Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Praktis dan Penanda Aras Islamisasi Ilmu dalam Kalangan Akademik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

View through CrossRef
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ditubuhkan dengan matlamat untuk memenuhi beberapa misi utama, iaitu Islamisasi, Integrasi, Internasionalisasi dan Kecemerlangan Menyeluruh (Islamization, Integration, Internationalization and Comprehensive Excellence- IIICE). Justeru, UIAM komited terhadap proses Islamisasi dalam kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini bertujuan mengenal pasti persepsi staf akademik terhadap Islamisasi dan aplikasinya dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta membangunkan penanda aras bagi mengukur tahap perlaksanaan Islamisasi di UIAM. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan, iaitu satu set soal selidik diedarkan kepada responden. Sampel adalah terdiri daripada 306 orang pensyarah dari Kulliyah-kulliyah yang berbeza di UIAM. Statistik deskriptif mudah telah digunakan untuk analisa data yang diperoleh. Kajian mendapati responden mempunyai persepsi positif mengenai Islamisasi di UIAM. Mereka bersetuju bahawa Islamisasi adalah misi penting dan merupakan ciri unik UIAM. Kajian ini juga mendapati bahawa responden telah melaksanakan integrasi kandungan mata pelajaran yang diajar dengan nilai-nilai Islam. Manakala kaedah yang paling kerap digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah melalui kaedah mengemukakan contoh dan bukti. Kajian ini juga menjelaskan bahawa penilaian terhadap pelaksanaan Islamisasi kebanyakannya dilakukan melalui pembentangan pelajar di dalam kelas, manakala produk atau hasil tertinggi Islamisasi adalah tugasan para pelajar.
Title: Praktis dan Penanda Aras Islamisasi Ilmu dalam Kalangan Akademik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Description:
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ditubuhkan dengan matlamat untuk memenuhi beberapa misi utama, iaitu Islamisasi, Integrasi, Internasionalisasi dan Kecemerlangan Menyeluruh (Islamization, Integration, Internationalization and Comprehensive Excellence- IIICE).
Justeru, UIAM komited terhadap proses Islamisasi dalam kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran.
Kajian ini bertujuan mengenal pasti persepsi staf akademik terhadap Islamisasi dan aplikasinya dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta membangunkan penanda aras bagi mengukur tahap perlaksanaan Islamisasi di UIAM.
Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan, iaitu satu set soal selidik diedarkan kepada responden.
Sampel adalah terdiri daripada 306 orang pensyarah dari Kulliyah-kulliyah yang berbeza di UIAM.
Statistik deskriptif mudah telah digunakan untuk analisa data yang diperoleh.
Kajian mendapati responden mempunyai persepsi positif mengenai Islamisasi di UIAM.
Mereka bersetuju bahawa Islamisasi adalah misi penting dan merupakan ciri unik UIAM.
Kajian ini juga mendapati bahawa responden telah melaksanakan integrasi kandungan mata pelajaran yang diajar dengan nilai-nilai Islam.
Manakala kaedah yang paling kerap digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah melalui kaedah mengemukakan contoh dan bukti.
Kajian ini juga menjelaskan bahawa penilaian terhadap pelaksanaan Islamisasi kebanyakannya dilakukan melalui pembentangan pelajar di dalam kelas, manakala produk atau hasil tertinggi Islamisasi adalah tugasan para pelajar.

Related Results

Islam dan Sain: Telaah Terhadap Islamisasi Ilmu Pengetahuan dan Pengilmuan Islam
Islam dan Sain: Telaah Terhadap Islamisasi Ilmu Pengetahuan dan Pengilmuan Islam
This article discusses the Relations of Islam and Science by examining the Islamization  of  Science  Syed Muhammad  al-Naquib  al-Attas,  Kuntowijoyo Islamic    Studies    and    ...
Islamisasi Ilmu Pengetahuan (Konsep Pemikiran Ismail Raji Al-Faruqi dan Syed Muhammad Naquib Al-Attas)
Islamisasi Ilmu Pengetahuan (Konsep Pemikiran Ismail Raji Al-Faruqi dan Syed Muhammad Naquib Al-Attas)
Fenomena terkait dengan pekembangan ilmu pengetahuan begitu pesat. Ditandai oleh munculnya ilmu-ilmu pengetahuan yang baru. Fenomena ini memunculkan sebuah dampak yang begitu besar...
“Memproduksi” Manusia lewat Psikologi
“Memproduksi” Manusia lewat Psikologi
Saat membicarakan mengenai tegangan politik antara Red Shirts dengan Yellow Shirts di Thailand, Benedict Anderson (2016) – seorang ahli Kajian Asia Tenggara – menuliskan bahwa seor...
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature  Review Anna Tri Wahyuni1), Masfuri2),  Liya Arista3)1,2,3 Fakultas Ilmu Keperawatan Univers...
Konsep Islamisasi Ilmu Pengetahuan Menurut Ismail Raji Al Faruqi Dan Ziauddin Sardar
Konsep Islamisasi Ilmu Pengetahuan Menurut Ismail Raji Al Faruqi Dan Ziauddin Sardar
Penelitian ini bertujuan untuk mendalami konsep Islamisasi ilmu pengetahuan menurut perspektif Ismail Raji al-Faruqi dan Ziauddin Sardar, dalam upayanya untuk menerapkan Islamisasi...
PERTIMBANGAN MORAL DALAM EPISTEMOLOGI ISLAMISASI ILMU SYED NAQUIB AL-ATTAS
PERTIMBANGAN MORAL DALAM EPISTEMOLOGI ISLAMISASI ILMU SYED NAQUIB AL-ATTAS
Gerakan westernisasi ilmu pengetahuan menggugah pemikiran Syed Naquib Al Attas untuk membuat sebuah konsep tandingan, maka muncullah gerakan pemikiran Islamisasi Ilmu. Gerakan ini ...
MENGKRITISI KONSEP ISLAMISASI ILMU ISMAIL RAJI AL-FARUQI: Telaah Pemikiran Ziauddin Sardar
MENGKRITISI KONSEP ISLAMISASI ILMU ISMAIL RAJI AL-FARUQI: Telaah Pemikiran Ziauddin Sardar
Kajian ini dilatarbelakangi oleh karena adanya khazanah pemikiran keislaman, yaitu isuIslamisasi ilmu yang merupakan salah satu isu yang selalu menarik diperbincangkan beberapadeka...
Faktor Penglibatan Pelajar dalam Aktiviti Bukan Akademik anjuran Universiti
Faktor Penglibatan Pelajar dalam Aktiviti Bukan Akademik anjuran Universiti
Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan di universiti tidak kira akademik atau bukan akademik haruslah boleh membentuk pelajar yang seimbang bukan sahaja dari aspek jasmani dan emosi, ma...

Back to Top