Javascript must be enabled to continue!
Keperluan Dokumentasi Penyusuan Anak Susuan dalam kalangan Masyarakat di Malaysia
View through CrossRef
Realiti yang berlaku pada hari ini berkaitan dengan keperluan pengurusan dokumentasi penyusuan anak susuan sangat diperlukan ekoran berlakunya pengambilan ibu susuan yang melibatkan jarak yang jauh serta faktor inovasi dalam sains dan teknologi. Penyusuan yang berlaku secara tidak langsung menyebabkan bayi dan ibu susuan saling tidak mengenali antara satu sama lain bahkan boleh juga terjadi ibu bapa bayi tersebut tidak mengenali ibu susuan anak mereka. Hal ini demikian kerana, perhubungan antara ibu susuan dan keluarga bayi hanya berlaku di alam maya, dan susu ibu hanya dipos mengikut permintaan keluarga bayi yang memerlukan susu ibu sehingga tercetusnya hubungan nasab iaitu anak susuannya. Proses pengumpulan data dilakukan melalui kaedah perpustakaan dan kaedah temu bual. Hasil pengumpulan data kajian, menunjukkan keadaan ini semakin membimbangkan apabila masyarakat yang mengamalkan budaya penyusuan anak susuan tidak mengambil tahu impak penyusuan terhadap anak susuan. Kajian ini adalah untuk mendidik dan memberikan kesedaran kepada masyarakat berkenaan dengan kepentingan dalam mengendalikan pengurusan dokumentasi penyusuan anak susuan. Pendokumentasian ini akan menjadi bukti penyusuan anak susuan dalam usaha menjaga nasab susuan selaras dengan perubahan sosial yang berlaku. Tidak adanya pengurusan dokumentasi penyusuan yang mensabitkan mahram susuan akan membawa kepada perkahwinan sesama mahram. Hasil kajian ini, menunjukkan terdapatnya keperluan dan perhatian dari pihak berkuasa dalam usaha untuk mendokumentasikan penyusuan anak susuan ini secara rasmi. Selain itu, kajian ini secara tidak langsung dapat mendidik masyarakat supaya cakna dalam mengendalikan dokumentasi penyusuan anak susuan.
Title: Keperluan Dokumentasi Penyusuan Anak Susuan dalam kalangan Masyarakat di Malaysia
Description:
Realiti yang berlaku pada hari ini berkaitan dengan keperluan pengurusan dokumentasi penyusuan anak susuan sangat diperlukan ekoran berlakunya pengambilan ibu susuan yang melibatkan jarak yang jauh serta faktor inovasi dalam sains dan teknologi.
Penyusuan yang berlaku secara tidak langsung menyebabkan bayi dan ibu susuan saling tidak mengenali antara satu sama lain bahkan boleh juga terjadi ibu bapa bayi tersebut tidak mengenali ibu susuan anak mereka.
Hal ini demikian kerana, perhubungan antara ibu susuan dan keluarga bayi hanya berlaku di alam maya, dan susu ibu hanya dipos mengikut permintaan keluarga bayi yang memerlukan susu ibu sehingga tercetusnya hubungan nasab iaitu anak susuannya.
Proses pengumpulan data dilakukan melalui kaedah perpustakaan dan kaedah temu bual.
Hasil pengumpulan data kajian, menunjukkan keadaan ini semakin membimbangkan apabila masyarakat yang mengamalkan budaya penyusuan anak susuan tidak mengambil tahu impak penyusuan terhadap anak susuan.
Kajian ini adalah untuk mendidik dan memberikan kesedaran kepada masyarakat berkenaan dengan kepentingan dalam mengendalikan pengurusan dokumentasi penyusuan anak susuan.
Pendokumentasian ini akan menjadi bukti penyusuan anak susuan dalam usaha menjaga nasab susuan selaras dengan perubahan sosial yang berlaku.
Tidak adanya pengurusan dokumentasi penyusuan yang mensabitkan mahram susuan akan membawa kepada perkahwinan sesama mahram.
Hasil kajian ini, menunjukkan terdapatnya keperluan dan perhatian dari pihak berkuasa dalam usaha untuk mendokumentasikan penyusuan anak susuan ini secara rasmi.
