Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Koleksi Surat Persendirian Zainal Abidin Bin Ahmad (Za’ba) Dalam Simpanan Arkib Negara Malaysia

View through CrossRef
Makalah ini membincangkan tentang ketokohan Zainal Abidin Ahmad (Za’ba) dan koleksi surat persendirian beliau di Arkib Negara Malaysia (ANM). Koleksi ini dikenalis sebagai Surat Persendirian Za’ba (SP18). Perbincangan dibahagikan kepada dua bahagian (i) Pemikiran dan kepercayaan Za’ba (ii) Koleksi Surat Persendirian Za’ba yang terdapat di Arkib Negara Malaysia (SP18). Tumpuan utama adalah untuk mempersembahkan idea dan pemikiran Za’ba yang diterjemahkan di dalam penulisannya serta sumber sejarah yang boleh diakses oleh masyarakat awam dalam koleksi SP18. Pendeta Za’ba, atau Zainal Abidin bin Ahmad, merupakan seorang cendekiawan Melayu yang dikenali sebagai tokoh serba boleh dalam bidang bahasa, sastera, falsafah, politik, agama, dan pemikiran ekonomi. SP18 terdiri daripada 9,850 unit bahan dan ia termasuklah surat-menyurat, surat khabar dan majalah, terbitan, bahan pandang dengar, manuskrip, hasil penulisan, dan banyak lagi. Koleksi SP18 yang disimpan di Arkib Negara Malaysia merupakan aset berharga kerana ia merupakan sumber sejarah yang mendedahkan kepada pengkaji tentang pemikiran dan pandangan Za’ba berhubung isu yang diulasnya. Selama hampir 40 tahun, Za’ba aktif dalam penulisan dan penterjemahan, serta menjadi penulis rencana dan esei yang menggambarkan pemikiran dan pandangan beliau terhadap politik, ekonomi, agama, kemasyarakatan, bahasa, dan sastera. Pandangan Za’ba mendahului zamannya kerana membawa kesedaran bukan hanya kepada isu semasa tetapi juga isu-isu penting pada masa hadapan. Justeru, SP18 dijadikan sumber utama dalam kajian bagi para akademik dan banyak hasil kajian dan artikel dihasilkan berdasarkan koleksi surat persendirian berkenaan. Pemikiran Za’ba memberi dorongan kepada kemajuan bangsa dan negara Malaysia. Makalah ini membincangkan sumbangan Za’ba dan koleksi SP18 kepada masyarakat umum. Perbincangannya diharap akan menggalakkan kajian dalam pelbagai topik seperti karakteristik dan psikologi, kebudayaan Melayu, keibubapaan, kewartawanan, dan ketokohan dalam keagamaan. Ini kerana pemahaman tentang warisan intelektual Za’ba mendorong generasi masa kini untuk menghargai dan memahami peranan beliau dalam membentuk perkembangan sosial dan intelektual negara.
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Title: Koleksi Surat Persendirian Zainal Abidin Bin Ahmad (Za’ba) Dalam Simpanan Arkib Negara Malaysia
Description:
Makalah ini membincangkan tentang ketokohan Zainal Abidin Ahmad (Za’ba) dan koleksi surat persendirian beliau di Arkib Negara Malaysia (ANM).
Koleksi ini dikenalis sebagai Surat Persendirian Za’ba (SP18).
Perbincangan dibahagikan kepada dua bahagian (i) Pemikiran dan kepercayaan Za’ba (ii) Koleksi Surat Persendirian Za’ba yang terdapat di Arkib Negara Malaysia (SP18).
Tumpuan utama adalah untuk mempersembahkan idea dan pemikiran Za’ba yang diterjemahkan di dalam penulisannya serta sumber sejarah yang boleh diakses oleh masyarakat awam dalam koleksi SP18.
Pendeta Za’ba, atau Zainal Abidin bin Ahmad, merupakan seorang cendekiawan Melayu yang dikenali sebagai tokoh serba boleh dalam bidang bahasa, sastera, falsafah, politik, agama, dan pemikiran ekonomi.
SP18 terdiri daripada 9,850 unit bahan dan ia termasuklah surat-menyurat, surat khabar dan majalah, terbitan, bahan pandang dengar, manuskrip, hasil penulisan, dan banyak lagi.
Koleksi SP18 yang disimpan di Arkib Negara Malaysia merupakan aset berharga kerana ia merupakan sumber sejarah yang mendedahkan kepada pengkaji tentang pemikiran dan pandangan Za’ba berhubung isu yang diulasnya.
Selama hampir 40 tahun, Za’ba aktif dalam penulisan dan penterjemahan, serta menjadi penulis rencana dan esei yang menggambarkan pemikiran dan pandangan beliau terhadap politik, ekonomi, agama, kemasyarakatan, bahasa, dan sastera.
Pandangan Za’ba mendahului zamannya kerana membawa kesedaran bukan hanya kepada isu semasa tetapi juga isu-isu penting pada masa hadapan.
Justeru, SP18 dijadikan sumber utama dalam kajian bagi para akademik dan banyak hasil kajian dan artikel dihasilkan berdasarkan koleksi surat persendirian berkenaan.
Pemikiran Za’ba memberi dorongan kepada kemajuan bangsa dan negara Malaysia.
Makalah ini membincangkan sumbangan Za’ba dan koleksi SP18 kepada masyarakat umum.
Perbincangannya diharap akan menggalakkan kajian dalam pelbagai topik seperti karakteristik dan psikologi, kebudayaan Melayu, keibubapaan, kewartawanan, dan ketokohan dalam keagamaan.
Ini kerana pemahaman tentang warisan intelektual Za’ba mendorong generasi masa kini untuk menghargai dan memahami peranan beliau dalam membentuk perkembangan sosial dan intelektual negara.

