereka perlu berusaha bersungguh-sungguh dalam mengurus perniagaan mereka dengan baik dan bijaksana, seterusnya berdoa dan bertawakal kepada Allah untuk menperolehi kejayaan dunia dan akhirat.

Related Results

SAYYIDATINA SITI KHADIJAH R.A INSPIRASI WANITA KELANTAN: MENYINGKAP CIRI-CIRI KEPERIBADIAN USAHAWAN WANITA KELANTAN YANG BERJAYA
SAYYIDATINA SITI KHADIJAH R.A INSPIRASI WANITA KELANTAN: MENYINGKAP CIRI-CIRI KEPERIBADIAN USAHAWAN WANITA KELANTAN YANG BERJAYA
Usahawan wanita Kelantan sinonim dengan alam perniagaan dan seringkali mempamerkan kejayaan yang memberangsangkan hasil daripada perlaksanaan aktiviti keusahawanan. Aktiviti pernia...
ANALISIS GAYA BAHASA DALAM CERITA RAKYAT ACEH BESAR
ANALISIS GAYA BAHASA DALAM CERITA RAKYAT ACEH BESAR
Penelitian ini membahas tentang analisis gaya bahasa dalam cerita rakyat Aceh Besar. Rumusan masalah penelitian ini adalah apa saja jenis-jenis gaya bahasa yang terdapat dalam ceri...
Makna Diri Wanita Muslim Menerusi Pandangan Said Nursi
Makna Diri Wanita Muslim Menerusi Pandangan Said Nursi
This study aims to analyse the self-concept of Muslim women from the perspective of Badiuzzaman Said Nursi. This study uses a qualitative approach through document analysis. The ma...
Kajian Kes Ke Atas Usahawan Wanita Felcra Berhad: Model Pengurusan Perniagaan Luar Bandar
Kajian Kes Ke Atas Usahawan Wanita Felcra Berhad: Model Pengurusan Perniagaan Luar Bandar
Kajian ini bertujuan untuk meneroka dan membangunkan model pengurusan perniagaan luar bandar. Seramai sepuluh orang informan usahawan wanita terlibat dalam kajian dimana mereka ini...
KUALITAS HIDUP WANITA BERCERAI: LITERATUR REVIEW
KUALITAS HIDUP WANITA BERCERAI: LITERATUR REVIEW
Kualitas hidup perempuan masih dinilai lebih rendah jika dibandingkan dengan kualitas hidup laki-laki. Status pernikahan menjadi salah satu hal yang berpengaruh terhadap kualitas h...
PERAN WANITA KARIER DALAM MELAKSANAKAN KELUARGA HARMONIS DI NAGARI GANGGO HILIA KECAMATAN BONJOL KABUPATEN PASAMAN
PERAN WANITA KARIER DALAM MELAKSANAKAN KELUARGA HARMONIS DI NAGARI GANGGO HILIA KECAMATAN BONJOL KABUPATEN PASAMAN
 Wanita yang menyandang status sebagai wanita karir memiliki tanggung jawab yang sangat berat. Dalam hal ini, wanita harus bisa membagi waktu antara keluarga dan pekerjaan. Perana...
Garis panduan guru: Pelaksanaan amalan zikir bagi kanak-kanak bermasalah tingkah laku agresif Berpandukan kanak-kanak autisma
Garis panduan guru: Pelaksanaan amalan zikir bagi kanak-kanak bermasalah tingkah laku agresif Berpandukan kanak-kanak autisma
Jenayah dalam kalangan kanak-kanak patut dipandang serius kerana terdapat banyak laporan akhbar menunjukkan kanak-kanak di Malaysia sudah mula terjebak dalam jenayah-jenayah esktre...

Back to Top