Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Kecenderungan Perilaku Individu Autisme Dalam Pelanggaran Undang-Undang : Satu Perspektif Di Kalangan Guru Pendidikan Khas Di Malaysia

View through CrossRef
Kecelaruan neuro-psikologikal yang dialami oleh individu autisme menyebabkan mereka mengalami defisit dalam kemahiran sosial, yang mana implikasinya mempengaruhi perilaku mereka. Perilaku berkelakuan tidak sopan di khalayak ramai, obses kepada rutin harian dan sukar memahami perkara abstrak, cenderung menyebabkan mereka berperilaku berisiko tinggi yang boleh membawa kepada pelanggaran undang-undang. Objektif kajian ialah mengkaji perilaku individu autisme yang cenderung melanggar undang-undang menurut perspektif guru-guru di pusat autisme dan sekolah pendidikan khas di Malaysia. Metod pengumpulan data ialah tembu bual kumpulan fokus (FGD) bersama 25 orang informan dalam kalangan guru pendidikan khas. Data terkumpul dianalisis secara deskriptif dan tematik. Hasil perbincangan mendapati antara perilaku pelanggaran undang-undang oleh individu autisme adalah cubaan mencederakan orang lain, membakar bangunan, merosakkan harta awam, mencuri, kesalahan seksual dan siber. Implikasi kajian mendapati terdapat perilaku individu autisme yang melanggar undang-undang, yang terkandung dalam Kanun Keseksaan dan Enakmen Jenayah Syariah Negeri-Negeri. Namun kebanyakan pihak mengganggapnya sebagai perilaku tersendiri sebahagian individu autisme, menyebabkan perkara tersebut tidak dianggap serius berikutan tiada laporan mahupun pendakwaan dilanjutkan ke pihak berkuasa. Oleh itu, dicadangkan agar para guru, ibu bapa, penjaga lebih cakna dalam mencegah perlakuan berisiko tinggi individu autisme melalui intervensi awal dan dilakukan secara berterusan sesuai dengan tahap keparahan spektrum kecelaruan yang dialami.
Title: Kecenderungan Perilaku Individu Autisme Dalam Pelanggaran Undang-Undang : Satu Perspektif Di Kalangan Guru Pendidikan Khas Di Malaysia
Description:
Kecelaruan neuro-psikologikal yang dialami oleh individu autisme menyebabkan mereka mengalami defisit dalam kemahiran sosial, yang mana implikasinya mempengaruhi perilaku mereka.
Perilaku berkelakuan tidak sopan di khalayak ramai, obses kepada rutin harian dan sukar memahami perkara abstrak, cenderung menyebabkan mereka berperilaku berisiko tinggi yang boleh membawa kepada pelanggaran undang-undang.
Objektif kajian ialah mengkaji perilaku individu autisme yang cenderung melanggar undang-undang menurut perspektif guru-guru di pusat autisme dan sekolah pendidikan khas di Malaysia.
Metod pengumpulan data ialah tembu bual kumpulan fokus (FGD) bersama 25 orang informan dalam kalangan guru pendidikan khas.
Data terkumpul dianalisis secara deskriptif dan tematik.
Hasil perbincangan mendapati antara perilaku pelanggaran undang-undang oleh individu autisme adalah cubaan mencederakan orang lain, membakar bangunan, merosakkan harta awam, mencuri, kesalahan seksual dan siber.
Implikasi kajian mendapati terdapat perilaku individu autisme yang melanggar undang-undang, yang terkandung dalam Kanun Keseksaan dan Enakmen Jenayah Syariah Negeri-Negeri.
Namun kebanyakan pihak mengganggapnya sebagai perilaku tersendiri sebahagian individu autisme, menyebabkan perkara tersebut tidak dianggap serius berikutan tiada laporan mahupun pendakwaan dilanjutkan ke pihak berkuasa.
Oleh itu, dicadangkan agar para guru, ibu bapa, penjaga lebih cakna dalam mencegah perlakuan berisiko tinggi individu autisme melalui intervensi awal dan dilakukan secara berterusan sesuai dengan tahap keparahan spektrum kecelaruan yang dialami.

Related Results

Keperluan Prosedur Operasi Standard (SOP) Tangkapan dan Tahanan Individu Autisme untuk Pegawai Penguatkuasa Agama
Keperluan Prosedur Operasi Standard (SOP) Tangkapan dan Tahanan Individu Autisme untuk Pegawai Penguatkuasa Agama
Individu autisme mengalami kecelaruan perkembangan-neuro dan menyebabkan kekurangan dari segi kemahiran sosial dan imaginasi. Situasi ini menjadikan mereka terdedah dan agak cender...
INTERVENSI INDIVIDU DENGAN AUTISME BERKAITAN TINGKAH LAKU SEKSUAL
INTERVENSI INDIVIDU DENGAN AUTISME BERKAITAN TINGKAH LAKU SEKSUAL
Individu autisme adalah golongan yang mengalami kecelaruan neurologi yang menyebabkan sebahagian sel-sel otak gagal untuk berfungsi dengan baik. Dari aspek perkembangan biologi, me...
Les « traits autistiques » ne sont pas autistiques
Les « traits autistiques » ne sont pas autistiques
L’étude longitudinale des fratries d’un enfant autiste informe sur les précurseurs de l’installation d’un tableau autistique, ses facteurs de prédisposition, et sur des séquences s...
PENDIDIKAN KARAKTER PADA MAHASISWA
PENDIDIKAN KARAKTER PADA MAHASISWA
Sorotan tentang Pendidikan yang berbasis pada karakter sejak beberapa tahun lalu sudah mendapat menarik perhatian berbagai pihak. Beberapa pakar yang bependapat bahwa pendidikan ka...
PERKEMBANGAN HUKUM PENYANDANG AUTISME DI INDONESIA
PERKEMBANGAN HUKUM PENYANDANG AUTISME DI INDONESIA
Pertanggungjawaban pidana bagi penyandang autisme adalah isu penting dalam hukum pidana, terkait dengan kemampuan individu untuk memahami tindakan dan konsekuensinya, yang dipengar...
Autisme als atypische ontwikkeling: De kenmerken in de mens als geheel
Autisme als atypische ontwikkeling: De kenmerken in de mens als geheel
In 'Autisme als atypische ontwikkeling' beschrijft Martine Delfos voor het eerst de kenmerken van autisme zoals die voortspruiten uit de Theorie van het Socioschema met de MAS1P (M...
Pemakaian Islam dan sdat Melayu dalam sistem Torrens di Malaysia
Pemakaian Islam dan sdat Melayu dalam sistem Torrens di Malaysia
Undang-undang Tanah di Malaysia adalah berasaskan kepada Sistem Torrens yang diperkenalkan oleh British semasa penjajahan mereka ke atas Tanah Melayu. Undang-undang ini dilaksanaka...

Back to Top