Related Results

tugas resume hukum tata negara
tugas resume hukum tata negara
Hukum tata Negara dapar diartikan dalam arti sempit maupun dalam arti luas. Secara arti sempit hukum tata negara dapat diartikan hukum yang mengatur organisasi negra sedangkan dala...
SISTEM INFORMASI PENDATAAN SURAT PADA INSTANSI PEMERINTAHAN
SISTEM INFORMASI PENDATAAN SURAT PADA INSTANSI PEMERINTAHAN
Sebuah instansi membutuhkan sistem informasi yang dapat membantu dalam pengelolaan surat. Pengelolaan surat di instansi yang menggunakan manual sering terjadi kesalahan dalam penyi...
Implementasi Akad Wadi’ah pada Produk Simpanan Qurban: Study Pemikiran Muhammad Syafii Antonio
Implementasi Akad Wadi’ah pada Produk Simpanan Qurban: Study Pemikiran Muhammad Syafii Antonio
Simpanan qurban ialah simpanan yang dipersiapkan menjelang hari raya idul adha. BMT Ar- Rahmah Jaya Mulya adalah salah satu BMT di Kota Metro yang yang memiliki produk simpanan yan...
Akibat Hukum Pada Pemisahan Simpanan Dari Nasabah Bank Saat Likuidasi Untuk Memperoleh Jaminan Dari Lembaga Penjamin Simpanan
Akibat Hukum Pada Pemisahan Simpanan Dari Nasabah Bank Saat Likuidasi Untuk Memperoleh Jaminan Dari Lembaga Penjamin Simpanan
Abstrak. Penelitian dalam artikel ini menjelaskan tentang adanya celah hukum yang terkait dengan kontrak penjaminan simpanan LPS terhadap syarat dan ketentuan penjaminan simpanan n...
tugas hukum tata negara
tugas hukum tata negara
Tujuan Hukum Tata Negara yang di simpulkan beberapa definisi di atas,bahwa hukum HTN mengkaji beberapa aspek krusial,yakni Negara/ organ Negara,hubungan antara organ/lembaga Negara...
TATA KELOLA SISTEM PENJAMINAN SIMPANAN PERBANKAN DI INDONESIA
TATA KELOLA SISTEM PENJAMINAN SIMPANAN PERBANKAN DI INDONESIA
The ratification of Law Number 24 of 2004 concerning the Deposit Insurance Corporation (LPS) marks the formal process of institutionalizing the deposit insurance system in Indonesi...
Strategi Manajemen Koleksi di Perpustakaan Umum Daerah Kabupaten Bantaeng
Strategi Manajemen Koleksi di Perpustakaan Umum Daerah Kabupaten Bantaeng
Penelitian ini membahas tentang Strategi Manajemen Koleksi di Perpustakaan Umum Daerah Kabupaten Bantaeng. Rumusan masalah dalam penelitian ini adalah bagaimana strategi manajemen ...
Rancang Bangun Sistem Informasi Surat Masuk Dan Surat Keluar Berbasis WEB Menggunakan Metode Waterfall
Rancang Bangun Sistem Informasi Surat Masuk Dan Surat Keluar Berbasis WEB Menggunakan Metode Waterfall
Surat menyurat merupakan sarana terpenting dalam bagian keadministrasian salah satu bentuknya adalah kegiatan pengurusan surat masuk dan surat keluar. Pengelolaan surat masuk dan s...

Back to Top