Javascript must be enabled to continue!
ANALISIS PERBANDINGAN DUA RAGAM DIALEK JAKUN DI JOHOR
View through CrossRef
Kajian ini melibatkan Orang Asli Jakun yang tinggal dinegeri Johor. Objekti kajian ini adalah; (1) menamakan nama bagi dua buah dialek Jakun di Johor, (2) menyenaraikan inventori fonem dialek-dialek Jakun dan (3) menghuraikan persamaan dan perbezaan dialek-dialek Jakun dari sudut kosa kata dan fonologi. Metodologi kajian ini adalah dengan menggunakan kaedah menganalisis dialek yang diperkenalkan oleh Jean Séguy (1973). Kajian ini menggunakan borang soal selidik dan menemu bual informan Orang Asli Jakun di lapangan. Data kosa kata dialek-dialek Jakun diperoleh dengan menggunakan senarai 684 patah perkataan bahasa Melayu Purba yang telah direkonstruksi oleh Adelaar (1992) yang kemudiannya diterjemahkan ke bahasa Jakun. Hasil kajian ini telah berjaya menamakan dua buah dialek Johor mengikut kawasan geogra i dialek-dialek tersebut, iaitu Dialek Jakun Johor Timur dan Dialek Jakun Johor Barat. Selain itu, hasil kajian ini juga menemui; (1) persamaan dari sudut inventori fonem antara kedua-dua buah dialek Jakun dan (2) persamaan dan perbezaan kedua-dua buah dialek Jakun tersebut dari sudut kosa kata dan fonologi. Justeru, kajian ini berjaya membuktikan bahawa wujud dua buah dialek Jakun mengikut kawasan di negeri Johor. Kesimpulannya, kajian ini diharapkan dapat membanyakkan lagi kajian-kajian berkaitan dialek dan kajian-kajian berkaitan bahasa-bahasa peribumi pada masa akan datang.
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Title: ANALISIS PERBANDINGAN DUA RAGAM DIALEK JAKUN DI JOHOR
Description:
Kajian ini melibatkan Orang Asli Jakun yang tinggal dinegeri Johor.
Objekti kajian ini adalah; (1) menamakan nama bagi dua buah dialek Jakun di Johor, (2) menyenaraikan inventori fonem dialek-dialek Jakun dan (3) menghuraikan persamaan dan perbezaan dialek-dialek Jakun dari sudut kosa kata dan fonologi.
Metodologi kajian ini adalah dengan menggunakan kaedah menganalisis dialek yang diperkenalkan oleh Jean Séguy (1973).
Kajian ini menggunakan borang soal selidik dan menemu bual informan Orang Asli Jakun di lapangan.
Data kosa kata dialek-dialek Jakun diperoleh dengan menggunakan senarai 684 patah perkataan bahasa Melayu Purba yang telah direkonstruksi oleh Adelaar (1992) yang kemudiannya diterjemahkan ke bahasa Jakun.
Hasil kajian ini telah berjaya menamakan dua buah dialek Johor mengikut kawasan geogra i dialek-dialek tersebut, iaitu Dialek Jakun Johor Timur dan Dialek Jakun Johor Barat.
Selain itu, hasil kajian ini juga menemui; (1) persamaan dari sudut inventori fonem antara kedua-dua buah dialek Jakun dan (2) persamaan dan perbezaan kedua-dua buah dialek Jakun tersebut dari sudut kosa kata dan fonologi.
Justeru, kajian ini berjaya membuktikan bahawa wujud dua buah dialek Jakun mengikut kawasan di negeri Johor.
Kesimpulannya, kajian ini diharapkan dapat membanyakkan lagi kajian-kajian berkaitan dialek dan kajian-kajian berkaitan bahasa-bahasa peribumi pada masa akan datang.
Related Results
ANALISIS KOREOGRAFI TARI PEUMULIA JAMEE CIPTAAN YUSLIZAR SEBAGAI TARI PENYAMBUTAN DI SANGGAR CUT NYAK DHIEN PROVINSI ACEH
ANALISIS KOREOGRAFI TARI PEUMULIA JAMEE CIPTAAN YUSLIZAR SEBAGAI TARI PENYAMBUTAN DI SANGGAR CUT NYAK DHIEN PROVINSI ACEH
Tujuan penelitian ini mengkaji tentang analisis koreografi Tari Peumulia Jamee diciptaan Yulizar, seorang koreografer yang berasal dari Sanggar Cut Nyak Dhien Banda Aceh. Tari ini ...
ANALISIS PERBANDINGAN BAHASA SUNDA DIALEK INDRAMAYU DENGAN BAHASA SUNDA DIALEK PRIANGAN
ANALISIS PERBANDINGAN BAHASA SUNDA DIALEK INDRAMAYU DENGAN BAHASA SUNDA DIALEK PRIANGAN
Penelitian ini membahas perbandingan bahasa Sunda Dialek Priangan dengan bahasa Sunda Dialek Indramayu. Metode yang dipakai dalam penelitian ini yaitu metode kualitatif dengan tekn...
PEMAKAIAN DIALEK BAHASA SUMBAWA : KAJIAN ASPEK SOSIOLINGUISTIK
PEMAKAIAN DIALEK BAHASA SUMBAWA : KAJIAN ASPEK SOSIOLINGUISTIK
Mahsun (2004) membagi Bahasa Sumbawa (BS) ke dalam empat dialek, yaitu Dialek Sumbawa Besar (DSB), Dialek Taliwang (DT), Dialek Jereweh (DJ), dan Dialek Tongo (DTn). Kajian ini ber...
Distribusi dan Pemetaan Varian-Varian Bahasa Bali di Kabupaten Dompu
Distribusi dan Pemetaan Varian-Varian Bahasa Bali di Kabupaten Dompu
Makalah ini mengkaji disribusi dan pemetaan varian-varian bahasa Bali di Kabupaten Dompu dengan menggunakan pendekatan dialektologi diakronis.Ada empat kantong bahasa (enklave) yan...
Perjuangan Wanita dalam Novel Surat-Surat Perempuan Johor
Perjuangan Wanita dalam Novel Surat-Surat Perempuan Johor
Novel berunsur sejarah berjudul Surat-Surat Perempuan Johor (2005) merupakan novel tentang sejarah negeri Johor yang ditulis oleh Faisal Tehrani dan memenangi tempat ketiga dalam S...
Sinonim Nomina dan Adjektiva pada Dialek O Bahasa Lampung
Sinonim Nomina dan Adjektiva pada Dialek O Bahasa Lampung
Abstrak
Bahasa Lampung memiliki dua dialek yaitu dialek A dan dialek O. Dialek bahasa Lampung dialek O berbeda dengan dialek A. Sangat terlihat pada pengucapan atau pelafala...
Analisis Dialek Dalam Bentuk Bahasa Percakapan Dalam Film “Imperfect” Karya Meira Anastasia
Analisis Dialek Dalam Bentuk Bahasa Percakapan Dalam Film “Imperfect” Karya Meira Anastasia
Penelitian ini dilatarbelakangi oleh penggunaan dialek dalam bentuk Bahasa percakapan yang ada di dalam film Im’Perfect karya Meisa Anastasya. Penggunaan Bahasa dialek dalam film i...
LAHJAH ARABIYAH: SEBUAH STUDI DIALEKTOLOGIS
LAHJAH ARABIYAH: SEBUAH STUDI DIALEKTOLOGIS
Penelitian ini bertujuan untuk mengidentifikasi dan mengungkapkan berbagai macam Dialek Bahasa Arab (lahjah arabiyah) secara deskriptif, apa sebab dan aspek yang melatari sehingga ...

