Javascript must be enabled to continue!
PENDEKATAN MAQASID AL-SHARI‘AH DALAM TADBIR URUS ISLAM BERASASKAN FIQH AL-WATAN DI NEGERI PAHANG
View through CrossRef
Artikel ini membincangkan tentang pendekatan Maqasid al-Shariʿah dalam membentuk tadbir urus Islam berasaskan Fiqh al-Watan di Negeri Pahang dalam menghadapi cabaran pentadbiran kontemporari. Walaupun tradisi tadbir urus Islam telah wujud dalam sejarah Melayu-Islam, masih terdapat ruang penambahbaikan dari sudut integrasi sistematik antara prinsip maqasid dan realiti tempatan serta ketiadaan instrumen penilaian yang komprehensif. Oleh itu, kajian ini bertujuan menganalisis peranan maqasid sebagai asas normatif, menghuraikan fiqh al-watan sebagai kerangka kontekstual serta mencadangkan model tadbir urus Maqasid-watan yang disokong oleh sistem indikator keberhasilan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif sepenuhnya melalui analisis kandungan terhadap sumber klasik dan kontemporari. Dapatan menunjukkan bahawa integrasi maqasid dan fiqh al-watan mampu membentuk model tadbir urus yang holistik melalui gabungan nilai, struktur dan fungsi yang seimbang. Selain itu, Matriks KMGI signifikan berperanan menterjemahkan maqasid kepada indikator yang boleh diukur bagi meningkatkan akauntabiliti dan keberkesanan pentadbiran. Kajian ini menyimpulkan bahawa pendekatan maqasid-watan berpotensi menjadi kerangka praktikal dalam membangunkan governans Islam yang kontekstual dan berorientasikan kemaslahatan masyarakat.
UiTM Press, Universiti Teknologi MARA
Title: PENDEKATAN MAQASID AL-SHARI‘AH DALAM TADBIR URUS ISLAM BERASASKAN FIQH AL-WATAN DI NEGERI PAHANG
Description:
Artikel ini membincangkan tentang pendekatan Maqasid al-Shariʿah dalam membentuk tadbir urus Islam berasaskan Fiqh al-Watan di Negeri Pahang dalam menghadapi cabaran pentadbiran kontemporari.
Walaupun tradisi tadbir urus Islam telah wujud dalam sejarah Melayu-Islam, masih terdapat ruang penambahbaikan dari sudut integrasi sistematik antara prinsip maqasid dan realiti tempatan serta ketiadaan instrumen penilaian yang komprehensif.
Oleh itu, kajian ini bertujuan menganalisis peranan maqasid sebagai asas normatif, menghuraikan fiqh al-watan sebagai kerangka kontekstual serta mencadangkan model tadbir urus Maqasid-watan yang disokong oleh sistem indikator keberhasilan.
Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif sepenuhnya melalui analisis kandungan terhadap sumber klasik dan kontemporari.
Dapatan menunjukkan bahawa integrasi maqasid dan fiqh al-watan mampu membentuk model tadbir urus yang holistik melalui gabungan nilai, struktur dan fungsi yang seimbang.
Selain itu, Matriks KMGI signifikan berperanan menterjemahkan maqasid kepada indikator yang boleh diukur bagi meningkatkan akauntabiliti dan keberkesanan pentadbiran.
Kajian ini menyimpulkan bahawa pendekatan maqasid-watan berpotensi menjadi kerangka praktikal dalam membangunkan governans Islam yang kontekstual dan berorientasikan kemaslahatan masyarakat.
Related Results
Perbandingan Kerangka Tadbir Urus Perbankan Islam di antara Indonesia dan Malaysia
Perbandingan Kerangka Tadbir Urus Perbankan Islam di antara Indonesia dan Malaysia
Perbankan dan kewangan Islam adalah satu industri yang berkembang pesat dan dijadikan sebagai penyumbang utama dalam aset kewangan global. Menurut Islamic Finance Development Indic...
Corporate Governance in Malaysia: Issues and Challenges (Isu dan Cabaran Tadbir Urus Korporat di Malaysia)
Corporate Governance in Malaysia: Issues and Challenges (Isu dan Cabaran Tadbir Urus Korporat di Malaysia)
Corporate governance is a set of structural process that includes the actions of directing and controlling by the authorized board of directors. In Malaysia, corporate governance i...
KRITIKAN TERHADAP GARIS PANDUAN TADBIR URUS SYARIAH (GP28) DALAM KOPERASI DI MALAYSIA
KRITIKAN TERHADAP GARIS PANDUAN TADBIR URUS SYARIAH (GP28) DALAM KOPERASI DI MALAYSIA
Aspek tadbir urus dalam sektor koperasi memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan tanggungjawab, akauntabiliti dan keberkesanan koperasi konvensional dan Syariah. Piha...
Metodologi Pengeluaran Fatwa di Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor
Metodologi Pengeluaran Fatwa di Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor
In the discipline of Islamic law research, strong proofing and clear Istinbat method are key pillars in the construction of Islamic law based on the application of the science of u...
Fikih Maqasid dalam Fatwa Majelis Ulama Indonesia tentang Penggunaan Vaksin Covid-19 Produk Astrazeneca
Fikih Maqasid dalam Fatwa Majelis Ulama Indonesia tentang Penggunaan Vaksin Covid-19 Produk Astrazeneca
The rapid advancement of fiqh discourse has reached a thematic study phase and has shifted to a philosophical style. The philosophical type can be carried out through an integrated...
KONTRIBUSI IBN ‘ĀSYŪR DALAM KAJIAN MAQĀSID AL-SYARĪ’AH
KONTRIBUSI IBN ‘ĀSYŪR DALAM KAJIAN MAQĀSID AL-SYARĪ’AH
This study aims to understand the contribution of Ibn 'Ashur in the development of maqāsid al-syarī‘ah. This study uses normative method. The results showed that the contribution o...
REFORMULASI MAQĀṢID AL-SYARĪ’AH KONTEMPORER: SISTEM NILAI SEBAGAI TAWARAN JASSER AUDA MENUJU HUKUM ISLAM HUMANIS
REFORMULASI MAQĀṢID AL-SYARĪ’AH KONTEMPORER: SISTEM NILAI SEBAGAI TAWARAN JASSER AUDA MENUJU HUKUM ISLAM HUMANIS
Abstrak
Tulisan ini merupakan studi tokoh pemikiran Jasser Auda yang menawarkan maqāṣid al-syarī’ah dengan pendekatan sistem. Tawaran yang dihasilkan Auda merupakan hasil dialekti...
Perbahasan ‘Ulūm Al-Ḥadīth dalam Uṣūl Al-Fiqh Mazhab Syafii
Perbahasan ‘Ulūm Al-Ḥadīth dalam Uṣūl Al-Fiqh Mazhab Syafii
During its early years, the discipline of ‘Ulum al-Ḥadith gradually emerged into existence until it reached maturity in the seventh century with the appearance of the famous work b...

