Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Kesan Penggunaan Modul Pintar Darab Terhadap Tahap Motivasi Dan Pencapaian Murid SRITI

View through CrossRef
Motivasi adalah elemen penting dalam kehidupan seharian. Pada masa ini, pengaruh alat digital dianggap sebagai elemen motivasi tinggi yang sangat penting dalam semua sektor masyarakat termasuklah bidang pendidikan. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti kesan penggunaan Modul Pintar Darab terhadap tahap motivasi dan pencapaian murid SRITI. Rekabentuk kajian ini adalah kuasi-experimental dengan penggunaan pendekatan kuantitatif. Jumlah responden yang terlihat adalah seramai 52 murid tahun 3 dari SRITI Wilayah Persekutuan. Instrumen kajian yang digunakan bagi mengukur pembolehubah dalam kajian ini adalah ujian pra dan pos bagi mengukur tahap pencapaian murid. Selain itu, kajian ini menggunakan borang soal selidik Intrinsic Motivation Inventory bagi mengukur tahap motivasi murid semasa proses pembelajaran subjek Matematik. Kajian ini menggunakan statistik deskriptif bagi menganalisis data. Pengkaji menggunakan perisian Excel versi 2211 untuk menganalisis data bagi pencapaian murid melalui ujian pra dan pos dengan menggunakan nilai peratus dan skor min peratus. Bagi menganalisis borang soal selidik untuk melihat tahap motivasi murid, pengkaji telah menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) dengan menggunakan skor min. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa penggunaan Modul Pintar Darab dapat meningkatkan tahap motivasi dan pencapaian murid dalam topik pendaraban. Justeru itu, penggunaan teknologi dalam pembelajaran memberikan kesan yang positif kepada aktiviti pembelajaran murid sekaligus dapat melahirkan pemangkin aktor pembangunan yang mempunyai minda kelas pertama untuk menerajui pembangunan negara kita.
Asian Scholars Network
Title: Kesan Penggunaan Modul Pintar Darab Terhadap Tahap Motivasi Dan Pencapaian Murid SRITI
Description:
Motivasi adalah elemen penting dalam kehidupan seharian.
Pada masa ini, pengaruh alat digital dianggap sebagai elemen motivasi tinggi yang sangat penting dalam semua sektor masyarakat termasuklah bidang pendidikan.
Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti kesan penggunaan Modul Pintar Darab terhadap tahap motivasi dan pencapaian murid SRITI.
Rekabentuk kajian ini adalah kuasi-experimental dengan penggunaan pendekatan kuantitatif.
Jumlah responden yang terlihat adalah seramai 52 murid tahun 3 dari SRITI Wilayah Persekutuan.
Instrumen kajian yang digunakan bagi mengukur pembolehubah dalam kajian ini adalah ujian pra dan pos bagi mengukur tahap pencapaian murid.
Selain itu, kajian ini menggunakan borang soal selidik Intrinsic Motivation Inventory bagi mengukur tahap motivasi murid semasa proses pembelajaran subjek Matematik.
Kajian ini menggunakan statistik deskriptif bagi menganalisis data.
Pengkaji menggunakan perisian Excel versi 2211 untuk menganalisis data bagi pencapaian murid melalui ujian pra dan pos dengan menggunakan nilai peratus dan skor min peratus.
Bagi menganalisis borang soal selidik untuk melihat tahap motivasi murid, pengkaji telah menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) dengan menggunakan skor min.
Hasil dapatan kajian mendapati bahawa penggunaan Modul Pintar Darab dapat meningkatkan tahap motivasi dan pencapaian murid dalam topik pendaraban.
Justeru itu, penggunaan teknologi dalam pembelajaran memberikan kesan yang positif kepada aktiviti pembelajaran murid sekaligus dapat melahirkan pemangkin aktor pembangunan yang mempunyai minda kelas pertama untuk menerajui pembangunan negara kita.

Related Results

Pengaruh Rakan Sebaya Terhadap Motivasi Belajar Murid Sekolah Rendah Di Pekan Nanas Daerah Pontian
Pengaruh Rakan Sebaya Terhadap Motivasi Belajar Murid Sekolah Rendah Di Pekan Nanas Daerah Pontian
Rakan sebaya merupakan individu yang berkait rapat dengan setiap orang murid. Dalam proses pembelajaran, rakan sebaya memainkan peranan yang penting untuk mempengaruhi motivasi bel...
Penggunaan Google Classroom terhadap Motivasi dan Pencapaian Murid dalam Subjek Bahasa Melayu
Penggunaan Google Classroom terhadap Motivasi dan Pencapaian Murid dalam Subjek Bahasa Melayu
Dalam era teknologi yang semakin maju, penggunaan platform pembelajaran digital telah menjadi semakin penting dalam konteks pendidikan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpas...
Hubungan antara Motivasi dengan Pencapaian Matematik Murid Tahun Lima
Hubungan antara Motivasi dengan Pencapaian Matematik Murid Tahun Lima
Motivasi adalah antara elemen penting yang memberi kesan ke atas pencapaian Matematik murid. Justeru, pencapaian Matematik murid di Malaysia masih kurang bersaing di persada antara...
Pencapaian Akademik Murid Lelaki dan Perempuan: Peranan Sokongan Pembelajaran dan Keterlibatan Murid
Pencapaian Akademik Murid Lelaki dan Perempuan: Peranan Sokongan Pembelajaran dan Keterlibatan Murid
Tujuan - Kajian ini bertujuan untuk meneliti hubungan keterlibatan murid, sokongan pembelajaran dan pencapaian akademik mengikut gender. Ia juga meneliti sama ada terdapat peranan ...
Tahap Kefahaman Guru Bahasa Inggeris Terhadap Pedagogi Terbeza
Tahap Kefahaman Guru Bahasa Inggeris Terhadap Pedagogi Terbeza
Pelaporan Kurikulum menunjukkan peratus pencapaian Bahasa Inggeris yang rendah dalam peperiksaan akhir tahun 2019 bagi sekolah rendah dalam PPD Kota Bharu. Fokus Analisa pencapaian...
KECERDASAN EMOSIONAL BERPENGARUH TERHADAP MOTIVASI BELAJAR MURID
KECERDASAN EMOSIONAL BERPENGARUH TERHADAP MOTIVASI BELAJAR MURID
Setiap murid memiliki kemampuan yang berbeda-beda, faktor yang mempengaruhi belajar murid yaitu faktor internal, eksternal, dan pendekatan belajar. Faktor internal diantaranya ting...
Keefektifan Media Literasi Visual Terhadap Menulis Teks Cerita Pendek Pada Murid Kelas IV PTF SDN Labuang Baji Ii Makassar
Keefektifan Media Literasi Visual Terhadap Menulis Teks Cerita Pendek Pada Murid Kelas IV PTF SDN Labuang Baji Ii Makassar
Penelitian ini bertujuan melihat keefektifan media literasi visual dalam menulis teks cerita pendek. Target penelitian ini adalah untuk menemukan masalah terhadap kondisi murid yan...

Back to Top