Javascript must be enabled to continue!
Hukuman Korporal menurut Perspektif Jurispruden
View through CrossRef
Sehingga kini, undang-undang Malaysia tidak memperuntukkan apa-apa kesalahan bagi mereka yang melaksanakan hukuman korporal baik di sekolah mahupun di rumah, melainkan jika hukuman yang dilaksanakan itu menyebabkan kecederaan fizikal dan mental. Hal ini dikatakan demikian kerana hukuman korporal dianggap sebagai suatu tradisi dan amalan yang diterima secara meluas dalam masyarakat Malaysia pada hari ini. Di Malaysia, hukuman sebatan dan beberapa hukuman korporal yang lain masih menjadi amalan di sekolah dengan panduan dan tatacara yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, contohnya menerusi Peraturan-peraturan Pendidikan (Disiplin Sekolah) 1959 dan Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil. 8/1983. Walau bagaimanapun, kewajaran di sebalik pelaksanaan hukuman korporal sering dipertikaikan dan dianggap sebagai tidak relevan untuk dilaksanakan kerana mampu memberikan kesan negatif kepada anak. Oleh sebab itu, penulisan ini penting bagi mengkaji keperluan dan kerasionalan di sebalik pelaksanaan hukuman korporal, baik di rumah mahupun di sekolah. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah etnografi dengan menganalisis dan mengaitkan pelbagai teori dan beberapa aliran pemikiran jurispruden, seperti aliran pemikiran sosiologi, naturalisme dan utilitarianisme, terhadap isu pelaksanaan hukuman korporal kepada anak. Hasil kajian mendapati bahawa hukuman korporal secara dasarnya tidak diterima oleh majoriti ahli jurispruden sekiranya menyebabkan kecederaan dan kemudaratan kepada anak. Namun begitu, terdapat pengecualian bagi pelajar dan anak yang bermasalah yang dihukum dengan tujuan mendidik, tertakluk pada panduan yang disediakan supaya tidak menyebabkan kecederaan kepada penerima hukuman. Pelaksanaan hukuman korporal ini hakikatnya mempunyai kebaikan dan keburukannya tersendiri, bergantung pada cara penerimaan anak terhadap hukuman tersebut. Namun begitu, dalam aspek pendidikan sosial, hukuman ini didapati lebih memberi impak positif dalam pembentukan akhlak dan sahsiah anak.
Dewan Bahasa dan Pustaka
Title: Hukuman Korporal menurut Perspektif Jurispruden
Description:
Sehingga kini, undang-undang Malaysia tidak memperuntukkan apa-apa kesalahan bagi mereka yang melaksanakan hukuman korporal baik di sekolah mahupun di rumah, melainkan jika hukuman yang dilaksanakan itu menyebabkan kecederaan fizikal dan mental.
Hal ini dikatakan demikian kerana hukuman korporal dianggap sebagai suatu tradisi dan amalan yang diterima secara meluas dalam masyarakat Malaysia pada hari ini.
Di Malaysia, hukuman sebatan dan beberapa hukuman korporal yang lain masih menjadi amalan di sekolah dengan panduan dan tatacara yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, contohnya menerusi Peraturan-peraturan Pendidikan (Disiplin Sekolah) 1959 dan Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil.
8/1983.
Walau bagaimanapun, kewajaran di sebalik pelaksanaan hukuman korporal sering dipertikaikan dan dianggap sebagai tidak relevan untuk dilaksanakan kerana mampu memberikan kesan negatif kepada anak.
Oleh sebab itu, penulisan ini penting bagi mengkaji keperluan dan kerasionalan di sebalik pelaksanaan hukuman korporal, baik di rumah mahupun di sekolah.
Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah etnografi dengan menganalisis dan mengaitkan pelbagai teori dan beberapa aliran pemikiran jurispruden, seperti aliran pemikiran sosiologi, naturalisme dan utilitarianisme, terhadap isu pelaksanaan hukuman korporal kepada anak.
Hasil kajian mendapati bahawa hukuman korporal secara dasarnya tidak diterima oleh majoriti ahli jurispruden sekiranya menyebabkan kecederaan dan kemudaratan kepada anak.