Selain itu, kajian ini secara tidak langsung dapat mendidik masyarakat supaya cakna dalam mengendalikan dokumentasi penyusuan anak susuan.
.
Related Results
PENGENDALIAN DOKUMENTASI ANAK SUSUAN DALAM KALANGAN IBU SUSUAN [HANDLING OF BREASTFEEDING DOCUMENTATION AMONG BREASTFEEDING MOTHERS]
PENGENDALIAN DOKUMENTASI ANAK SUSUAN DALAM KALANGAN IBU SUSUAN [HANDLING OF BREASTFEEDING DOCUMENTATION AMONG BREASTFEEDING MOTHERS]
Breastfeeding mothers documentation is a mechanism that needs to be established today. Infants who are breastfed by other women in terms of breastfeeding mothers have the effect of...
[The Importance of Documenting Breastfeeding Practices among Wet Nursing Mothers in Hulu Langat Selangor] Kepentingan Pendokumentasian Amalan Penyusuan dalam Kalangan Ibu Susuan di Daerah Hulu Langat Selangor
[The Importance of Documenting Breastfeeding Practices among Wet Nursing Mothers in Hulu Langat Selangor] Kepentingan Pendokumentasian Amalan Penyusuan dalam Kalangan Ibu Susuan di Daerah Hulu Langat Selangor
The practice of wet nursing a baby from other than the birth mother, causes the implications of sharia, which is lineage that forbids marriage between the baby and the family of th...
Upaya Guru dalam Meningkatkan Minat Membaca Anak pada Masa Adaptasi Kebiasaan Baru di BMBA AIUEO Batujajar Bandung
Upaya Guru dalam Meningkatkan Minat Membaca Anak pada Masa Adaptasi Kebiasaan Baru di BMBA AIUEO Batujajar Bandung
Abstract. Based on the PISA report which was just released 2019, Indonesia's reading score is ranked 72 out of 77 countries (liputan6.com,2019). This condition shows the poor inter...
PEMBINAAN KARAKTER REMAJA KRISTEN
PEMBINAAN KARAKTER REMAJA KRISTEN
Sepanjang sejarah Alkitab khususnya dalam Perjanjian Baru menunjukkan bahwa Tuhan Yesus banyak memakai dan melibatkan anak-anak dalam pengajaran dan pelayanan-Nya ini membuktikan b...
PENYUSUAN SUSU IBU SEBAGAI MEDIUM PENYELESAIAN PERMASALAHAN PENGAMBILAN ANAK ANGKAT DI MALAYSIA
PENYUSUAN SUSU IBU SEBAGAI MEDIUM PENYELESAIAN PERMASALAHAN PENGAMBILAN ANAK ANGKAT DI MALAYSIA
Seramai 6,259 orang anak angkat telah didaftarkan di seluruh Malaysia sejak tahun 2010. Iasemakin meningkat dari tahun ke tahun. Kajian telah membuktikan pasangan Melayu yangberaga...
UPAYA ORANG TUA DALAM MENGATASI PENGGUNAAN GADGET PADA ANAK USIA DINI
UPAYA ORANG TUA DALAM MENGATASI PENGGUNAAN GADGET PADA ANAK USIA DINI
Penelitian didasari pada pengenalan dan penggunaan gadget pada anak usia dini tanpa pengawasan dari orang tua. Tujuan penelitian mengetahui penggunaan gadget, bagaimana cara orang ...
KARAKTERISTIK DAN KEBUTUHAN ANAK BERKEBUTUHAN KHUSUS
KARAKTERISTIK DAN KEBUTUHAN ANAK BERKEBUTUHAN KHUSUS
Anak-anak berkebutuhan khusus (ABK) adalah anak-anak yang tumbuh dan berkembang dengan berbagai perbedaan dengan anak-anak pada umumnya. Istilah anak-anak dengan kebutuhan khusus t...
Sosialisasi Perlindungan Anak Terhadap Prostitusi Anak Dan Kekerasan Terhadap Anak
Sosialisasi Perlindungan Anak Terhadap Prostitusi Anak Dan Kekerasan Terhadap Anak
Beberapa temuan ada ratusan ribu anak-anak Indonesia yang menjadi korban prostitusi anak dan kekerasan pada anak tiap tahunnya. Eksploitasi anak untuk prostitusi sangat membahayaka...