Namun begitu, terdapat pengecualian bagi pelajar dan anak yang bermasalah yang dihukum dengan tujuan mendidik, tertakluk pada panduan yang disediakan supaya tidak menyebabkan kecederaan kepada penerima hukuman.
Pelaksanaan hukuman korporal ini hakikatnya mempunyai kebaikan dan keburukannya tersendiri, bergantung pada cara penerimaan anak terhadap hukuman tersebut.
Namun begitu, dalam aspek pendidikan sosial, hukuman ini didapati lebih memberi impak positif dalam pembentukan akhlak dan sahsiah anak.
Related Results
Penghapusan Hukuman Mati di Indonesia Perspektif Hukum Positif dan Hukum Pidana Islam
Penghapusan Hukuman Mati di Indonesia Perspektif Hukum Positif dan Hukum Pidana Islam
The provisions on the application of the death penalty are still a polemic, one of which is Imparsial NGO which is against the implementation of the death penalty in Indonesia. Bas...
SANKSI BAGI PELAKU ZINA
SANKSI BAGI PELAKU ZINA
Penalties for adulterers have been regulated by law in a number of countries with their respective sanctions. One such arrangement is through Aceh Qanun No. 6 of 2014 concerning th...
Penjatuhan Hukuman Terkait Masalah Disiplin Pegawai Negeri Sipil
Penjatuhan Hukuman Terkait Masalah Disiplin Pegawai Negeri Sipil
Disiplin merupakan kesanggupan Pegawai Negeri Sipil untuk mentaati kewajiban dan menghindari larangan yang diatur dalam perundang-undangan yang berlaku. Tujuan dari penelitian ini ...
IMPLIKASI PENJATUHAN HUKUMAN MATI TERHADAP PELAKU TINDAK PIDANA KORUPSI DI INDONESIA
IMPLIKASI PENJATUHAN HUKUMAN MATI TERHADAP PELAKU TINDAK PIDANA KORUPSI DI INDONESIA
. Jika berbicara mengenai hukuman mati dalam perspektif hak asasi manusia, terdapat beberapa pro dan kontra atas hukuman mati terhadap tindak pidana korupsi, karena banyak yang ber...
EFEKTIVITAS DAN KECENDERUNGAN PENGGUNAAN HUKUMAN MATI
EFEKTIVITAS DAN KECENDERUNGAN PENGGUNAAN HUKUMAN MATI
Akhir-akhir ini mencuat perbincangan mengenai hukuman mati bagi pelaku kejahatan, utamanya kejahatan kerah putih, terorisme dan pemerkosaan dan narkoba, akan tetapi para pakar dan ...
Menengok Kembali Problematika Penerapan Hukuman Mati dalam Konteks Hukum dan HAM
Menengok Kembali Problematika Penerapan Hukuman Mati dalam Konteks Hukum dan HAM
Buku karya tulis ini semula merupakan sebuah laporan penelitian berjudul “Implementasi Kebijakan Hukuman Mati Ditinjau dari Aspek Hak Asasi Manusia 2021” Substansi yang dibahas ada...
KAJIAN HAK ASASI MANUSIA TERHADAP PENJATUHAN HUKUM PIDANA MATI DI INDONESIA
KAJIAN HAK ASASI MANUSIA TERHADAP PENJATUHAN HUKUM PIDANA MATI DI INDONESIA
Hukuman mati merujuk pada hukuman yang dijatuhkan atas tindak pidana yang telah dilakukan oleh seseorang atas kesalahan yang diperbuat. Seluruh aspek di Indonesia menggunakan Konst...
MENGHAPUS ATAU MENETAPKAN HUKUMAN MATI? DARI TREN GLOBAL DAN LANDASAN POLITIK
MENGHAPUS ATAU MENETAPKAN HUKUMAN MATI? DARI TREN GLOBAL DAN LANDASAN POLITIK
Hukuman mati tidak seperti hukuman lainnya. Keberadaannya yang terus berlanjut di banyak negara di dunia menciptakan ketegangan politik di dalam negara-negara ini dan antara pemeri...

